Liang Liang, S.M. Ferjani dan Peliknya PAS

Takziah kepada rakyat Malaysia kerana dengan ekonomi yang kurang stabil seperti 'currency exchange' yang makin "depreciation" ditambah pulak dengan penambahan kos untuk penjagaan yang rapi kepada panda yang baru lahir, dan PAS pun koi dok pelik setiap hari? Ayuh bersama ‪#‎HarapanBaru‬ untuk mencipta sejarah di dalam konteks lanskap politik negara kita bersama DAP dan PKR bersama2. InsyaAllah....
#HarapanBaru


‪#‎Harapanbaru dan sesi dialog
dengan S.M. Ferjani dari Tunisia

Sesi dialog yang berlangsung pada malam tadi(beberapa hari lepas) bersama Sayyid Muhammad Ferjani(Tunisia) telah berakhir, dan beliau akan pulang ke Tunisia pada malam ini.






03/11/1436(18/8/2015) Ustaz Ahmad Awang menyertai sesi dialog di pejabat MAPIM bersama Sayyid Muhammad Ferjani(Tunisia), sebelum beliau pulang ke Tunisia pada malam tadi. Turut terlibat di dalam sesi dialog ini ialah Ustaz Ghani Shamsudin.


Pemimpin An Nahdah Sheikh Sayyid Muhammad Ferjani, parti Islam dari Tunisia melawat Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 Ogos, 2015.















Pemimpin An Nahdah Sheikh Sayyid Muhammad Ferjani, parti Islam dari Tunisia melawat Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 19 Ogos, 2015

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang akan mengadakan satu lagi rombongan ke negara Islam bagi mengkaji sistem politik dan pelaksanaan syariah khasnya hudud selepas berpisah dengan PAS disebabkan isu tersebut. Kali ini mereka akan melawat Tunisia dan berbincang dengan pemimpin parti Islam An Nahdah, yang turut berada dalam kerajaan negara utara Afrika itu. Lim memberitahu media semalam selepas menerima kunjungan hormat wakil pemimpin utama An Nahdah Rachid Ghanouchi iaitu Sheikh Sayyid Muhammad Ferjani ke Ibu Pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam.

  nota -
Ferjani, yang merupakan seorang tokoh utama dalam parti Ennahda Tunisia, menafikan dakwaan bahawa kanun jenayah Islam menjadi syarat sah aqidah, dengan mengaitkan bahawa Nabi Muhammad ï·º pun tidak melaksanakan hudud pada zaman baginda sebagai pemerintah negeri.
"Muhammad ï·º selama 13 tahun tidak wujud hukum hudud atau sistem hukuman atau apa-apa. Jika hudud ini adalah syarat aqidah dalam Islam, maka orang-orang yang menetap sepanjang 13 tahun itu tentulah bukan (tak sah) beragama Islam, " kata Ferjani.
"Isu nya di sini, perkara utama bukanlah hudud, walaupun ia adalah sistem hukuman yang terbaik. Ini bukan isu itu (mengguna sistem terbaik). Isunya ialah bagaimana, apabila anda (berjaya) mengusahakan keamanan (gaji minima, pendapatan per kapita, agihan pendapatan, peluang kerja, sistem pendidikan) anda bebas untuk menghargai apa sahaja kepercayaan yang anda ada (termasuk mendakwa, menggubal di dalam hukum balas bunuh [qishash] itu ada hayat[ketenteraman awam]). "

Terjemahan Transkrip Ucaptama Syeikh Said Muhammad Ferjani (Ahli Syura Parti al-Nahdhah, Tunisia)..Continue Reading
Apa macam bro ? DAP tu nak belajar Hudud laa !
tapi dgn PAS ? depa kurang yakin? pasai Tok Sidang PAS yang besar2 tu perengus sangat ! bengkiang tak habis ! Kah Kah Kah


Seorang gadis Syria menangis lega selepas tiba di pulau Lesbos, Greek selepas menyeberangi lautan Aegean dengan bot angin dari Turki semalam. – Gambar AFP, 21 Ogos, 2015

Adakah umat Islam perlukan 'hudud' terlebih dahulu? sebelum selesaikan kemelut seperti kezaliman ke atas mereka oleh 'penguasa' di sana? gamaknya inilah agaknya yg dimaksudkan oleh Ferjani seperti dalam nota di atas?

