Dr Wahbah al Zuhaily - Sebutir Permata yang Hilang {VIDEO]
Pada hari Ahad lepas, dunia Islam terkedu sebentar, dan ramai yang menangisi permergian seorang ulama yang cekal bertaraf dunia, telah kembali ke Rahmatullah dalam usia 83 tahun di Damsyik pada hari Sabtu lepas.
Beliau ialah As-Shiekh Dr Wahbah Moustafa al-Zuhaily (1932 - 2015) - Beliau adalah seorang ulama terkemuka di Syria dan rantau ini, kitab dan tulisan beliau berkaitan ilmu Islam dalam berbagai disiplin amat banyak..Beliau adalah Ahli Majlis Fiqh dan pakar dalam perundangan Islam.
Beliau menerima sijil dalam Undang-Undang Islam dari Fakulti Syariah Al-Azhar dgn capaian 'Cemerlang' pada tahun 1956, dan meninggalkan pengajaran pengkhususan di Fakulti Bahasa Arab Al-Azhar pada tahun 1957, mendapat ijazah dalam bidang undang-undang dari Universiti Ain Shams pada tahun 1957 dan pada tahun 1959 memperoleh ijazah sarjana dalam undang-undang Islam, dan kemudian merakam tesisnya dalam ijazah kedoktoran di kolej yang sama, yang bertajuk "Kesan perang dalam perundangan Islam - satu kajian perbandingan" serta dianugerahkan Ijazah Jawatankuasa Pertahanan dengan kepujian kelas pertama pada tahun 1963.
Kehilangan beliau, sukar dicari ganti. Dalam tulisan ini, ikuti pandangan dan doa almarhum buat Anwar Ibrahim yang jarang kita ketemukan bro !
Doa al marhum Syeikh
Wahbah al Zuhaily Buat Anwar Ibrahim
Semoga Allah s.w.t. merahmati al marhum Shaykh Wahbah al Zuhaily...
sumber - wadahutara.blogspot.com
Keunggulan ilmiah Dr Wahbah Al Zuhaily
أشهر مؤلفات الزحيلي :
Penulisan dan buah tangan paling mashyur oleh Dr Wahbah Al Zuhaily
1. الفقه الإسلامي وأدلته – موسوعة الفقة الإسلامي والقضايا المعاصرة – موسوعة الفقه الإسلامي المعاصر – التفسير المنير – آثار الحرب في الفقه الإسلامي، مقارنة بين المذاهب الثمانية والقانون الدولي – الإسلام دين الشورى والديمقراطية – الإسلام دين الجهاد لا العدوان.
2. Lain2 karya ilmiah beliau sila klik > Books
Bidang Tafsir Al-Quran
Dalam Aqidah, Syariah dan Manhaj
Kitab paling popular di kalangan
pelajar dan rujukan meluas di universiti..
Fiqh Islam dan Adillah..
anda boleh membaca kitab ini secara online bro !
dengan klik dipautan ini - www.kutubpdf.net .....
Beliau ialah As-Shiekh Dr Wahbah Moustafa al-Zuhaily (1932 - 2015) - Beliau adalah seorang ulama terkemuka di Syria dan rantau ini, kitab dan tulisan beliau berkaitan ilmu Islam dalam berbagai disiplin amat banyak..Beliau adalah Ahli Majlis Fiqh dan pakar dalam perundangan Islam.
Beliau menerima sijil dalam Undang-Undang Islam dari Fakulti Syariah Al-Azhar dgn capaian 'Cemerlang' pada tahun 1956, dan meninggalkan pengajaran pengkhususan di Fakulti Bahasa Arab Al-Azhar pada tahun 1957, mendapat ijazah dalam bidang undang-undang dari Universiti Ain Shams pada tahun 1957 dan pada tahun 1959 memperoleh ijazah sarjana dalam undang-undang Islam, dan kemudian merakam tesisnya dalam ijazah kedoktoran di kolej yang sama, yang bertajuk "Kesan perang dalam perundangan Islam - satu kajian perbandingan" serta dianugerahkan Ijazah Jawatankuasa Pertahanan dengan kepujian kelas pertama pada tahun 1963.
Kehilangan beliau, sukar dicari ganti. Dalam tulisan ini, ikuti pandangan dan doa almarhum buat Anwar Ibrahim yang jarang kita ketemukan bro !
Doa al marhum Syeikh
Wahbah al Zuhaily Buat Anwar Ibrahim
Pada 2011, Anwar Ibrahim menyatakan betapa beruntungnya dia sekeluarga kerana dirahmati dengan kunjungan se orang ulama tersohor Syeikh Wahbah al Zuhaily, tokoh ulama Syria, pengarang tafsir Al Munir yang terkenal itu. Dr Wahbah telah hadir ke tanah air semata-mata sebagai menunjukkan sokongan kepada sahabatnya Anwar Ibrahim yang dilanda ujian fitnah yang berat.
