Posts

Showing posts with the label #BantahGST

Sekarang bukan masa untuk bercakap soal hudud – Exco PAS Pulau Pinang

Image
Kali ini, seorang Exco PAS P.Pg yg juga   ADUN PAS Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man, baru nampak berani menyatakan kedudukan sebenar 'kemelut' yg melanda Pas sejak kekosongan bagi kerusi Parlimen Ptg Pauh yang menampilkan DS Wan Azizah Ismail bagi menggalas tugas yg dikosongkan itu. Sekarang rakyat bercakap GST, GST, GST ! Tiba2 sekumpulan kononnya pemuda Pas Bagan dok buat riuh lepas solat Jumaat di perkarangan Mesjid Batu, Ptg Pauh, demo konon ! menolak calon PKR ? Kah Kah Kah. Sapa dalang depa bro? Begitu juga di  #BatalGST   Ribuan rakyat prihatin  turun berhimpun bagi membantah GST & korupsi kerajaan BN di ibu kota..pemimpin PAS Pro-Ulama? langsung tak nampak muka bro? Depa pi mana? Kah Kah Kah Yang nampak hanya hanyalah Mat Sabu, Hatta Ramli, Dr. Dzul, Cikgu Ishak Surin, Sasterawan Negara A Samad Said dan beberapa pemimpin utama PKR dan PR tertentu sahaja...Ironisnya Ustz. Ahmad Awang yang dah berumur tu? turut meriahkan    #BatalGST ...

1 May dan #batalGST - Foto dan 3 Video Menarik Segar dari lokasi

Image
Perhimpunan menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berlangsung di Kuala Lumpur hari ini, sebulan selepas ia diperkenal. Ia kebetulan jatuh pada Hari Pekerja hari ini. Kumpulan masyarakat sivil yang menganjurkan himpunan jalanan di ibu kota membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hari ini, berharap acara itu akan menjadi tidak partisan dan meminta tiada ucapan berunsur politik dibuat. Himpunan Hari Pekerja itu, yang akan bermula di beberapa lokasi di sekitar ibu kota Kuala Lumpur, disokong Bersih 2.0, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), serta beberapa organisasi bukan kerajaan (NGO) dan juga pembangkang. Tetapi, satu posting di akaun Facebook penganjur Bantah GST/Reject GST menyatakan, tiada ucapan oleh ahli politik dalam himpunan itu. “Acara itu mula jam 2.30 petang dengan ucapan ringkas oleh persatuan dan wakil NGO. Tidak ada ucapan parti politik,” kata post berkenaan.. www.themalaysianinsider.com Ikuti foto dan Video menarik di bawah