Ahmad Awang Vs Hadi Awang - Kenyataan Media Terbaru !

Hari ni ayat baru bro ! 'Nyamuk kecil' pulak dahhh ! sedap sunguh depa 'label' puak yang jadi 'rival' ketat sekarang ini. Baru ada arti ! Kah Kah Kah
Dulu2, tolol, barua, pil kuda, broker dan segheba macam lagi ? hari ini 'word baru' nyamuk kecil ! tu kata kat #harapanbaru lah bro ! Jangan dok perasan PAS tu nyamuk besaq daa !? baca..GHB bagai nyamuk’

Nyamuk besaq senang 'tampaq' bro ! nyamuk kecil? kalo dia 'attack' ? maunya gatal semalaman ! tak boleh tidoq bro ! Kah Kah Kah.






Dah kalau mcm nyamuk yg kau meroyan2 mcm org gila tu udah nape weiiii...Kameel Abuya



HARAPAN BARU ISTIQOMAH BERSAMA PERJUANGAN ISLAM MEMBELA RAKYAT DAN NEGARA

Saya memandang berat kenyataan Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang mahukan wakil rakyat PAS yang bakal menyertai parti baru oleh Harapan Baru untuk meletakkan jawatan mereka sebagai wakil rakyat.

Rakyat telah memilih mereka kerana mereka mewakili Pakatan Rakyat yang menjanjikan agenda untuk membuat perubahan politik dalam negara dengan matlamat menjatuhkan rejim pemerintahan UMNO/BN. Sel...agi mana wakil rakyat yang dipilih kekal memperjuangkan matlamat ini, maka mereka layak untuk terus menggalas amanah rakyat.

Di satu segi lain, tidak ada peruntukan perundangan dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun amalan secara konvensional yang mengisyaratkan keperluan meletakkan jawatan.

Kenyataan PAS mendesak mereka meletakkan jawatan dalam keadaan mereka terus memperjuangkan hasrat rakyat yang telah mengundi mereka adalah membelakangkan kepentingan pengundi.
Seperkara lagi pada saat ini, rakyat mendesak supaya Dato' Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan atas skandal wang RM2.6 billion di dalam akaun peribadi beliau dan kegagalan pengurusan ekonomi negara. Nilai ringgit terus menyusut dan simpanan asing juga mengecil ke paras yang mencemaskan.

Maka sewajarnya seluruh ahli-ahli parlimen pembangkang bersedia untuk mengisytiharkan sokongan mereka terhadap undi tidak percaya yang akan dibawa ke atas Dato' Seri Najib Tun Razak.
Saya berkeyakinan adalah lebih baik untuk Dato Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan mendesak mana-mana ahli parlimen pembangkang yang tidak menyokong undi tidak percaya ini untuk meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi mereka. Kenyataan seperti ini lebih mewakili kehendak rakyat.

Yang pasti, wakil-wakil rakyat telah mengangkat sumpah di dalam dewan untuk menjalankan tugas mereka dengan penuh amanah dan tanggungjawab untuk kepentingan negara.

Sikap mereka yang menampilkan komitmen yang tinggi (di dalam dan di luar dewan) untuk terus memperjuangkan aspirasi dan kehendak rakyat bagi menuntut perubahan untuk negara, tanpa mengira parti mana yang mereka wakili, seharusnya diberi pujian dan sokongan, bukannya diminta untuk melepaskan jawatan.

USTAZ AHMAD AWANG
Penasihat Umum
Gerakan Harapan Baru
23 Ogos 2015/ 8 Zulkaedah 1436H




Ustaz Ahmad Awang: Harapan Baru Akan
Melahirkan Sebuah Parti Politik Islam Yang Inclusive

Published on Aug 17, 2015
Pelancaran Gerakan Harapan Baru negeri Selangor, Shah Alam 16/08/2015..mediarakyat

********
Tak harus desak
wakil rakyat Pas letak jawatan
– Penasihat Umum GHB


AHMAD AWANG
Penasihat Umum GHB, Ahmad Awang berkata kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendesak mereka meletakkan jawatan dilihat telah membelakangkan kepentingan pengundi. - Foto TRP




Inikah SEBAB Musabab
Tok Sidang Besar PAS Meghoyan Hari ke Hari ?


