Panas Pedas ! Bukti Hadi Awang Khianat Pakatan Rakyat ?? - [VIDEO]

Sebuah cerita lama bagaimana Pas membuat keputusan anih yang boleh ditafsirkan sebagai pengkhianat menjelang pilihan raya ke-13 dahulu yang mana mahu menukarkan jawatan perdana menteri daripada Anwar Ibrahim kepada Tengku Razaleigh Hamzah sekiranya Pakatan Rakyat menang, bukan mendedahkan ketulusan Mustapa dan Pas, sebaliknya membuka kelemahan diri dan parti sendiri..itu Pendedahan terbaru Tok Pa aka Mustafa Ali (mantan Setiausaha PAS)..


Jadi betullah dakwaan Rafizi dahulunya bro ! yang PAS maukan Ku Li jadi PM untuk menolak Anwar Ibrahim jadi PM ? Jadi siapa 'jahat'? siapa 'khianat' ?Pas pernah tolak Anwar jadi PM - Nasional - Sinar Harian )

Apa maksud Mustafa Ali dengan pendedahan ini? kenapa dia dedah? Kah Kah Kah ! terselak habis bro ! ropanya kelemahan diri dan PAS sendiri yang terdedah ? kerana ia dibenarkan oleh Mantan SU PAS yang lepas ! lagi terlePAS laa PAS kali ini? Kah Kah Kah



Pendedahan Mustafa Ali
Jadi Bukti Hadi Awang Khianat Pakatan Rakyat

Ini madrasah lama PAS bro !


Pendedahan oleh Mustapa Ali, sebuah cerita lama bagaimana Pas membuat keputusan anih yang boleh ditafsirkan sebagai pengkhianat menjelang pilihan raya ke-13 dahulu yang mana mahu menukarkan jawatan perdana menteri daripada Anwar Ibrahim kepada Tengku Razaleigh Hamzah sekiranya Pakatan Rakyat menang, bukan mendedahkan ketulusan Mustapa dan Pas, sebaliknya membuka kelemahan diri dan parti sendiri.

Mustapa sekonyong-konyong menjelaskan usaha menukar jawatan PM daripada Anwar kepada Tengku Razaliegh Hamzah dicadangkan oleh Pas. Tujuan Mustapa mendedahkan cerita "benar" yang dianggap tidak ada moral dan setiakawan bagi Pas itu bagi membela dan mempertahankan presiden Pas, yang dituduh oleh DAP menolak Anwar.

Penjelasan Mustapa itu tidak menguntungkan Pas sebenarnya, tetapi mendedah hakikat yang selama ini dipersoalkan oleh umum terhadap presiden parti itu. Apabila Pas mencadangkan nama Tengku Razaleigh sebagai menjadi PM, tetapi tidak nama Abdul Hadi Awang, jelas menunjukkan presiden Pas itu tidak layak untuk menjadi PM.

Abdul Hadi bagi Pas sendiri tidak disenaraikan sebagai pemimpin nombor satu Malaysia.

Bertolak dari realiti itulah mungkin maka berlaku protes dari kalangan bekas pimpinan Pas kepada Abdul Hadi Awang. Mereka malu dan segan untuk berketuakan kepada orang yang tidak tersenarai sebagai perdana menteri.

Sekiranya Abdul Hadi mencapai standard sebagai PM, sudah tentu nama beliau dicadang menggantikan Anwar Ibrahim apabila Majlis Syura Ulama (MSU) membuat pertimbangan dari segi moral Anwar tidak layak. Nama Abdul Hadilah paling layak apabila nama Lim Kit Siang juga bermasalah selepas nama Anwar tidak diperlukan bukannya Tengku Razaleigh orang yang berada di luar lingkungan Pakatan Rakyat.

Tanpa Pas menamakan presidennya sendiri sebaliknya menggadaikan jawatan itu kepada Tengku Razaleigh Hamzah  menunjukkan Abdul Hadi dalam keadaan teruk dan tidak bermutu. Tanpa disedari penamaan Tengku Razaleigh itu sebagai penghinaan secara halus terhadap Abdul Hadi yang mungkin hanya disengehinya sahaja.

Yang merujakan lagi bukan sahaja kalangan Jawatankuasa kerja Pas tidak mencadangkan Abdul Hadi menjadi PM, tetapi MSU badan yang dikira tertinggi di mana Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Mursyidul juga tidak terliur dengan Abdul Hadi.

Walasil balik, walasal balik asil, pendedahan Mustapa bertujuan untuk memburuk-buruk Lim Kit Siang dan menunjukkan Pas, khasnya Abdul Hadi baik dan bersih, jadi sebaliknya. Pendedahan itu secara tidak langsung merenah-rendahkan martabat Abdul Hadi sebagai pemimpin bertaraf dunia yang disanjungi, dan ia jelas tidak setanding dengan status yang diraih Anwar.

