Pengumuman Parti Amanah Negara - [VIDEO]

PARTI BARU DILANCARKAN AMBIL ALIH PARTI PEKERJA
Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Haji Mohamad Sabu mengumumkan pelancaran parti baru yang dinamakan Parti Amanah Negara (PAN) sebentar tadi Hotel Vistana Kuala Lumpur.
Pelancaran PAN ini memang dinantikan oleh segenap rakyat Malaysia yang tidak sabar-sabar untuk mengetahui nama dan hala tuju parti baru yang bakal ditubuhkan.

Parti baru yang ditubuhkan ini bukan parti yang baru didaftarkan sebaliknya ia adalah parti lama yang ditukar nama dan perlembagaannya. Parti yang diambilalih ialah Parti Pekerja. Langkah ini diambil disebabkan ROS tidak membenarkan penubuhan Parti Progresif Islam (PPI) seperti yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi.
Protem Parti Pekerja ini akan mengumumkan perlembagaan dan nama parti pada 16 September 2015. Pihak protem Parti Pekerja ini sedang giat menggubal perlembagaan parti baru ini.

Ternyata parti baru ini memang signifikan lebih-lebih lagi ianya mendapat sokongan padu dari DAP dan PKR serta NGO-NGO di Malaysia. Ia terbukti apabila program-program GHB mendapat sokongan dari DAP, PKR, NGO dan rakyat Malaysia pada program road show yang dianjurkan oleh GHB.
Begitu juga dalam himpunan BERSIH 4.0 semalam GHB dilihat mendapat sokongan padu dari demonstran yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama

Erdogan di Turki mengepalai AKParty, (Parti Pembangunan dan Keadilan) dan seluruh dunia tahu AKParty di Turki telah berjaya cemerlang memertabatkan Islam. 

Jadi, parti baru ini diharap dapat bersama2 nanti dgn PKR dan DAP membentuk Pakatan 2.0 .




PAS ‘hilang’ 10 wakil rakyat
PAS kehilangan 10 wakil rakyat serentak selepas lima Ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan (Adun) parti Islam itu menyertai parti politik baharu yang ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB).
Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata keahlian 10 wakil rakyat itu gugur secara automatik apabila mereka dilantik menganggotai jawatankuasa parti baharu yang akan dikenali sebagai Parti Amanah Negara.

“Tak perlu keluar (PAS), keahlian dalam parti lama mereka gugur secara automatik,” katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Dengan munculnya Parti Amanah..baca selanjutnya...


Pengumuman Parti Amanah Negara
Published on Aug 31, 2015

Perisytiharan parti baharu oleh Mohamad Sabu. Mengambil alih Parti Pekerja yang akan ditukar nama kepada Parti Amanah Negara..Syed Qutb tv


GHB tunggu lampu hijau RoS

Mohamad Sabu (tengah) berkata, gerakan itu akan menggunakan nama Parti Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia sehingga nama baru diluluskan RoS. - Foto TRP

KUALA LUMPUR, 31 Ogos:
Gerakan Harapan Baru (GHB) yang merupakan kumpulan serpihan PAS, berhasrat menghidupkan sebuah parti politik sedia ada yang akan diberikan nama baru.
Gerakan itu yang terdiri daripada puak profesional PAS, akan memohon kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menukar nama Parti Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara.
Presiden GHB, Mohamad Sabu berkata, disebabkan sukar mendapat lampu hijau daripada RoS untuk penubuhan parti baru, gerakan itu akan menggunakan nama Parti Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia sehingga nama baru diluluskan RoS.
“Bermula dari hari bersejarah ini, kami dengan rasminya memasuki arena politik negara…pindaan terhadap nama dan perlembagaan parti akan dikemukakan kepada RoS.

“Hari perasmian adalah pada 16 September ini,” katanya dalam sidang media di Hotel Vistana, hari ini..The Rakyat Post

************



Barisan wanita Parti Amanah Negara (PAN)




Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (PAN)

Penasihat Umum - Ustaz Ahmad Awang

Pengerusi : Hj Mohammad Sabu
Timbalan Pengerusi : Hj Salahuddin Ayub

Naib Pengerusi
Dato Dr Mujahid Yusof
Ustaz Hassanudin Mohd Yunos
Ketua Wanita : Dr Mariah Mahmud
Ketua Pemuda : Mohd Sany Hamzan
Setiausaha : Mohd Anuar Tahir
Timb. Setiausaha : Abang Ahmad Kardee Abang Masagus
Bendahari : Hj Asmuni Awi
Setiausaha Orgniasasi : Suhaizan Kaiat

AJK
Dr Mohd Hatta Ramli
Ir Khalid Samad
Ir Izham Jashim
Hj Adly Zahari
Raj Munni Sabu@Aiman Athirah Al Jundi
Dato Seri Muhammad Nizar Jamaluddin
Mazlan Aliman
Aminolhuda Hassan
Mohd Hanipa Maidin
Dato' Fakhrulrazi Zawawi
Saari Sungip
Zulkifli Mohd Omar
Hu Pang Chaw
Dato Wan Abd Rahim Abdullah

Hasnul Baharuddin

memohon restu dari Allah
doa dibacakan oleh UAA di
Majlis Pengumuman Parti Amanah Negara (PAN)


BONUS PIC
Mat Sabu macam selebriti daaa !
Dont worry Mat ! 
We know de situation laaa ! 
Kah Kah Kah
Semua foto dari fb Kameel Abuya







BismillahirRahmanirRahim
PERMOHONAN MAAF 

Saya selaku Ketua Pengiring kepada Hj Mohammad bin Sabu sepanjang Himpunan BERSIH 4.0 memohon berbanyak kemaafan kepada Hj Mohammad Sabu, keluarga, sanak saudara dan kenalan Islamnya kerana tidak berjaya mengawal serbuan rakyat Malaysia dalam Himpunan Bersih 4.0 dari berbagai kaum untuk mengambil gambar, berselfie, bersalaman dan menandatangan di baju, topi, ikat kepala dan seumpamanya..


