Posts

Showing posts from September, 2016

Nasi lemak anak dara punya pukulan - [video]

Image
Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih hamba lurutkan, Hilang emak hilang saudara, Kerana kasih hamba turutkan... Meletup bro ! Bisnes kecilan nasik lemak anak dara dari Sungai Petani nie (aku punya home town ) laa tu meletup dalam sekelip mata saja bro ! Siapa sangka, anak dara punya pasal, ia terheret Azmin Ali sama untuk cakna dengan masalah yang menimpa anak dara ini yang berniaga di Shah Alam.  Itulah tuah badan, hai nasiblah kau tu pompuan, anak dara pulak tu, berpelajaran pula? tuahnya datang kerana selepas dikompaun RM2,000 kerana meniaga tanpa lesen sah, gadis ini mendapat perhatian MB Azmin untuk menyerahkan Borang Permohonan Lesen Menjaja MBSA kepada beliau agar perniagaannya menepati prosedur dan peraturan keselamatan. Inilah orang kata, susah cari senang jumpa bro ! semua beri tumpuan kat anak dara Kedah nie pasai jarang boleh jumpa sampai seorang emm bee boleh beri perhatian sebegini.  Inilah gamaknya 'pukulan' nasi lemak anak dara yer ! semua pakat pr

Sangkaribut dalam PPBM

Image
Samada tuduhan bahawa Tok Din (Muhyiddin Yassin) mahu mengawal parti baru ini atau tidak? terlalu awal untuk kita rumuskan bro ! Parti tu pun baru berapa hari saja? Baru nak tumbuh bulu kata orang. Sangkaribut dalam PPBM sudah bermula...Kah Kah Kah Apa pun, bila Tok Din mula berjinak dengan pemimpin Amanah secara solo dengan Salahuddin Ayub beberapa hari dahulu, ia mengundang sedikit tanda tanya seolahnya Tok Din buat pandai sendiri tanpa pengetahuan Mukriz mungkin? Ini pun jadi sangkaribut ke?  Misalnya Khairuddin Abu Hassan masih belum memutuskan sama ada akan menyertai PKR atau DAP, selepas satu ( spekulasi ) bertiup mengenai beliau selepas PPBM yang menceritakan kekecewaan bekas pemimpin Umno itu terhadap pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia susulan pendedahan ramai ahli dan penyokong PPBM semakin mempersoalkan sikap Muhyiddin yang tidak bermusyawarah dalam mengambil sesuatu keputusan?. Kalau tak sampai sebulan lagu nie punya dok ada? dah jadi macam Parti O Pas tu laa agakny

Invoke, Rafizi dan kesedaran daftar undi - Video

Image
Invoke merupakan satu projek terbaik Rafizi Ramli menggerakan anak-anak muda kita tanpa mengira kaum supaya segera mendaftar undi. Ia suatu galakan terbaik dari beliau sendiri dgn suntikan insentif tunai mingguan bagi cepatkan proses pendaftaran pengundi. Remaja kita terutama Melayu bro ! banyak dok lena, banyak habis masa ke lain, depa lebih suka buang masa, merempit, merendek, hiburan tak lepas langsung, bergaya dengan smartphone, whatsapp sana sini tak berhenti sedangkan tanggung jawab terhadap negara dan masalahnya dipandang enteng saja. Kah Kah Kah  Kita harus berterimakasih kpd gerakerja dan komitmen yang tinggi dari Rafizi Ramli dalam mempromosi kesedaran betapa undi mereka anak muda ini begitu bernilai untuk sebuah kelangsungan politik yang sehat di masa depan juga untuk memperbaiki keadaan yang semakin buruk. Invoke perkenal insentif tunai mingguan galak golongan muda daftar undi

