AMANAH - Parti Islam baru yang ditunggu2 - [VIDEO]

Insya' Allah kalau tiada halangan, sebuah parti Islam baharu, berwajah baru, iltizam baru akan dilancarkan 31 Ogos ini, seterusnya akan bersama PKR dan DAP dalam apa yang dinamakan PR 2.0 iaitu suatu gabungan baru pembangkang setelah berkuburnya Pakatan Rakyat yang lalu.

#‪#‎GHB‬ cuma mahu ganti tempat yang ditinggalkan oleh PAS dalam PR (PR dah terbubar bila PAS dan DAP memutuskan hubungan!!!!)
Tak sabar menunggu PR 2.0 (GHB, PKR & DAP )
Itu saja....



Parti Islam baharu diberi nama Amanah

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALSISIS DAN RENCANA

Parti Amanah Rakyat akan terdiri daripada kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB) dan ahli badan bukan kerajaan Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2015.
Parti Amanah Rakyat akan terdiri daripada kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB) dan ahli badan bukan kerajaan Islam. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2015.


Parti Amanah Rakyat atau “Amanah” dijangka menjadi nama rasmi parti Islam baharu yang ditunggu-tunggu, ditubuhkan daripada kumpulan serpihan pemimpin PAS dan ahli badan bukan kerajaan Islam.

Dijangka dilancarkan pada Hari Kemerdekaan, menurut sumber, parti yang berteraskan Islam itu akan menggunakan warna Gerakan Harapan Baru (GHB) sekarang iaitu oren sebagai warna tema partinya.

Nama dan logonya akan dihantar ke Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak lama lagi sebelum dilancarkan secara rasmi pada 31 Ogos.

Keputusan mengenai nama, logo dan warna parti itu dimuktamadkan pada mesyuarat di Shah Alam semalam yang dihadiri pemimpin-pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB), yang merupakan sebahagian daripada ahli Parlimen dan pemimpin politik PAS yang paling menonjol. GHB adalah pelopor kepada parti baharu ini.

Menurut satu temu bual terdahulu dengan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, keanggotaan ahli dan pemimpin PAS akan terbatal sebaik sahaja mereka menyertai parti politik yang lain.

Selain ahli PAS dari seluruh negara kata sumber itu, Amanah akan terdiri daripada pemimpin utama beberapa NGO Islam terbesar negara seperti Abim, Ikram dan Haluan. Difahamkan hampir 70% pemimpin PAS dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan akan meninggalkan parti itu dan menyertai Amanah sebaik sahaja ia ditubuhkan nanti.

Sehingga kini, Amanah yang bakal ditubuhkan sudah sedia dengan penyelarasnya di setiap negeri dan kawasan Parlimen di seluruh negara yang terdiri daripada bekas pemimpin kanan PAS sebelum ini yang dilantik menerusi GHB. – 17 Ogos, 2015...The Malaysian Insider : Malaysia






Tinggal kenangan masyarakat cina bersama pas .
pak lebai akan kembali ke zaman 70an - Kubing Ringring





Comments

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$