GAMBAR dan Video Sekitar Himpunan #TangkapNajib

29 ditangkap sertai 
perhimpunan haram di ibu kota


Perhimpunan #TangkapNajib menyebabkan beberapa premis perniagaan di Jalan Tunku Abdul Rahman dan pusat beli belah Sogo menutup operasi perniagaan seketika. Foto TRP/Mokhsin Zamani


KUALA LUMPUR, 1 Ogos:

Seramai 29 orang yang disyaki menyertai perhimpunan haram, #TangkapNajib anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Demi Malaysia di ibu negara hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa, berkata tangkapan membabitkan 23 lelaki dan enam perempuan berumur antara 14 dan 64 tahun.


Menurutnya, semua mereka ditahan di hadapan pusat beli-belah Sogo dan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) kerana disyaki melibatkan diri dalam himpunan berkenaan.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 142 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

“Di bawah Seksyen 142, siapa yang menjadi anggota sesuatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan, denda atau kedua-duanya sekali.

“Manakala di bawah Seksyen 124, siasatan dibuat ke atas aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan boleh dihukum penjara selama 20 tahun,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kata Tajuddin, mereka yang ditangkap akan dibawa ke mahkamah untuk direman bagi membolehkan siasatan dijalankan ke atas mereka.

“Polis bertindak secara profesional dan mengikut lunas undang-undang dalam menangani perhimpunan berkenaan,” ujarnya.

Pada perhimpunan petang tadi, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja dan Simpang Pulai,  Chan Lih Kang dan Tan Kar Hing, selain aktivis mahasiswa, Fahmi Zainol dan juga aktivis politik, Hishamuddin Rais dan Annie Ooi ditahan pihak polis.

Kira-kira 200 peserta menghadiri perhimpunan berkenaan yang bermula pada jam 2 petang yang kemudiannya disuraikan oleh pihak polis dua jam kemudian.

Perhimpunan berkenaan dicemari dengan tangkapan ke atas para peserta perhimpunan dan menyebabkan premis-premis perniagaan di sekitar Jalan TAR terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Perhimpunan itu juga turut diwarnai dengan letupan mercun yang menyebabkan kecederaan kecil ke atas seorang petugas media..
The Rakyat Post



























Aunty bersih caught #tangkapnajib


 
#TangkapNajib Rally/ Demi Malaysia 2015 Part 1  
   ChinHowZet




Sumber foto - FB Sukan Star TV


kemaskini !


BERSIH 2.0 gesa polis bebaskan 28 tahanan #TangkapNajib

tangkap650X360
Antara individu yang ditangkap pada perhimpunan di Sogo, hari ini. Foto TRP - Baca lengkap di - BERSIH 2.0 gesa polis bebaskan 28 tahanan #TangkapNajib


Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?