Baca tulisan menarik ini -  nukilan



  Peliknya PAS  

Sokong TSKI Dan Hentam PKR


Memang pelik.

DI Selangor beriya-iya mereka ingin terus menjalinkan hubungan dengan PKR. Malah sanggup datang "menyembah" kepada PKR supaya tidak berlaku pertandingan 3 penjuru di kawasan di mana PAS bertanding. Malah menghasut PKR supaya memutuskan hubungan dengan GHB. Baca (Dulu Hinakan Wan Azizah, Sekarang PAS Hasut PKR Supaya Benci GHB)

Tiba-tiba kini hentam PKR dan sokong TSKI. ...

Sedangkan semua orang tahu, bahawa Saifuddin dan PKR boleh saja meneruskan kes saman TSKI terhadapnya. Tetapi oleh kerana mendengar nasihat Anwar dimana Anwar sebagai perantara menyatakan negara sedang berdepan dengan masalah politik, ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat, maka sewajarnya langkah perdamaian itu lebih baik dari meneruskan kes.

Namun kesempatan itu dipergunakan sehabisnya oleh PAS untuk menghentam PKR disamping TSKI sendiri yang sekalipun telah "saling bermaaf", tetapi terus menyalah Langkah Kajang sebagai langkah kecundang yang telah mengaibkannya.

Dimanakah kejujuran TSKI yang telah "saling memaafkan" dan dimana kejujuran PAS untuk menjalinkan hubungannya dengan PKR?

Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Yang tidak jujur itulah yang sebenarnya akan kecundang...

PAS Sokong TSKI Dan Hentam PKR?


Mahu bersama PKR atau tidak,
PAS hantar mesej keliru

OLEH ZULKIFLI SULONG

PAS gagal memberi isyarat jelas kepada penyokongnya samada mahu terus bekerjasama dengan PKR atau tidak selepas berpisah dengan DAP, kata penganalisis....

Ini kerana, dalam isu saman bekas menteri besar Selangor terhadap PKR, jelas PAS terus menyalahkan PKR dan menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim...
themalaysianinsider.com/


​Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan baru-baru ini menjemput bekas MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyertai PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Ogos, 2015.
Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan baru-baru ini menjemput bekas MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyertai PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Ogos, 2015.

dalam akaun Facebooknya ketika mengulas keputusan mahkamah itu menyerang Langkah Kajang yang dimulakan Anwar, selain cuba memancing Khalid agar bersama PAS..TMI

*****
Kah Kah Kah Paschai nak pancing 'sahak' bro !
agak2 'sahak' boleh ditunjuk sebagai professional baru yg 'join' PAS ? Begitu? yg lain nak tunjuk kata PAS dapat asset besar bila khalid setuju join PAS ???? baru boleh 'timing' sikit dgn GHB ? Kah Kah Kah
Kalo iya pun ? GHB sikit tak heran bro ! depa dah kenai 'sahak' lebih dari Chai lutut siku tu? depa dok bermain sekali ngan 'sahak' nie berapa punya lama ? dah khatam pun !
Panglima siku lutut tu..bukan kenai 'sahak' tara mana pun? nanti lagi kerosot PAS ada laa..berhujan biar sedikit ! berpanas biar lama ! nanti sesal dah tarak guna ??? mesej keliru kan?

