Umno Sedang Sakit ! PAS Lagi Sakit ! Kita pun sakit-sakit

Umno sedang sakit bro ! Tak ada sapa yang boleh nafi benda nie ! PAS pun sakit juga ! macam berjangkit 'adik beradik' nie ! adakah ia satu 'kebetulan' atau pun ajal dah dekat? Kah Kah Kah

Tapi yang sakit biasanya tak mengaku kata dia sakit ! dok habaq kata sehat wal'afiat situ laa...Begitulah keadaannya PAS dan Umno sekarang ini bro! Dalam dok sakit teruk pun, sempat lagi dia dok cerita ceritet dgn rakyat kata dia masih 'steady' !  


Maka bertebaranlah juak2 kedua 'entiti' terbesar orang melayu itu tolong ejas, tolong perbetul segala kerosot merosot, segala kalut wal malut, segala punah sehat pun berkokok seperti ayam berak kapur segala kampong dan bandar, segala ceruk dan rantau, segala denai dan lembah, bahawa kalo melayu hilang Umno..tak sapa boleh tolong hangpa orang melayu semua, akan terbangsatlah, hangpa melayu di bumi sendiri !


PAS pun kata macam tu jugak bro ! Hangpa yang keluaq Pas, tinggalkan PAS pi cari 'awek' baru ? akan bertahan 2 tahun saja, akan karam bahtera baru tu, diumpamakan bagai 'nyamuk kecil' nak lawan 'nyamuk besar' !


Dua2 PAS dan Umno nie sedang sakit bro ! sakit.



‘Malays will lose everything’

KANGAR: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak warned that Malays and Muslims would be destitute if Umno loses its power in ruling the country.


He said he could not imagine what the country would be without Umno.
“I have asked before, what will happen to the Malays and Muslims if Umno loses power?
“In the many words in the Dewan Bahasa dictionary, some said Malays would be defeated, beaten or fall flat.
“But I choose the word that the Malays will be ‘terbangsat’ (extremely poor) as there are no other words to picture the fate of Malays who’ll lose everything,” he said in his speech when opening the Padang Besar, Kangar and Arau Umno divisions meeting at Dewan 2020 here yesterday.

Baca lagi di


Ini jawapan Mat Sabu bro !


Gerakan Harapan Baru (GHB) menghentam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana mengatakan bahawa orang Melayu akan "terbangsat" jika Umno hilang kuasa.

Najib, yang juga presiden Umno berkata demikian semasa mesyuarat perwakilan Umno di Kangar semalam.

Pengerusi penaja GHB, Mohamad Sabu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata jika Umno hilang kuasa, Najib mungkin takut akan berakhir di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Berucap di Seberang Jaya malam tadi, beliau mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat tuduhan yang yang membabitkan 1MDB tetapi sebaliknya, pihak polis telah diarah menyiasat SPRM.

"Ketika siasat-menyiasat begini, (ibupejabat polis) Bukit Aman pula terbakar. Macam cerita Hindustan!" kata Mat Sabu disambut ketawa hadirin.

"Kalau Umno kalah, siapa menang? Ada Melayu dalam pembangkang (sebelum ini Pakatan Rakyat), Melayu dalam DAP dan PKR," katanya kepada kira-kira 500 orang yang menghadiri pelancaran rasmi GHB di Dewan SP Arena..Read More...


Tanda2 Sakit

1. Bila Perwakilan Ceroi pun dah 
    mula berani gesa Presiden sendiri berundur?

Selepas seorang perwakilan Umno bahagian Langkawi menghentam presidennya, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, tersebar pula satu video perwakilan dari Kedah melakukan perkara sama.
Kali ini video yang dimuat naik di laman sosial sejak semalam itu menunjukkan sesi perbahasan di mesyuarat agung Umno bahagian Merbok.
Dalam video tersebut, perwakilan yang dikenali sebagai Abd Karim Ali, meminta supaya Najib meletak jawatan sebagai presiden parti dan perdana menteri.
"Dengan realiti politik hari ini kita mencadangkan dan memohon secara terhormat supaya presiden kita (Datuk Seri Najib) mengundur diri sebagai presiden Umno dan perdana menteri demi memulihkan Umno dan mengembalikan keyakinan rakyat," kata beliau..Mkini
***
Jarang sangat anak buah kecil macam nie 
berani suruh PM yg juga Presidennya berundur bro !
Ini tanda sakit dah masuk tahap 4 bro ! Kah Kah Kah

