Huh ! Sang Karibut ! [VIDEO]

Mulai hari ini bro ! Bendera PAS akan dikibarkan separuh tiang beb ! demi menghormati  kawasan dan Cawangan PAS yang dikebumikan beramai2 terutama di Kota Raja di mana PAS menangi dgn majoroti yang cukup besar 29.000 lebih !

Akar umbi Umno pula nampaknya kian 'jinak' dgn agenda 'rakyat', bila mereka ada yang bersedia menyertai Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos ini ? Ini mungkin cara mereka untuk menyatakan 'sesuatu' yang tidak dapat mereka lakukan dalam 'rumah' sendiri?  

Banyak sungguh 'sang karibut' sekarang ini bro? layan ! Kah Kah Kah


Karibut 1
Ada akar umbi
Umno nak join Bersih4 ?


© Provided by The Malaysian Insider..Bersih 4 supporters taking a selfie at a recent launch event for the upcoming rally that may see Umno members participating for the first time. – The Malaysian Insider file…

Perhimpunan Bersih 4 hujung bulan ini dijangka jadi salah satu cara ahli Umno nyata tidak puas hati terhadap Datuk Seri Najib Razak, kata pemimpin peringkat akar umbi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Ogos, 2015.
















"Menyertai Bersih 4 pada hujung bulan ini salah satu cara
ahli Umno menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemimpin tertinggi parti Datuk Seri Najib Razak,kata sebahagian ahli parti itu di peringkat akar umbi."

Menyuarakan bantahan secara senyap dengan turun ke jalan, akar umbi dan pemimpin Umno mungkin turut serta di Dataran Merdeka 29 dan 30 Ogos ini, seperti mana yang dijangkakan penganalisis politik Dr Maszlee Malik sebelum ini.
Menurut beberapa sumber di peringkat akar umbi, kehadiran penyokong Umno kalangan muda terutamanya, dijangka dapat disaksikan pada perhimpunan anjuran Bersih 2.0 itu yang selama ini dilihat didalangi pembangkang.

Misalnya, Ahli Umno Cawangan Keliang, Hulu Selangor Moohamad Faizal Abdul Raub memberitahu The Malaysian Insider, ada ahli parti yang ingin turut serta dalam perhimpunan itu kerana sudah buntu cara untuk menyatakan protes terhadap Najib.
The Malaysian Insider : Malaysia

*****
Akar umbi Umno nak join Bersih 4 ?
Biaq betoi bro ! Kah Kah Kah Kah Kah
Tapi, dalam suasana dan kemelut politik yang berputar sekarang ini, terutama dalam pelbagai persepsi yang menyelubungi 1MDB telah mampu mengubah jarum jam bro ! Bila Umno sendiri pun buntu untuk nyatakan 'protes' mereka kepa Najib ! Ini betul2 dah sangkaribut dlm Umno sendiri yang jarang ditemui dalam peta sejarah di Negara tercinta kita ini? Umno, terutama ahlinya jarang boleh berkompromi sebegini jadinya bro ! ini adalah bantahan cecara senyap mereka agaknya?


Karibut 2
'Jangan dera keluarga saya'
- Anwar

anwar-ibrahim1-600x360

PKR rayu Zahid Hamidi bantu Anwar Ibrahim

"Tapi janganlah dera keluarga saya. Keluarga nak jumpa susah... bagilah jumpa sekejap. Jangan sekat peguam saya. Ini buku nota pun tidak boleh.

"Saya minta Zahid timbang. Timbang keluarga dan kerja urusan peguam," kata Anwar..
Anwar: Janganlah dera keluarga saya...
Jangan dera keluarga saya, Anwar rayu Zahid




Anwar rayu TPM, jangan dera keluarga saya
Published on 19 August 2015
    Bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membenarkan lawatan atas urusan keluarga dan peguam yang semakin ketat sejak kebelangkangan ini.
    Bercakap kepada pemberita di luar Mahkamah Jalan Duta hari ini, katanya beliau faham Zahid yang suatu ketika amat rapat dengannya tetapi kemudiannya menjadi seteru memilih mahu mendera beliau. Namun, beliau memohon agar Zahid tidak mendera keluarga beliaunya dengan menghalang mereka berjumpa dengannya walaupun seketika dan menyekat kerja urusan peguamnya..kinitv
    *****
    Inilah tahap yang Anwar terima sekarang bro !
    Tak cukup lagikah mereka mau 'kerjakan' Anwar?
    lawatan keluarga diperketat, lawatan peguamnya pun
    diperketat..akses perpustakaan  pun dihad kpd Anwar ? lawatan MB Selangor pun depa batalkan sebaik sahaja dakwaan usaha menggulingkan kerajaan dibangkitkan.
    Baca ( Keluarga dakwa dihad akses pada Anwar )..Dulu semua orang tahu,
    depa nie laa yg amat rapat dengan Anwar? tetapi kemudiannya menjadi seteru memilih mahu mendera beliau.?
    Sekarang Anwar merayu ! pertimbangkanlah ! Anwar kat 'dalam'
    pun ! lagi mau cuak ke? lambat lagi dia nak keluar?