Pada majlis dialog yang diadakan di kediaman Anwar Ibrahim di Bukit Segambut, Dr. Wahbah al-Zuhaily menasihatkan Anwar supaya mengambil iktibar daripada kisah pemenjaraan Nabi Yusof a.s. Pemenjaraan yang disebabkan perancangan pihak yang berkuasa. Nabi Yusoff a.s dipenjarakan walaupun dibuktikan bahawa Nabi Yusof tidak melakukan kesalahan.
“Tidak semua yang dipenjara itu bersalah. Sepertimana Nabi Yusof a.s (yang) walaupun telah ada keterangan yang jelas (iaitu) kesan koyakan baju di bahagian belakang menunjukkan Yusuf a.s. cuba melarikan diri daripada fitnah, tetapi dia tetap dipenjarakan disebabkan muslihat musuh.”
Nabi Yusuf a.s dijadikan iktibar kerana walaupun baginda menjadi mangsa fitnah namun baginda tetap beriltizam membuktikan kebenaran dan menyampaikan yang hak. Dr Wahbah menasihati bahawasanya ujian fitnah itu, insyaallah akan menjadi pelantar buat kita melonjak lebih jauh demi kesejahteraan negara yang dicintai. Dr Wahbah al Zuhaily melahirkan keprihatinan dengan ujian yang menimpa Anwar dan berdoa supaya Allah s.w.t. membantu Anwar sebagaimana yang dilalui Nabi Yusof a.s.
“Saya amat serius bahawa cabaran yang dihadapi Anwar ini menyusahkan hati saya. Semoga Allah akan menaikkan darjatnya seperti Nabi Yusof a.s.”
“Dia (Anwar) akan dapat kedudukan yang lebih baik dari apa yang telah pun didapatinya sebelum ini.”
Dr. Wahbah menyeru seluruh rakyat bersama-sama memperjuangkan kebenaran yang cuba ditegakkan oleh Anwar di Malaysia.
“Bagi kita semua, menjadi tanggungjawab kita untuk membantu perjuangannya yang benar dan melawan kuasa yang batil. Ini adalah tanggungjawab bersama (dan) ini adalah ujian baginya dan bagi dunia Islam yang sedang disaksikan dunia Barat.”
Dia berkata bahawa ujian terhadap mereka yang ingin melawan kebatilan sebenarnya dirasai malah dikongsi oleh para pendokong kebenaran baik dari timur hingga ke barat. Dia menyeru agar terus bermuafakat dan bekerjasama untuk mengembalikan negara ini ke haluan asalnya; agar rakyat merdeka dari kebobrokan. Dr Wahbah menukilkan pesanan Syeikh Rashid Redha buat renungan hadirin sekalian agar bekerjasama di atas apa yang kita sepakati dan meminggirkan apa yang kita perselisihkan. Dia sangat mengambil berat terhadap fitnah yang menimpa dan Dr Wahbah bertegas agar fitnah terhadap Anwar ditentang habis-habisan. Pesanannya adalah seseorang muslim itu bersaudara dengan muslim yang lain maka perteguhkanlah tekad demi membenam kebejatan yang mendatang.
Dr Wahbah menjelaskan peralatan moden dengan teknologi secanggih mana pun tidak layak menjadi dalil dalam penghakiman Islam. Dia berkata meskipun peralatan itu digunakan oleh pengarah filem di Hollywood sekalipun, alat-alat itu tetap tidak boleh menjadi saksi. Dia menyebutkan hal pernah berlaku di Mesir di mana perkara dilakukan kepada seorang ulamak yang dilakukan imej tindan - superimposed bagi menampakkan seolah-olah sedang menari dengan artis menggunakan alat moden. Majma’ Fiqhiah Islami Makkah menolak isu ini kerana ia adalah rekaan dan kerenah kecil sahaja.
“Kini alat-alat moden terlalu banyak seperti boleh menggunakan telefon tangan atau video. Jelas semua itu sengaja diadakan oleh mereka yang tidak baik, munafik dan rendah moral.”
Tentang video aib, DNA dan Anwar, Dr Wahbah menolak dengan sekeras-kerasnya dengan jawapan tuntas dengan suara paling lantang, “Itu adalah syariat syaitan, bukan syariat Allah. Syariah Allah adalah penyelesaiannya, syariat syaitan patut diletak di bawah tapak kaki!”