Panas ! Ramai Wala'uns dengar ceramah Amanah dalam gelap

Image
Bila ceramah Amanah boleh menarik wala'uns untuk hadir dengar apa yang disampaikan oleh penceramah Amanah dan Pakatan Harapan, ia sudah mencukupi bahawa ceramah PH dan Amanah punyai sesuatu yang baru dan segar untuk dikongsi bersama. PRU 14 makin hampir. Mat Sabu dan Bro Saif PKR pun dah memadai untuk menarik 'crowd' datang bro ! Barulah betul2 'crowded' ! Kah kah Kah Kat Batu Kurau dalam Parlimen Larut, sebuah pekan kecil mampu menarik sejumlah 1000 pendengar sudah kira A balong laa bro ! yang menariknya ahli Pas juga ramai hadir tetapi depa duduk dalam 'gelap' dengar sampai habis. Ini satu perkembangan baik bagi Amanah. Pelan-pelan depa berubah laa.. Di satu sisi lain mungkin ceramah Pas sudah tidak menarik lagi seperti di era UFN dan Nik Aziz dulu lalu ceramah Amanah adalah alternatif terbaru mengisikan kekosongan dan kelompongan yang di tinggalkan PAS kerana sejak mendekati Umno, Pas sudah ketandusan isu untuk diketengahkan. Mana ceramah depa nak

Resepi AMANAH untuk kekal - [video]

Image
Fakta: Pas dah lebih 60 tahun hayat nya sama lebih kurang dengan hayat Umno. Amanah baru setahun.

Mengenang kembali kemusnahan Hiroshima dan Nagasaki - Video dan foto menarik

Image
Kemusnahan dua bandar besar Hiroshima dan Nagasaki di Jepun telah menghantui rakyat negara matahari naik itu sampai sekarang setelah 70 tahun berlalu sejak kejadian pengeboman bom atom di kedua bandar tersebut.  Dua bandar tadi bertukar menjadi padang jarak padang tekukur dalam sekelip mata, yang terselamat tidak boleh meneruskan kehidupan seperti biasa kerana kesan radiasi dari letupan itu mengundang berbagai penyakit seperti kanser dan lainnya. Ramai yang mati dalam usia muda. Ikuti koleksi segugus gambar memilukan, kengerian ke atas Nagasaki yang diambil 12 jam selepas letupan itu, yang meninggalkan kesan buruk terhadap Jepun sekian lama. ~~~~~~~~~ The hidden horrors of Nagasaki: Confiscated photographs of the devastating effects of America's atomic bomb – taken 12 hours after the blast – are revealed 70 years on  Snaps were taken by Yosuke Yamahata, a Japanese military photographer who was  tasked  with documenting the destruction for propaganda purposes The harr

Ini Bukti PAS Tak akan kerjasama dengan Pakatan Pembangkang ? [Video]

Image
Berita ini keluar seperti dilaporkan dalam akhbar Nanyang Siang Pau semalam yang mendakwa wujudnya persefahaman antara Umno dan Pas di Selangor untuk tidak bertembung antara satu sama lain dalam pilihanraya akan datang. Itu pun didedahkan oleh DAP melalui Pengarah Pendidikan Politiknya. Nak harap berita macam ini keluar dalam akhbar 'arus perdana'? Jangan mimpi laa bro ! Kah kah Kah   Bersetuju nak dapatkan kerusi Parlimen saja? Ini bukan setuju bro ! Ini nak 'tuju' nih? Kata hari tu Pas tak beriman dengan P.Raya? Pas tak kemaruk kuasa? Jadi penasihat cukup laa..apa yang dok kalut? Pakatan rakyat hancoq dulu sapa punya keroja? Tak Payahlah bergabung bro ! buat hilang stim saja. Kamu telah banyak mencederakan Pakatan Harapan, khususnya dalam pelaksanaan keputusan politik yang menyentuh kepentingan anggota PH. Pakatan Harapan perlu bertindak atas asas roh dan semangat Pakatan Harapan itu sendiri. Pas nak melingkup, biar dia melingkup bersama wala'uns.   Kah K

Setahun Amanah, Pas terus fobia - [Video]