Sebab 1
Hari2 ada saja yg bungkuih
yang kabul dari PAS

Seramai 91 ahli jawatankuasa yang memegang pelbagai jawatan dalam Pas Kawasan Gelang Patah meletak jawatan masing-masing berkuatkuasa hari ini bagi menyertai parti baru yang bakal dilancar 31 Ogos ini..teruskan klik dan baca - 91 AJK Pas Gelang Patah letak jawatan

MTD PAS Gelang Patah,
NO 5A JALAN PULAI 20, Taman Pulai Utama, Skudai...
Cawangan terlibat:
1) Mutiara Rini
2) Tmn Universiti
3) Sri Pulai
4) Pulai Utama
5) Ulu Pulai
6) Pulai Perdana
7) Pulai Indah
8) Kampung Ladang



PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI AJK PAS KAWASAN KELANA JAYA & AJK DEWAN-DEWAN PAS KAWASAN KELANA JAYA SERTA PIMPINAN CAWANGAN-CAWANGAN DALAM PAS KAWASAN KELANA JAYA..See More


Daripada 11 Cawangan tersebut, majoriti Ajk di 6 Cawangan meletakkan jawatan masing-masing seperti perincian berikut:

1. Caw. Bdr. Sunway - 11 drp 12 Ajk
2. Caw. SS 19 - 8 drp 14 Ajk
3. Caw. Usj Taipan - 10 drp 13 Ajk
4. Caw. Usj 12 - 6 drp 13 Ajk
5. Caw. SS 5D - 10 drp 15 Ajk
6. Caw. Kelana Jaya - 7 drp 13 Ajk





Sebab 2
Tersalah cakap !
terlampau yakin dgn diri sendiri
Lalu pi celen awal untuk G18 buat parti baru !


Bila AMANAH lahir
Baru hati rasa menanah ?
Bengkak hati tahan amarah?
Takut bahtera sendiri pelan nak punah?
Kah Kah Kah



Sebab 3
Sambutan MEGA
Di mana saja #harapanbaru berkunjung!
PAS turut terkasima, meghoyan macam budak2 !



CERAMAH HARAPAN BARU SUNGAI PETANI, KEDAH.#harapanbaru




CERAMAH HARAPAN BARU
DI SEBERANG JAYA.
PROGRAM SEDANG BERLANGSUNG
#harapanbaru



CERAMAH HARAPAN BARU DI KUALA TERENGGANU
PADA 21 OGOS 2015
SAMBUTAN HEBAT

Ini bumi Tok Sidang Besaq nie?
Mana Tok Sidang tak menghoyan tak membebel?
sampai depan rumah 'dia' depa #harapanbaru pi dok 'kacau'?
Kah Kah Kah




CERAMAH
HARAPAN BARU DI TANGKAK, JOHOR

Sebab 4
Kerana ramai menyanggah
ulama Paschai dari kalangan
akedemik dan cerdik pandai
luar dan dalam Negara...........

"Sesiapa yang menggunakan HUKUM HUDUD
untuk MENANG PILIHANRAYA
maka tujuannya BUKAN KERANA Allah
tetapi mencari keredaan pengundi".

AHMAD HAMAD AL-JILANI
Ahli Akademik Arab Saudi


Sebab 5
Telunjuk itu !
Tunjukan diri sendiri !

Soalan: Semasa PRU13 berkempen kepada pengundi agar di amanahkan sebagai Ahli Parlimen Marang. Tanggung jawab seorang ahli Parlimen ialah hadir sidang Parlimen. Semasa sidang Parlimen anda melancong ke Jepun. Amanahkan anda..?

Pas tentu sudah menyedari akan terkeluar dari
Pakatan Rakyat 2.0. Hajat Pas bertanding sendirian kini tercapai.
Kan dah elok ! pelan2 tunjuk 'kebolehan' ajaib sendiri ! Kah Kah Kah




Khulasah

Setiap kenyataan pimpinan Pas, dari paling atas sampai ke bawah hanyalah suatu igauan ngeri mereka sendiri bro ! Hadi Awang misalnya, macam tertekan saja setiap hari bila #harapanbaru mendapat ransangan besar dalam setiap majlis dialog mereka bertemu orang ramai saentero negara bro !