2. Bila dah terkeluar 'landasan' !
    orang beli 'tiket' baru ! naik
    train baru? 

Umno penampang mahu 

tindakan disiplin diambil terhadap Muhyiddin




KOTA KINABALU: Sebuah Umno Bahagian di Sabah meminta tindakan disiplin diambil terhadap Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Umno Bahagian Penampang meluluskan resolusi kecaman terhadap Muhyiddin dengan mengatakan beliau gagal menjaga nama baik, integriti dan maruah parti.
Bahagian itu juga berkata Muhyiddin melanggar Perkara 20.8 Perlembagaan Umno dalam ucapannya semasa mesyuarat bahagian di Cheras, Pagoh, Kemaman, Kluang dan Semporna di mana perkataan yang dikeluarkan bersifat negatif dan boleh menjejaskan parti.
***
Kalau kuasa 'eksekutif ' dah tak ada bro ! mudah sangat depa sama2 Umno patahkan kayu yang dah nampak sayungnya bro ! nak buat 'rumah' pun dah tak boleh macam kayu yang dah sayung tu ? kayu sayung nie bro ! orang buat 'unggun api' habuan masak nasik kawah kenduri saja...
Kata 'Wahid Satay' dlm filem Celorong Celoreng, Kita mulia kerana kuasa, tak ada kuasa, mula jadi 'gila' ? 
Ini pun kategori sakit juga bro !..melilau dok ejas bagi nampak hebat, walaupun dah hilang 'bisa' lama..bukan 'dia' luah bisa tu? tapi orang lain pi hisap buang bisa tu ! yang hisap pun sakit? kena hisap pun sakit ! dua2 sakit ? kah kah kah


3. Mana berani 'lawan' tokeh?
    Cari boleh 'sakit'?

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata parti itu tidak mengerahkan ahlinya turun ke himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos ini kerana tarikhnya tidak sesuai kerana hampir dengan sambutan Hari Kebangsaan.
Alasan itu adalah di antara 4 alasan parti itu bertindak hanya menghantar wakilnya ke himpunan itu.
"Tarikh himpunan Bersih 4.0 yang hanya berselang satu hari dengan sambutan Hari Merdeka 31 Ogos 2015 dirasakan tidak sesuai," kata ahli Parlimen Kota Baru itu..TMI

PAS tak kerah ahli kerana Bersih 4 bertembung Hari Kebangsaan


***
Ini peringkat 'kronik' bro !
Sakit macam nie payah nak berubat dah
cakap laa, nanti lawan nakhoda pulak pasai
dah keluar kalam laranga ahli 'attend' Bersih !
lagi pun 'memba' lama tak jemput pun ! Bila orang
tak jemput tentu ada pasai? Orang yang sakit memang
sapa pun tak mahu jemput !tambah2 ada penyakit berjangkit ?

Kah Kah Kah


4. Penyakit baru untuk PAS
    Sebut 'gumbira' tetapi 'merana'?
    Ini namanya sembunyi penyakit???

Baru senang hati nakhoda PAS yang sakit tu?
Hari demi hari, berbondong2 ahli mereka berhijrah !
tetapi yang syoknya, Tok Sidang aka Nakhoda PAS nie
boleh dok sorak seronok bro ! 
Dia boleh dok jerit gumbira gumbira bila buat ulasan perlepasan 
jawatan AJK PAS di berbagai tempat sekarang ini bro ! ...
Ucapan Sang Nakhoda boleh laa ditakwilkan sebagai sakit bro !
ucapan yg dibuat2, pada hal dalam diri dok merengkam, dok bara, dok panas bro !
Tu sakit tu bro ! jangan tak tau pulak...saja depa dah macam tu? mana mau habaq kata sakit?