Image
Parti Amanah telah berusia setahun bro. Dalam usianya yang setahun itu berbagai ubat pahit, pain killer ubat tahan sakit tu pun sentiasa ditelan oleh Amanah. Amanah kian diminati. Sejak kemasukan Husam Musa ke dalam Amanah, parti ini begitu melonjak cergas di Kelantan sana. Dengan usia baharu setahun jagung ia telah bergerak seiringan dengan parti2 lebih besar daripadanya. Segala tomahan, segala cemuhan dari walaun dan pimpinan Pas terutama Pas Kelantan juga dariTok Sidang Pas sendiri, menjadikan Amanah makin disukai. Pas kelihatannya longlai berhadapan dengan Amanah. Wala'uns terpaksa berkerja siang malam bagi menyekat ahli-ahli mereka dari menerobos pintu Amanah. Dalam masa Pas dok kalut sekat ahlinya menyertai Amanah itulah, ahli-ahli Amanah terus berkerja secara berpasukan tanpa menghiraukan sangat apa yang wala'uns dan pimpinan Pas lakukan bagi melemahkan Amanah. Kini, bahang 'panas' dari Amanah menghangatkan politik nasional, Pas amat perit menghadapi Aman

Bila wala'uns 'over steam' !

Image
Kekadang tu, bila kewarasan semakin hilang, yang mengambil tempatnya ialah emosi berlebihan bro ! kerana teruja sesuatu secara berlebihan, maka pertimbangan akal sehat sudah punah dan garapan sedih atau gembira atau apa saja akan tersasar dari disiplin ilmu yang dirasakan sudah 'mencukupi' ? Begitulah yang terjadi kepada ketua Dup Pahang Mokhtar Senik yang muatkan status fbnya dengan mengaitkan 'cuaca' dengan pemergian Haron Din, Mursyidul Am Pas pagi tadi di USA.  Rata-rata netizen 'menghentam' laman fesbuknya dengan berbagai cemuhan. Antara yang menulis  balas 'cara' ratapan Mokhtar Senik itu ialah Miqdad Zakaria Ketua Amanah Parlimen Marang bahawa kejadian sesuatu itu tidak ada sangkut pautnya dengan sesuatu kejadian seperti perubahan cuaca dsbnya. selanjutnya anda boleh rujuk di sini . Bila Putra Rasulullah صلى الله عليه وسلم bernama Ibrahim meninggal dunia di Tahun ke 10 Hijrah dan kebetulan berlaku gerhana matahari, Rasul kemundian masuk ke

AMANAH jadi tarikan hebat di Kelantan

Image
Parti Amanah Negara (Amanah) terus jadi tarikan kepada orang ramai untuk menyertai parti itu di Kelantan. Sepanjang 23 tahun menjadi Menteri Besar, Nik  Aziz mempunyai empat orang Setiausaha Politik. Tiga sudah menyertai Parti Amanah Negara dan hanya seorang masih setia dgn parti yg menjadi rakan kongsi Parti Ikatan. Kenapa semua ini berlaku? Amanah begitu cepat 'menawan', Oren kian diminati. Kenapa? tentulah ada sebabnya tersendiri ! kerana bukan mudah seperti petugas yang rapat dengan Nik Aziz sebagai ikon yang terlalu sinonim dengan batang tubuh Pas melawan Umno begitu rak manakala Pas sekarang menyimpang jauh dari kehendak asal perjuangan menentang segala ketidakadilan bikinan Umno itu seperti yang dilakukan oleh Nik Aziz.  Seperti kata Mejar Zaidi Pas perlu bersedia dikenang generasi kemundian nanti sebagai parti pengkhianatan rakyat. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan dan hasilnya, Amanah menjadi pilihan terbaru. P

Rafizi: Cadangan Noh Omar Paling Gila

Image

Pengkritik ! tiada tempat untuk kamu dalam PAS

Image
Tulisan dan artikel menarik mengenai Pas bro ! Walauns boleh kritik asalkan tiada kritik Pas! Kalau ada walauns kritik Pas? Kira tak ada tempatlah wala'uns tu dalam Pas.  Wala'uns boleh saja kritik yang lain asalkan jangan kritik Pas atawa umno buah hati pengarang jantung Tok Sidang tu?  Kah Kah Kah Maaf Pengkritik... Tiada Tempat untuk mu dalam Pas

Orang atas makan Musang King - Video

Image

Che Det- Anwar bertaut semula - Foto dan video menarik !