    *****

    Punca utama kita tolak PAS ialah kerana kita pro Anwar..... Kita tolak PAS kerana presidennya hina Wan Azizah..... Kita tolak PAS kerana ulamaknya menjadi pengampu Najib
    Kalau pemimpin PKR tak faham juga, apa kita boleh buat..... Selama ini, kita mempertahankan Anwar dari cercaan dan penghinaan wala'un PAS dan macai UMNO, kita tak harapkan apa-apa dan sememangnya kita tak dapat apa-apa pun.... Hanya semata-mata kerana kita manusia yang masih punya perikemanusiaan... Itu saja..

    Apa yg ditulis oleh Abe Awang Malaya adalah kerana Pas semenjak di bawah Hadi ini, langsung tidak menyentuh dan bercakap pasai anwar, nak pertahankan anwar? jauh sekali bro ! tapi mereka tidak punya malu, tak ada 'muka' malah bermuka2 dengan PKR hingga sanggup datang 'menyembah' di rumah Wan Azizah yang mereka pernah hinakan dahulu dan sekarang malah 'menghasut' lagi agar PKR jangan lagi berhubung dengan DAP? Kah Kah Kah..Sepesis apakah PAS ini bro ? aku tak sanggup nak lihat lagi 'drama bewoook' dari Pas ini bro! Hangpa tau bewoook ke tidak? itu laa sepesis yang selalu kerjanya cakar orang ! tu yang orang kata, jangan simpan biawak hidup, tak pepasai kena cakaq bro ! bukan takat melecaq saja ? silap haribulan boleh keluaq isi bro ! sang karibut betul Pas nih !Kah Kah Kah




    Karibut 3
    Sandiwara Seniwara PAS


    Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sokong pendirian Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali, parti itu perlu sokong undi tidak percaya perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Ogos, 2015.






    Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sokong pendirian Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali, parti itu perlu sokong undi tidak percaya perdana menteri.



    Tuan Ibrahim berkata, beliau percaya parti Islam itu perlu berbuat demikian kerana terdapat banyak persoalan timbul yang masih belum dapat diperjelaskan dengan sempurna oleh Najib kepada rakyat.
    "Sebagaimana yang dikatakan Datuk Mustafa Ali, jika ada undi tidak percaya terhadap perdana menteri, PAS akan turut bersama kerana tindakan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan jawapan terhadap derma RM2.6 bilion jelas tidak dapat diterima rakyat," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
    Kenyataan dua pemimpin parti Islam itu bercanggah dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bulan lalu yang mengarahkan ahli Parlimen PAS agar tidak menyokong usul undi tidak percaya kepada Najib.
    Ini bukan kali pertama kenyataan kedua-duanya bercanggah.

    Awal2 lagi tak dak sapa nak percaya dgn titm nie bro ! saja cakap bagi sendai mulut, pasai tu DAP lagi awal kata, Mustafa Ali BUKAN Hadi ! yang lain kalau cakap? tu semua pendapat depa sendiri bro ! last sekali kena pakai Hadi atawa Harun Din juga ..yang lain lempaq ke tepi laa...Ni laa sang karibut Pas bro ! Kah Kah Kah


    Karibut 4
    'Gentleman'lah
    isytihar keluar parti – MB Kelantan

    Foto dari fail lama

    KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berpendapat golongan yang kini menjadi ‘duri dalam daging’ di dalam PAS sepatutnya perlu bersikap ‘gentleman’.
    Beliau berkata Malaysia adalah negara demokrasi dan sekiranya mereka mahu menubuhkan parti baru, lebih baik isytiharkan keluar parti sahaja.
    “Bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi keadaan seperti ini lebih baik isytiharkan kerana mereka secara ‘gentleman’ boleh mengemukakan apa-apa dasar... NewMalaysianPost.com