Kah Kah Kah


5. Penyakit menular !?

Pada jam 5 petang, ringgit disebut harga pada 4.2475/0415 berbanding dolar AS daripada 4.1800/1880 pada Jumaat lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Ogos, 2015
Ringgit terus turun berbanding dolar Amerika hari ini berikutan kejatuhan harga minyak mentah dunia, kata peniaga.
Pada jam 5 petang, mata wang tempatan disebut harga pada 4.2475/0415 berbanding dolar AS daripada 4.1800/1880 pada Jumaat lepas.
Seorang peniaga berkata kejatuhan berterusan penanda aras minyak mentah dunia, West Texas Intermediate (WTI) dan Brent sekali lagi mencetuskan penjualan ringgit dan mata wang ekonomi pesat membangun lain yang berkait dengan eksport minyak mentah..TMI

Ringgit terus turun kepada 4.25 berbanding dolar AS

***
Ini lagi sakit bro ! sakitnya ada hubungkait dengan segala kemelut dalam Umno ? itu yang ramai maukan pucuk pimpinan utama Umno berbuat sesuatu atau meletakan jawatan ? agar pimpinan baru dapat uruselia semula negara dgn lebih berkesan !
rentetan dari itu..


Pasai apa naik 30% ?
Banyak sangat tu ! GST 6% pun habih pakat kelamkabut,
makin lama makin sakit rakyat Malaysia..habis kita pakat sakit bro !!
Awat tidaknya? cer tengok imej di bawah !


Ini Ketua Biro Umrah sendiri bagi tau bro !
Ringgit Malaysia dah tak laku kat Saudi ! semua depa mau 
buat urusan dalam USD Dollar Amerika bro !
Teruk laa jamaah kita kali ini..
So bro ! boleh 'imagine' tengok kalau pakej umrah pun lonjak
sampai 30 peratus? berapa kena tambah bro ? tu tak kira lagi 
segala budak2 yang dok belajar kat luar negara ? 
Mau tanya laa apa pasai?
UMNO sedang sakit bro ! dah tahap 4 dah !

6. Terlampau Sakit ?

Anda sendiri nilai
siapa yang 'sakit'? Najib atau Ahmad Maslan?




PETALING JAYA - Datuk Ahmad Maslan sanggup ditembak demi melindungi Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, katanya Selesa lalu di Majlis Perasmian Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tititwangsa.

Bagi beliau, falsafah itu sentiasa menjadi pegangan hidupnya.

"Kalau ditanya Ahmad Maslan, adakah sanggup menerima peluru supaya Datuk Seri Najib tak kena, Ahmad Maslan akan kata, saya sanggup menerima segala peluru," katanya disambut dengan tepukan gemuruh para perwakilan yang hadir.

Lapor Free Malaysia Today, Ahmad Maslan juga menyelar tindakan sesetengah pihak yang menjadikan isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion untuk menyerang Najib. Beliau berasa kesal dimana Najib telah melakukan seribu satu macam kebaikan, namun tidak pernah diceritakan kepada umum.

“Saya harap saudara-saudara, kita buka minda kita, Datuk Najib telah laksanakan seribu satu macam kebaikan, kenapa dengan hanya diceritakan tentang satu kisah dana politik, perkara-perkara kebaikan yang telah dilakukan tidak diceritakan?” soalnya.

Ahmad Maslan menasihatkan rakyat agar menyelidik terlebih dahulu maklumat yang diterima dan bijak menilai yang mana benar atau fitnah. - THEHYPEMEDIA.COM


****

Jaraang kita boleh temui orang macam Mat Maslan nie!
Kesetiaannya untuk Najib adalah segalanya !
Aku suka cara kau bro Ahmad !
Tapi ! cara kau tu silap besaq dari perspektif Islam bro !

Kah Kah Kah



Comments

  1. Mat maslan ini jilat habis sebab 2 juta dah masuk kepoket, jilat sampai licin kaki najib & rosmah........................

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]