'Melayu sedia bakar hangus Umno jika Najib kekal' - [VIDEO]
Kenyataan TPM bahawa adanya 'dalang' di sebalik komplot mahu jatuhkan kerajaan, telah mengundang berbagai kritik dan rasa tidak puas hati dengan kenyataan sedemikian.
TS Rafidah Aziz, mantan menteri dalam kabinet Mahathir dahulu, terkejut dan tidak yakin sama sekali dengan dakwaan itu, yang mula-mula dilontarkan oleh Timbalan Perdana Menteri kelmarin. Beliau berkata, tiada faedahnya sesiapa pun mahu bertindak demikian'
TS Zainuddin Maidin yg juga bekas Menteri Penerangan suatu ketika dulu berkata dakwaan TPM itu tak sepatutnya dibesar2kan serta dakwaan itu tidak benar kerana masalah yang lebih besar sekarang adalah tentangan di kalangan ahli Umno ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak..beliau seterusnya berkata 'Melayu sedia bakar hangus Umno jika Najib kekal'.
Selain Rafidah dan ZAM, seorang blogger Shahbudin Husin melalui tulisannya (PENINGLAH ZAHID NI...ORANG NAK TAHU DALANG YANG TERLIBAT, BUKAN DALANG TAK TERLIBAT!!) mengatakan yang Zahid gagal mendedahkan dalang yg hendak jatuhkan kerajaan dengan menyifatkan Zahid sebagai 'pemimpin pening' !
Zahid dilebal ‘pemimpin pening’ gagal dedah dalang jatuhkan kerajaan
KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilabel sebagai seorang ‘pemimpin yang pening’ kerana gagal mendedahkan dalang di sebalik komplot mahu jatuhkan kerajaan.
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, Menteri Dalam Negeri itu itu sepatutnya mendedahkan dalang yang mahu menjatuhkan kerajaan bukannya bertindak membersihkan nama Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan memberitahu bekas Timbalan Perdana Menteri tidak terlibat dalam komplot manjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Shahbudin berkata, Naib Presiden UMNO itu ‘pening’ kerana peranan utama Zahid adalah mempertahankan Perdana Menteri bukannya bertindak mempertahankan Muhyiddin yang terus menerus menyerang kerajaan.
“Tidakkah Muhyiddin sehari dua ini banyak mempersoalkan kepimpinan Najib berkaitan 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang diakui masuk ke akaun peribadinya?.
“Pentas perasmian mesyuarat perwakilan UMNO minggu ini meriah dengan peluru-peluru yang dilepaskan oleh Muhyiddin kepada Najib.
“(Zahid) bukan saja tidak menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh Muhyiddin itu, bahkan membersihkan lagi nama Timbalan Presiden UMNO itu tidak terlibat dalam komplot mahu menjatuhkan kerajaan,” katanya dalam entri terbaharunya shahbudindotcom.blogspot.com.
Shahbudin berkata, Zahid yang mendakwa mempunyai bukti lengkap sepatutnya mendedahkan nama individu yang terlibat dalam komplot menjatuhkan kerajaan kerana rakyat ingin tahu siapakah sebenarnya terlibat.
Katanya, sekiranya Zahid gagal membuat pendedahan itu, bermakna beliau menambahkan lagi hutang kepada rakyat apabila gagal mendedahkan siapa dalang dalam isu pencerobohan Lahad Datu sehingga sekarang.
“Kali ini beliau mendedahkan pula dalang yang mahu menggulingkan kerajaan melalui undi tak percaya di Parlimen dengan kerjasama ahli-ahli Parlimen pembangkang.
“Hutang kepada rakyat siapa dalang Lahad Datu masih tertunggak, kini Zahid menambah hutangnya lagi untuk kita sama-sama menilai wibawa dan prestasinya,” katanya.-FMT via NewMalaysianPost.com
1. Pandangan Rafidah
Guling Kerajaan - Rafidah Tak Percaya Cerita Zahid
Ketika polis memulakan siasatan berhubung dakwaan wujud gerakan menjatuhkan kerajaan, bekas menteri Umno Tan Sri Rafizah Aziz pula tidak termakan dengan cerita-cerita sebegitu.
Katanya, beliau terkejut dan tidak yakin sama sekali dengan dakwaan itu, yang mula-mula dilontarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin.
Rafizah berkata, ketika pelbagai isu, termasuk berkaitan 1MDB dan derma RM2.6 bilion, masalah ekonomi serta pandangan ultra pelbagai bidang, tiada faedah untuk bertindak demikian.
“Tidak ada faedahnya bagi sesiapa juga, terutama dalam Umno dan BN sendiri untuk 'menjatuhkan' pemimpin dan 'menggulingkan kerajaan'.
“Tidakkah itu seperti memotong hidung kerana bencikan muka?” soalnya.
Justeru beliau mengingatkan supaya pemimpin Umno tidak sibuk mencemuh dan hendak menurunkan orang tertentu sehingga terlupa gelagat mereka diperhatikan.
“Rakyat yang mempunyai kuasa mengundi memerhati akan segala permainan dan lakonan politik itu dan akan membuat penentuan apa yang akan putuskan apabila sampai masa untuk mengundi,” katanya lagi.
Rafidah juga mengingatkan bahawa bukan komplot yang menentukan masa depan sesebuah parti, sebaliknya peranan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang..
klik dan baca lagi - Rafidah tak yakin dakwaan 'guling kerajaan'
2. Pandangan ZAM
-'Melayu bakar Umno jika Najib kekal'
'Melayu sedia bakar hangus Umno jika Najib kekal'
Published on Aug 16, 2015
Menulis di blog, katanya, dakwaan itu tidak benar kerana masalah yang lebih besar sekarang adalah tentangan di kalangan ahli Umno ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak..kinitv
Comments
Post a Comment