    Ini jawabannya bro


    Pemimpin dan ahli PAS yang terlibat dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) mula meletakkan jawatan masing-masing dalam parti Islam itu selepas nama parti baharu diumumkan. Langkah ini diambil menjelang penubuhan parti Islam baharu dinamakan Parti Amanah Rakyat (Amanah) yang akan diperkenalkan kepada umum semasa sambutan hari kemerdekaan negara 31 Ogos ini..TMI

    2. Pakat-pakat lepas jawatan dah


    PEMIMPIN GHB MULA LEPAS JAWATAN DIDALAM PAS
     

    Pemimpin dan ahli PAS yang terlibat dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) mula meletakkan jawatan masing-masing dalam parti Islam itu selepas nama parti baharu diumumkan.

    Langkah ini diambil menjelang penubuhan parti Islam baharu dinamakan Parti Amanah Rakyat (Amanah) yang akan diperkenalkan kepada umum semasa sambutan hari kemerdekaan negara 31 Ogos ini.
    ...

    Mengikut perlembagaan PAS, selepas menyertai parti baharu, keahlian dalam parti Islam itu akan gugur secara automatik...


    NOTA TAPAK KAKI:

    MULAI HARI INI BENDERA PAS AKAN DIKIBARKAN SEPARUH TIANG DEMI MENGHORMATI KAWASAN DAN CAWANGAN PAS YANG DIKEBUMIKAN BERAMAI RAMAI
    ALFATEHAH..
    See More

    3. Kota Raja
    dah Surut dan Pupus ahli Pas !

    KELUAR PAS BUKAN KELUAR ISLAM.

    Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud menegaskan hari ini, tindakan individu yang keluar meninggalkan PAS bukan bererti mereka murtad atau terkeluar daripada agama Islam.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai sumpah atau bai'ah yang dikatakan dibuat setiap ahli PAS sewaktu menyertai parti itu..


    "Bai'ah itu adalah ikrar. Seperti juga di Parlimen. Kita ada nas dan ijtihad daripada alim ulama. Tetapi, na'uzubillah (minta dilindungi Allah), keluar daripada PAS bukan keluar Islam.

    NOTA TAPAK KAKI:

    KAN AKU DAH KATA..KELUAR PAS JE PUN BUKAN KELUAR ISLAM TAPI WALAUN2 NI DOK RATIB SIANG MALAM JIKA KELUAR DARI PAS BOLEH JATUH KAFIR..KAH KAH KAH

    PS: MAI RAPAT SIKIT WALAUN2 AKU NAK HABAQ..

    GHB ADALAH PELOPOR PARTI BARU YANG AKAN DILANCARKAN IAITU 'AMANAH' YANG MEMPUNYAI VISI DAN MISI UNTUK MENUMBANGKAN REGIM UBN BERSAMA SAMA DENGAN PKR DAN DAP..
    PARTI LEBAI TARAK...KEH KEH KEH
    See More



    "Saya tidak khianati amanah rakyat. Saya masih dalam perjuangan Islam. Tetapi, pendekatan politik kami sudah berbeza," katanya. Pada majlis hari ini, lebih 30 orang pimpinan dan AJK kawasan serta cawangan, termasuk 22 ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), menyuarakan sokongan mereka terhadap peletakan jawatan berkenaan.

    Dua lagi ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor dijangka akan mengambil tindakan sama dalam masa terdekat.

    Mereka ialah Adun Morib, Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungib.

    Seramai 183 ahli yang memegang jawatan dalam PAS Kota Raja meletakkan jawatan selain 227 ahli PAS Kapar dan 3 PAS Klang hari ini
    . -TMI
    Kira-kira 400 ahli dan pemimpin PAS dari tiga kawasan PAS di Selangor hari ini mengumum meletak jawatan sama ada dalam parti atau jawatan yang mereka sandang, sementara menunggu untuk berpindah menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

    Ia termasuk 183 ahli dari kawasan Kota Raja, 227 ahli kawasan Kapar dan tiga orang dari kawasan Klang.