Dr Wahbah juga menyatakan al-Quran menetapkan penuduh wajib mendatangkan empat saksi yang adil dan sebenar. Jika penuduh gagal membawa empat saksi adil itu, mereka adalah pendusta atau munafik. Saksi adil itu mesti tidak melakukan dosa besar, tidak mengekalkan dosa kecil dan tidak melakukan kerja-kerja yang mencarikkan maruah dirinya.
“Orang fasik gugur sifat keadilannya dan mereka yang tiada padanya keadilan, Islam menolak kesaksiannya.”
Si penuduh wajib dikenakan hukuman qazaf (menuduh orang berzina tanpa saksi syari’e). Dr Wahbah menasihati, “Jangan mudah bermubahalah (bersumpah). Mubahalah dan mula’anah (majlis laknat) hanya diterima daripada orang yang adil. Tidak diterima saksi daripada seorang yang tidak adil dan fasik.”
Dia merujuk surah al-Nur ayat 4 - Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka untuk selama-lamanya. Mereka itulah orang-orang yang fasik.
Dr Wahbah menekankan bahawa sumpah mubahalah dalam bab jinayat adalah tidak sah, biar bersumpah seribu kali pun .
Dr Wahbah berkata kehidupan manusia tempuhi banyak ujian, Allah s.w.t menguji dan melihat siapa yang beriman dan siapa munafik. Dr Wahbah berpesan supaya kita bersabar. Dia menggesa umat Islam segera mengambil iktibar daripada semua peristiwa yang Allah s.w.t. datangkan seperti tsunami dan gempa bumi serta kaitan akibatnya daripada sikap dan amalan manusia mutakhir.
Mengakhiri kalamnya Dr Wahbah menegaskan, “Saya kenal Anwar Ibrahim begitu lama, dia seorang yang baik dan bersih. Sangat wajar beliau mengadu terus ke hadrat Allah s.w.t dari menyibukkan diri dengan isu-isu (tuduhan) politik yang remeh-temeh ini.”
Dr. Wahbah mengimamkan solat hajat dan dia pohon hadirin bersama mendoakan Anwar, agar bermunajat membebaskan Anwar daripada penindasan dan mengangkat ke tempat sewajarnya demi kebenaran serta perjuangan menegakkan keadilan di Malaysia dipelihara Allah s.w.t. Dr Wahbah mendoakan agar Anwar dan pendokong keadilan lainnya untuk terus istiqamah dengan perjuangan bagi membawa kemaslahatan buat rakyat keseluruhannya.
(Al marhum Dr. Wahbah as- Zuhaily adalah Dekan Fakulti Fiqh dan Mazhab Universiti Damsyik, Syria seorang cendekiawan Islam dunia, pakar dalam Majlis Persidangan Fiqh Antarabangsa (Majma Fiqh l-Islami), pengarang prolifik fiqh serta antara ulamak muktabar dunia dalam bidang pengkhususan fiqh. Al marhum adalah penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan pada tahun 2008 . Pada syarahan lain, dia menggesa cendekiawan Islam memperkenalkan prinsip-prinsip Islam secara fitrah kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia.)
sumber - wadahutara.blogspot.com
Keunggulan ilmiah Dr Wahbah Al Zuhaily
أشهر مؤلفات الزحيلي :
Penulisan dan buah tangan paling mashyur oleh Dr Wahbah Al Zuhaily
1. الفقه الإسلامي وأدلته – موسوعة الفقة الإسلامي والقضايا المعاصرة – موسوعة الفقه الإسلامي المعاصر – التفسير المنير – آثار الحرب في الفقه الإسلامي، مقارنة بين المذاهب الثمانية والقانون الدولي – الإسلام دين الشورى والديمقراطية – الإسلام دين الجهاد لا العدوان.
2. Lain2 karya ilmiah beliau sila klik > Books
Bidang Tafsir Al-Quran
Dalam Aqidah, Syariah dan Manhaj
Kitab paling popular di kalangan
pelajar dan rujukan meluas di universiti..
Fiqh Islam dan Adillah..
اسم الكتاب: الفقه الإسلامي وأدلته
تأليف: د. وهبة الزحيلى
anda boleh membaca kitab ini secara online bro !
dengan klik dipautan ini - www.kutubpdf.net .....
وهبي الزحيلي الشريعة و الحياة
Penjelasan melalui soal jawab berhubung
As-Syariah dan Kehidupan
وفاة الدكتور العلامة الفقيه وهبة الزحيلي
Berita pulangnya ke Rahmatullah Ulama Syria dan dunia ini
disiarkan di berbagai akhbar luar negara
klik - الأخبار الإقليمة
Comments
Post a Comment