Makanya lain kalau Mustapa hendak membuat kejutan dan membuka cerita-cerita sebenar yang misteri dan berlapis, harus berfikir banyak kali dan melihat apakah implikasi daripada yang dilakukan. Jangan pula kerana hendak membungkus nangka, kain kita pula terkoyak. [wm.kl.6:54 pm 20/08/15] - msomelayu

Di angkat sepenuhnya dari Bloglist Malaysia



PAS mahu Ku Li jadi PM jika Pakatan menang PRU-13

Published on Aug 5, 2014
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendedahkan bahawa PAS ketika di ambang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) pada Mei 2013 mencadangkan agar Ahli Parlimen Umno Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan membentuk kerajaan pusat..kiniTV



Xtra

Hadi perlu berundur!



  KOMEN pembaca Semut Harian
Mohd Jamari Ideris: Hadi perlu berundur. Dia melakukan beberapa kesilapan selaku presiden PAS; keangkuhan dan kedangkalan mindanya mengheret parti itu ke bawah.
Dia tidak berpandangan jauh dan kualiti kepimpinan yang rendah untuk mengembalikan PAS ke puncak kegemilanganya dahulu.

Charles Yii: Hadi patut meletakan jawatan untuk menghalang lebih ramai ahli PAS keluar parti dan melemahkannya. Pemimpin parti yang patut dipersalahkan kerana masalah sekarang.

Mustafa Nor: Mengapa orang luar parti yang mendesaknya meletakan jawatan? Desakan itu perlu datang daripada parti. Tetapi itu tidak akan berlaku kerana dia mempunyai sokongan kuat daripada majoriti ahli.
Tidak mungkin orang Melayu akan bekerjasama dengan parti seperti DAP. Ingat dia menerima 80% undi dan dia masih disukai oleh ramai ahli. Sudahlah!

Syed Malick Syed Imam:  Jujurnya, PAS akan menjadi lebih kuat sebaik sahaja semua parasit ini lenyap.

Shahrul Akmal: Jangan bimbang…PAS akan kekal kuat untuk mereka yang ikhlas dan mahu bekerja untuk parti. Dan untuk mereka yang tidak mahu berkorban untuk parti, mereka punyai pilihan sekarang- keluar sahaja!

Alicia Ng: Dia telah memusnahkan PAS yang dahulunya hebat dan berkuasa!

William Wong Choon Wah: Saya masih menyimpan harapan yang semua parti pembangkang bekerjasama kembali.

Teik Lee: Saya rasa Hadi sudah tidak peduli.

Eugene Kl: Bungkus lah, PAS.  Menyesal saya mengundi parti ini dalam pilihanraya lepas.

Simon Tan: Orang tua ni tak rugi apa-apa. Dia telah mencapai matlamatnya. Dia hanya duduk memerhatikan apa yang akan berlaku sekarang.
Dia tidak tunggu lama untuk melihat kesannya.

Stanley Rozario: Dia tidak kisah kerana dia berkawan baik dengan seorang pemimpin Umno. Anda tahu siapa!

Tc Ling:  Tahap penafian Hadi hampir sama dengan PM kita. Mereka ini keras kepala seperti baghal dan kulit tebal macam batu.

Mike Wong: PAS? Lupakan sahaja parti ini. Harinya semakin singkat dan hanya akan jadi sejarah tak lama lagi.

Garry Ee:  Hadi nanti akan menjadi jeneral tanpa tentera.

Ng John: Oh Hadi! Saya kesian tengok awak.

Shahrul Akmal: Selaku ahli PAS kami tak takut dengan DAP atau GHB. Tetapi kami takut dengan parasit dalam parti!
Komentar-komentar ini ialah maklumbalas kepada rencana, “ Bermulanya penghijrahan ahli PAS ke GHB, Hadi mula bimbang?” yang disiarkan pada 20 Ogos.