    Naib Ketua PAS Kawasan Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata langkah itu bagi mengelak berlaku keadaan tidak menentu melanda PAS sebaik sahaja GHB menjadi sebuah parti politik dan lebih ramai ahli PAS keluar dan menyertainya..
    Malaysiakini



    Khulasah

    * Tahniah Kota Raja ! pemilihan tepat telah dibuat ! seperti kata Dr Siti Mariah, sebagai Naib Ketua PAS Kota Raja - supaya bila GHB jadi sebuah parti politik sah nanti, tak ada yang menghoyan dan sasau, jadi sekarang mereka ambil langkah berhijrah keluar dari PAS terlebih dahulu ! habis timpas pakat keluaq beramai2 ! orang utara kata: Segheyat bro ! Kah Kah Kah

    Berita keluarnya beramai2 ini adalah antara ribut taufan dan bencana besar buat PAS ! mana tidaknya, Nik Amar TMB Kelantan pun dok tak senang bro ! dan bagi tau yg PAS akan tentukan nasib ahli yang terlibat dgn GHB 11 Sept. nanti ?..TMI

    Too late bro ! depa dah tak ambik pot dah amaran macam tu..nak buat keputusan pun punya laa lambat ! tu yg orang tak boleh nak kautim dgn PAS nie? Kah Kah Kah
    "Biar anjing dan serigala menyalak, kabilah GHB berjalan berjalan terus"!!!

    * Itu laa jawapan yang akar umbi Pas 'gentlement' bro..depa lagi awal bertindak keluar dari rumah lama, pindah masuk rumah baru ! rumah lama banyak 'pijat' yang suka 'gigit2' ! maklumlah 'tilam lama' ! tau tidoq jer ! tak pernah nak jemur2 matahari ! Kah Kah Kah

    * PAS ada Pendirian ke bro ? memanjang keluarkan kenyataan ! bercanggah pula tu..Presiden begini, Paschai lain lagu lain ! sapa nak percaya ? pasai tu Kit Siang awal2 lagi dah kata, apa yang Paschai dok cakap tu? depa syok sendiri saja, Mustafa Ali kata lain pasai Bersih 4.0 - akhir sekali, kata Kit Siang, kalam Hadi juga akan terpakai ! ertinya ahli Pas di tegah 'join' Bersih 4.0 bro ! nanti 'kotor' KL ? kah Kah Kah
    Itu lah sebahagian karibut wal kalut wal malut PAS nie bro ! last jadi Sandiwara, Seniwara, Cerekarama, drama bersiri PasChai tiap minggu kerana terlalu 'desprate' dgn kemunculan parti baru 'AMANAH' yg cepat bertunas dan membesar!suburlah tu ! mereka cukup tertekan bro ! itu sebab olamak depa seperti 'hilang akal' jadinya? Kah kah kah
     
    "Biar anjing dan serigala menyalak, kabilah GHB berjalan berjalan terus" !!!



    Comments

    1. ISLAM itu...PASRAH nya indah
      Pasrah sePASRAH7nya khadrat TUHAN
      ISLAM hadir ke-UMBI masaalah?
      Simpul MATI...dpt diLERAIkan


      Menyerah PASRAH didasar HATI
      Ilham-CAHAYA terang BENDERANG
      Sulohan TUHAN kedasar AZALI
      Menyuloh khianat FITNAH yg CURANG


      Menyuloh khianat FITNAH dan ONAR
      Musang berJANGGUT..ayam beSORBAN
      Menyonglap MENCURI penyamun PINTAR
      Mentekedarah-UMMAT...halalan'TOYYIBAN!?


      Mentekedarah-UMMAT..Musang beSORBAN
      London JEPUN 'makam' ber'UZLAH
      Penyonglap PENYAMUN tahap IMAMAN
      Sekali FITNAH...berjuta GHONIMAH


      AMANAH itu....'mendakap' ILAHI
      Walau SATU "sen" diPAGAR rapi
      KERINGAT ummat...HARRAM dicuri
      Sbnr7HUDUD itu...didasar HATI..


      Sejujur7BUDI...seikhlas7JASA
      Sbnr7'HUDUD...'mendakap' ILAHI
      SYSTEM-universe to d highest ORDER
      Kaseh-SAYANG...CINTA abadi..


      Kaseh-SAYANG...CINTA nan suci..
      Melihat yg RAMAI...dari yg'SATU
      FANAlah donia...SYORGA menanti
      LANGIT dan Bumi meNYATU syahdu..


      Melihat yg RAMAI..dari yg'SATU
      Kaseh-SAYANG...CINTA abadi
      SYSTEM-universe...erat meNYATU
      WHOLELY 'didakapan' deen-'ILAHI..



      ReplyDelete
    2. helo anon !
      gurindam bagus..
      cuba serlahkan anda terus !

      ReplyDelete

    Post a Comment

    Popular posts from this blog

    Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

    Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

    ‘overthinking’ ! Apa tu?