Image
"Hari ini negara mencatatkan satu kejutan baru yang ditunggu oleh rakyat selama 18 tahun.  Che Det berjumpa dengan Anwar di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur di Jalan Duta pagi ini dan bersalam erat antara satu sama lain. Pertemuan pertama ini berlaku selepas 18 tahun 2 hari..sejak 3 September 1998.. "Ia bukan satu keinsafahan tetapi satu tindakan politik matang dari Che Det dan Anwar juga bijak menerima kedatangan Che Det yg mengorbankan segala emosi dan segalanya," kata penganalisis politik, Mohd Sayuti Omar. Bagi beliau, apa yang dibuat oleh bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa sebelum ini dan diikuti dengan pertemuan antara Mahathir dengan Anwar ini, "Ia satu permulaan politik baru untuk negara." Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau datang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk memberikan sokongan kepada tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencabar kesahihan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari segi perlembagaan. "Saya dat

Nak pandang rendah pada Datuk Husam silakan ! Silakan !

Image
Biar berdentum guruh di langit, bumi tak hancur sebelum kiamat ! payung dah ku siapkan, perahu pun dah ku sediakan, hanya menunggu hujan di langit !, itulah agaknya sekilas fikir yang ada pada Husam dan Amanah bro ! Sejak menjadi ahli Amanah, saban waktu Husam menerima berbagai bentuk seumpama cacian, cemuhan, makian dan pandangan serong juga ada yang memandang rendah terhadap Husam? Maka diulang tayang, diungkit kepelbagaian mengenai batang tubuh Husam. Tapi Husam yang matang itu nasihatkan penyokong supaya kool bro sini , kan ke hebat Husam tu? Nak pandang rendah kat Husam? Silakan ! Sikit pun tidak menjejaskan kredibiliti Husam, malah orang kian menyanjung atas prinsipnya tanpa kompromi itu terhadap salah laku pimpinan Pas yang kian berpusar berpusing tak tentu arah bersama Umno dan Ikatannya.

PAS kian ghaplah, gelabah, kian berpusing - Video

Image
PAS sedang sakit bro ! Bila Husam masuk Amanah dan beberapa kenyataan beliau terhadap Parti itu, menjadikan pemimpin besar, kecil dan wala'uns makin kepanasan, gelabah dan hilang kawalan kematangan berpolitik ! Kah Kah Kah Hadi pun tumpang sekaki turut sama menyelar Husam kerana menggunakan nama Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menggangap lebih ramai akan mengikuti jejaknya menyertai Amanah jika Allahyarham masih hidup. Hadi mula penaik bisa dia dengan membanding siapa yang lebih mengenali Nik Aziz antara dia dan Husam?  Sinar Harian . Kah kah Kah Gelabah juga Tok Sidang Pas ini bila Husam menyertai Amanah. Buat perbandingan pun macam budak-budak untuk khabarkan dia lebih kenali Nik Aziz dari Husam? Tak ada 'standard' langsung bila orang yang mendakwa lebih alim agama dari Husam membuat perbandingan sebegini? Pecat Husam tu hapenya? Lepas tu tak puashati ? Kah Kah Kah Kalau Hadi lebih mengenali Nik Aziz berbanding Husam? Tentulah Hadi tak bersekongkol deng

Kejutan Husam Di Kelantan

Image
Kejutan Husam sudah bermula di Kelantan sehari selepas kepulangan beliau ke Kelantan setelah beliau mengumumkan kemasukan ke dalam Parti Amanah Negara (Amanah). Datuk Husam Musa di sambut meriah di Kota Bharu  selepas umum sertai Amanah semalam