Kah Kah Kah



   DAP   

Kalau haram jatuh kerajaan,
mengapa sokong rampasan kuasa Perak, DAP soal mufti

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mengingatkan Tan Sri Harussani Zakaria tentang sokongannya terhadap rampasan kuasa Perak pada 2009 oleh Umno, selepas mufti Perak itu semalam mengisytiharkan haram menjatuhkan kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mengingatkan Tan Sri Harussani Zakaria tentang sokongannya terhadap rampasan kuasa Perak pada 2009 oleh Umno, selepas mufti Perak itu semalam mengisytiharkan haram menjatuhkan kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Ogos, 2015.

DAP Perak mahu Tan Sri Harussani Zakaria menjelaskan mengapa beliau tidak bersuara ketika Barisan Nasional (BN) melakukan rampasan kuasa di negeri itu 6 tahun lalu jika beliau tegas dengan pendirian adalah haram menjatuhkan kerajaan...TMI

*****
cukup aku angkat komen al-Husseyn
dalam tajuk Mufti Perak jangan jadi macam mufti Musang Berjanggut

" Baguih punya komen macam mufti dalam filem P.Ramlee Musang Berjanggut! Sewaktu berlakunya Kudeta di Perak, hang pi mana senyap tak buka mulut pun! Apakah Kerajaan Pakatan Rakyat dibawah Nizar dulu tu bukan pilihan rakyat melalui pilihanraya yang sah? Tiba-tiba hari ini hang mai gatai pi buka mulut longkang hang! Tak guna punya orang! Memangnya mufti Musang Berjanggut dalam filem P.Ramlee tu tak faham tata cara bernegara @ Demokrasi. Dia tidak tahu apa-apa mengenai adanya proses "Undi Tidak Percaya" sebab itu di zaman purba....al-Husseyn 
Kah Kah Kah

Ini pandangan Pengerusi Ilham Bro !

"Bagi saya PAS gagal memberikan isyarat yang jelas kepada penyokongnya apakah mereka mahu terus bekerjasama dengan PKR atau bergaduh dengan parti itu," kata Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar.
Bagi Hisomudin, jika PAS mahu bekerjasama dengan PKR sebagaimana dinyatakan kepimpinannya sebelum ini, parti Islam itu tidak seharusnya memihak kepada individu yang sudah terpisah daripada parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti Khalid.
"Namun PAS mengambil kesempatan daripada krisis undang-undang antara PKR dan Khalid dengan memihak secara jelas kepada bekas MB itu dan secara tidak langsung menyalahkan pimpinan PKR khasnya Anwar sendiri," katanya merujuk kepada Anwar yang kini berada dalam penjara.
Bagi beliau, langkah itu silap kerana jika PAS mahu mengekalkan hubungannya dengan PKR, ia perlu menjaga hati PKR dan pemimpinnya, khasnya Anwar yang meminta kes itu diselesaikan dengan baik.


Liang Liang
Se ekor Panda




KAKI SUDAH MELANGKAH ...
MAJU TERUS AKAN MARA KEHADAPAN..
TIADA MASANYA UNTUK UNDURKAN LANGKAH...
KITA PERLUKAN PARTI YANG BERGERAK KE HADAPAN..
BUKAN PARTI YANG MENGUNDUR KEBELAKANG..
HARAPAN BARU TERUS MARA MEROBEK KUBU UMNO DAN PENGKHIANAT ..
P/S.: AMANAH . PROGRESIF . PEDULI





Komen Dato Abdul Fatah Haron, YDP PAS Rantau Panjang. "Puak kita(PAS) gila bercakap, Puak HB (#HarapanBaru) gila buat kerja(usaha). Keputusan nanti bagaimana..?
Beliau juga melahirkan kebimbangan jika Troopers PAS berterusan suka memaki hamun, kesannya PAS akan dibenci masyarakat cerdik pandai.

Kebenarannya 'Anda fikir-fikirkan'.
~Admin ( Ustaz Ahmad Awang Supporters )


Gandingan Terbaik PRU-14
untuk menumbangkan Umno-BN



Khulasah !