Ini yg menyebabkan dada nakhoda, timbalan nakhoda kian tepu dengan amarah dan rimas - kerana itu, mereka seperti selalu melabelkan saingan mereka dgn pelbagai kata2 yg kononnya orang lain punya tidak se gah dan sehebat mereka? ketakutan mula menjalar urat saraf mereka? tetapi cuba disembunyikan ! Kah Kah Kah

kalau kita ingat balik, hadi yang halau mereka keluar, konon untuk 'pembersihan' bro? depa juga kata, muktamar dulu adalah medan untuk singkirkan puak sekular? Laa nie awat? barulah Paschai ambik tongkat pi kawat ! Ini namanya meghoyan, sasau sekali bro !kah kah kah

Dulu, depa Paschai yg halau G18..rasa depa puak Paschai yg hebat kononnnnnn..macam2 depa taruh geng 18 ! jebon laa, anwarinas laa, talibarut DAP laa, berwalikan DAP dan berbagai lagi !

Bila ramai mula hijrah ke GHB, Hadi dan Paschai lain kian gegabah bro ! tu yang keluar segala macam 'word' tu..nyamuk pun depa teringat bro ! orang punya nyamuk kecik saja ? Kecik tak kecik? masuk gelanggang nanti? tau laa sapa nak gatal nak garu ? boleh melecaq badan bro ! Laa nie pun depa dah 'start' garu bro, bila tengok GHB dok makan ubat kuat hari2 ! Kah Kah Kah

Apa pun sekarang, yang depa kata kat saingan mereka sendiri? yang itulah telunjuk depa tunjuk ke diri depa sendiri ! contoh macam kata orang tak amanah? pada hal diri mereka sendiri banyak mengkhianati amanah pengundi dan ahli yang pilih mereka ! Baru kita tau ropanya depa cukup bara, cukup geram, cukup berbulu, paling sadis dalam diri mereka ada unsur kecewa mega bro ! raut wajah dan susur kalam yang keluar adalah petanda segalanya !





Comments

  1. Salam

    Ingat! Walaupun nyamuk kecil, ia bukan hanya seekor nyamuk!

    ReplyDelete
  2. Lihat ZAHIR kusut WAJAH nya
    BATIN mengalir idea nya CELARU
    Bundar MATA nya tak tentu HALA
    Meronta terSIKSA tak sape yg'TAHU


    Alangkah BERANI nya menipu ALLAH
    Bukankah ITU menipu DIRI?
    Alangkah TOLOL nya bermain FITNAH
    Bagaikan MENIKAM diri SENDIRI


    Alangkah TOLOL nya mendustai ALLAH
    Ibarat MEMERANGI Alam-SEMESTA
    Rasuah-FITNAH menjahanamkan UMMAH
    ALLAH-memerangi "pembuat" SENGKETA


    Bermain FITNAH..mendustai TUHAN
    Mendustai TUHAN..memerangi ALLAH
    Begitu lah siTOLOL ditahap GABAN
    Songlap-FITNAH...KERINGAT ummah


    Mendustai TUHAN...memerangi ALLAH
    SORBAN dibelit KETAT dan rapi
    Apakah MALANG..apalah JADAH
    Bapak si-LUTOT yg ter'TOLOL sekali


    Hidup GELAP...KELIRU kelabu
    Terjerat HARTA...NOBAT kuasa
    Songlap-FITNAH hebat kah AKU?
    BerPERANG khadrat ALLAH yg'ESA!??


    Bukankah PASRAH...sbnr7PASRAH
    Jgn seSEKALI....memerangi TUHAN
    LANGIT dan Bumi pasrah-MENYERAH
    ROHANI berCAHAYA...beGEMERLAPAN





    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum. Torbaek, bro. Tampor nyamuk sampai lebam empunya diri.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?