Ini komen solo oleh Abe Awang Malaya · berkaitan isu yang diketengahkan

Percayakah anda, dalam PRU-13 yang lepas, Haji Hadi rela dirinya kalah asalkan Pakatan Rakyat gagal memerintah.... Haji Hadi rela serahkan kemenangan kepada calon BN, asalkan Anwar Ibrahim tidak dapat jadi Perdana Menteri.
Pada malam sebelum mengundi keesokan harinya, jalanraya sesak di Kg Rhu Renggeh, berdekatan Rusila.... Orang sangat ramai sedang berkumpul di satu tempat (saya tidak pasti itu rumah orang atau surau atau bangunan apa) hingga melimpah ke tepi jalan besar....... Beberapa buah kereta peronda polis turut kelihatan..... Saya tanya orang di situ, ada apa....? (Sebab setahu saya, tempoh kempen sudah tamat)..... Ada yang menjawab, anak tuan guru (Khalil) sedang bagi taklimat.
Saya meneruskan perjalanan, dalam hati tertanya-tanya, taklimat apa pulak...? Kenapa ada polis jaga...? Baru saya teringat, siang tadi ada orang PAS bercakap-cakap, Parlimen biar kalah, asalkan kerusi Dun menang.
Pada malam kira undi, tiba-tiba tv menyiarkan keputusan Parlimen Marang, Haji Hadi kalah...!!! Bila lewat malam, baru dapat pengesahan bahawa keputusan itu silap, yang sebenarnya, Haji Hadi menang.
Sekarang baru saya terfikir, Haji Hadi mahu memberitahu pengundi supaya memberikan undi kepada calon UMNO untuk kerusi parlimen dan undi calon PAS untuk kerusi Dun..... Tetapi mesej itu tidak sampai kepada semua pengundi..... Oleh kerana isu nasional yang menyebelahi PR, maka pengundi yang tak tahu apa-apa tetap mengundi Haji Hadi.... Akhirnya, dia menang juga di Parlimen Marang.... Inilah yang dikatakan, kemenangan yang tidak diinginkan.
Sekarang barulah saya faham, kenapa berlaku di banyak kawasan, kerusi Dun dimenangi oleh calon PAS, tetapi bagi kerusi parlimen, calon PKR kalah.... Contohnya di Parlimen Machang dan Kulim-Bandar Baharu.
Bila berlaku begitu, Mustapa Ali menggunakan keputusan itu sebagai modal untuk menyebarkan dakyah kononnya pengundi Melayu menolak Anwar, untuk membenarkan tindakannya mahu melantik Ku Li jadi PM..... Sekarang baru timbul cerita secara terbuka, kononnya kalau Ku Li diumumkan sebagai calon PM, PR boleh memenangi PRU-13.... PR kalah kerana Anwar, kononnya.
See More

Hadi bimbang beb !
Tapi sembunyi 'Kebimbangan'?


Tindakan ahli akar umbi PAS yang keluar parti baru-baru ini untuk bersama-sama Gerakan Harapan Baru (GHB) merupakan petunjuk yang parti politik baru ini akan mengamalkan pendekatan kepimpinan “bawah-ke-atas” berbanding “atas-ke-bawah”.

Setiausaha Agung pro-tem GHB Dr Dzulkefly Ahmad berkata, itulah pendirian yang diambil bekas pemimpin progresif PAS yang menubuhkan gerakan tersebut selepas mereka disingkirkan dalam muktamar parti yang lalu..( Wak Labu Farm: Bermulanya penghijrahan ahli PAS ke GHB ... )

https://www.youtube.com/watch?v=GYMocMWF-HU



Terbaru bro !


Eksklusif di SinarTV: Pas Tidak Di Jemput Sertai Bersih 4.0 #SHSinarTV #SHOnline
http://bit.ly/1HZpuQl

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata parti itu tidak dilibatkan bagi penganjuran Bersih 4.0 yang bakal diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini, bagaimanapun kata beliau, jika ada arahan daripada parti, sama ada membenarkan atau tidak ahlinya turun berhimpun, mereka akan akur..Sinar Harian


apa nak buat bro ! dah orang tak kelapaq! Tok Sidang dah kata tak boleh ? tak kan nak U-turn lagi? Kah Kah Kah



Khulasah

Senang faham bro ! pendedahan oleh Mustafa Ali ini, menguatkan lagi sangkaan ramai yang Hadi tidak sejalan dengan Anwar bro ! popularity  Anwar yg penuh karisma dalam politik semasa serta sokongan padu pelbagai pihak menyebabkan Hadi dilambung gelombang resah gelisah, rimas dan cemas terhadap Anwar (rakan lama Hadi sejak dalam ABIM lagi), keakraban Anwar dengan almarhum Us. Fadzil Nor dulu 'menjengkelkan' Hadi sehingga sanggup mencadangkan Ku Li untuk diketengahkan sebagai PM M'sia kira PR sukses ke Putrajaya ! itulah sikap dan kelaku 'pelik' Hadi yang tidak mau Anwar ke situ sebagai PM kalo PR Berjaya masa PRU 13 dulu...ada saja helahnya !

Jadi, tidak laa pelik bin ajaib dgn kelaku kelayak begini kerana rentetan dari itu...Hadi seolah mau rakan2 dalam PR 'menunjukan' dia sebagai calonnya? akibat semua kegagalan ini PAS dah panas punggung dalam menghadapi PR...bukan lagi perkara ganjil jika cakap2 yang keluar dari 'mulut' nya, ditafsir berbagai2 oleh seluruh rakan pimpinan sebagai 'meningkah arus' dan akhirnya PAS ditinggalkan keseorangan sekarang bro.

Kah Kah Kah



Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]