~  Mantap - harapanbaru kian mantap bilamana ia kian diminati ramai kerana keterbukaan dalam menghadapi gejolak politik semasa..Harapanbaru akan bertukar menjadi sebuah parti politik yang sah sedikit hari lagi sebagai rakan dalam PR 2.0 yang menggabungkan (Amanah, PKR dan DAP) !
seperti kata Fatah Haron, YDP PAS Rantau Panjang, Puak PAS 'gila bercakap' ! Puak HB (harapanbaru) gila buat kerja ! Kah Kah Kah
Tau tak apa bro al-fatah ! depa 'ulama' Paschai muda dan tua mana reti dok diam? cuma tak buat keroja saja? tapi pasal bercakap? boleh pecah mic bro ! itulah peliknya PAS nie bro ! Kah Kah Kah

~ Menjadi sekor panda di Malaysia cukup bertuah bro ! bukan sebarang orang yg berbangga dengan baby baru yg bernama Liang Liang ! Hai untunglah kau panda ! hang tak payah tunggu brim, tak payah bayaq GST dan tak perlu susah payah benda lain ? hari2 sayur segar hang pulun ! kalo yang jaga hang buat lebih kurang dlm makan minum hang? dalam layanan kat hang? silap haribulan? depa tu pula kena pelangkong !? Kah Kah Kah

~ S.M Ferjani adalah seorang Ulama Tunisia ! beliau adalah sahabat kpd Us. Ahmad Awang, tenaga baru tetapi orang lama berpengalaman luas dalam keilmuan Islam antarabangsa, cuma UAA tak ditonjol sangat oleh PAS kerana sangka orang PAS yg mereka dah ada #2 punya ulama? tetapi 'tidak disenangi' oleh ramai ulama dunia pun ! begitu juga dengan 'ulama kitab mujarrobat' dalam PAS ! tak ada nama pun di peringkat antarabangsa? cuma gah kat sini saja ?

Ferjani membalas dalam kenyataan beliau bahawa Kanun Jenayah Islam' (baca Hudud) menafikan dakwaan bahawa ia bukan sebagai syarat sah aqidah seperti kata setengah2 Paschai bro ! baca kenyataan di laman atas ! - itulah peliknya Pas ni bro, pandangan seperti Ferjani ini langsung depa tak pakai ! kerana mereka lebih mengharapkan 'keikhlasan' Umno ? walhasilnya ! satu hasil pun tarak bro ! sebab itu ramai mengatakan ! hudud hanyalah 'momokan' Pas untuk meraih jawatan dalam pemilihan semasa muktamar lepas..kerana itu yg mereka impikan ! maka semua mereka dapat apa yg di chaikan dahulu..jadi, lahirnya #harapabaru adalah kerana berhasilnya de so called ulama PAS memomokan isu hudud ini ?


Dalam Muktamar dulu, mana ada puak olamak Chai bercakap pasal dasar bro? upamanya peluang kerja, agihan pendapatan, gaji minima, sistem pendidikan dan sebagainya seperti yg disebut oleh Ferjani !

~ DAP kembali personal kenyataan mufti Perak, waktu Perak di'rampas' BN 6 tahun lalu! dia boleh dok diam tak bersuara langsung ! tapi bila kedengaran seperti "Bersih 4.0' umpamanya mau mendesak supaya PM berundur? cepat2 Tok Mufti kita ini keluarkan dan isytihar haram jatuhkan kerajaan ? Kah Kah Kah
Inilah benda2 pelik yg nyata berlaku depan mata kita, 'strange but true' bro ? padan pun al-Husseyn  tulis persisnya mufti Pura Cendana saja ! macam dalam PAS juga bro ! ulama pengampu, penjilat tegar kian berleluasa bro ! dan mereka cukup 'disayangi' oleh 'ayahanda-ayahanda' mereka ? maka lulusnya jarum,luluslah kelendan bro !


       kah kah kah     



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?