Kejadian diluar kawalan dan kelalaian saya telah menyebab berlakukan insiden yang dirasakan kurang sopan oleh masyarakat Islam.
Insyaa Allah selepas ini saya dan team pengiring ARIF (kali.pertama bertugas) akan berusaha memastikan insiden serbuan sehingga diluar kawalan akan dapat di atasi pada masa hadapan.
Sebagai sedikit gambaran sebenar terhadap photo yang sedang diviralkan, kejadian berlaku ketika Hj Mohammad Sabu bergerak dari pentas ke pentas di tengah kesesakan puluhan ribu peserta, saya sendiri telah memberi arahan.agar kawalan tidak dilakukan terlalu ketat dan mesti mesra rakyat tanpa menjangkakan serbuan yang amat menakjubkan telah berlaku apabila mengetahui kehadiran Hj Mohammad Sabu sehingga ada yang seperti histeria untuk bergambar, berselfie dan sebagainya.
Sekali saya memohon berbanyak kemaafan di atas insiden yang telah menyinggung perasaan keluarga serta sahabat seIslam akibat kelemahan.kawalan kami terhadap Pengerusi Harapan Baru Malaysia.

Aris Awang
Ketua Pengiring 
Pengerusi Harapan Baru Malaysia

Untuk Bersih 4.0

Ulasan aku !
Sekalipun ada foto yg sengaja diedar dalam keadan seorang amoi cina pi sandaq kepala kat badan M.Sabu untuk berselfie ! ia sengaja dijadikan asbab untuk 'mengaibkan' susuk M.Sabu kononnya ! 
M.Sabu adalah ikon rakyat ! tidak kira kaum, bangsa dan sebagainya ! perkara2 begini memang sensitif ! tetapi keadaan di mana ianya berlaku adalah di luar sesiapa pun untuk menolak 'mafsadah' secara spontan bro ! semua orang sukakannya, cuma yang 'buta, pekak dan bisu' sahaja yang tidak nampak semua kerja hebat yang dilakukan oleh beliau umpamanya.

aku bukan nak ejas untuk bagi kelihatan ianya comel bro ! tapi semua orang tidak bisa mengawal situasi sebegini ! Mat Sabu tak bersalah ! amoi tu pun tak dak salah apa-apa, pasai bagi 'dia' perkara itu adalah normal dlm kepercayaan dia ! cuma kita sebagai muslim wajib dan sentiasa beristighfar banyak2 bila perkara2 di luar jangkauan kita berlak! ingat ayat ini bro!

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (286) - 

  القرآن الكريم - تفسير الطبري - تفسير سورة البقرة - الآية 28

في ظلال قوله تعالى( ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا ...

Klik dua pautan atas tu bro !

Jadi kita memohon kepada Allah supaya maafkan kita, ampuni kita, rahmati kita, bila kita lalai,alpa, tersalah tindakan dsbnya, kerana Allah adalah 'Maula' kita, Pelindung kita. Wallahu'alam. 


Ini Mat Sabu & Lim Kit Siang yang berada sepanjang malam di Dataran Merdeka....amacam?
          
Datuk Kamarul Zaman
Tuan komrad didalam khemah "mewah"nya.....ini baru     pemimpin sejati kesayangan rakyat walau bukan                         ulamak besar donia,walau bukang tuwang presideng                   parti...


Inilah BAM MAT KITERRR........
Bukang TuWang Presideng yang "hebat"

         Juga bukang Olamakkkkkk besar donia.....





Comments




  1. AMANAH?

    AMANAH AMANAH??


    AMANAH AMANAH-Bersih AMANAH..???



    Sorban jubah bukanlah LAMBANG
    Doa berjela bukan UKURAN
    AMANAH itu...'niat' nya TERANG
    Tiada yg terSEMBUNYI disisi TUHAN


    Disis TUHAN semuanya TERANG
    Ke LONDON ke Turki 'wajib' diAUDIT
    Walau SATU "sen" dari mana DATANG?
    AMANAH ummah wajib di UNGKIT


    Ke LONDON ke Jepun 'wajib' diAUDIT
    Kalau PONTENG.."hukum" nya CURI
    MenCURI Tulang..menCURI DUIT
    Hudud menCURI...dipotong JARI!?


    Sape yg SUKA dgn siPONTENG?
    Sape yg tolol berIMAM kan PENCURI??
    Songlap FITNAH..akidah meNYELEWENG
    Melanggar AMANAH..khazanah diNODAI


    AMANAH itu..SELFLESS hadirnya
    Tak WUJUD ponteng FITNAH mencuri
    AMANAH itu..bersih seBERSIH7nya
    Se"habuk" pon TIDAK pentingkanDIRI


    Jgn SEBUT soal AMANAH
    Kalau HARTA-glamor diJIWA
    Jgn di ikut..ponteng & FITNAH
    Mencuri menyonglap khazanah NEGARA



    AKIDAH pencuri..akidah SONGSANG
    AKIDAH songsang..sggup memFITNAH
    Bersih-AMANAH...wajib di JULANG
    KASEH yg suci..dirahmati ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro anon !
      best syair gurindam anda nie..
      teruskan

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]