Wadah Baharu Buat Pakatan Rakyat - G18 Dibentuk [VIDEO]

Cantumkan aqidah dan akhlak - kata Mat Sabu kpd PAS..mafhumnya segala 'ulama' UGs kena ubah dulu perangai loklaq yang melekat rapat dgn mereka selama ini..begitu juga kata Khalid Samad dalam nada yg sama, 'cermin diri' dulu laa bro !

Wadah Baru? Harapan Baru untuk 'pembangkang' ! 
Kita tunggu.. Insya' Allah akan jadi realiti kiranya PAS sudah dimakan 'bubuk' dan 'anai2' kesombongan, angkuh, dan berakhlak buruk berdepan dgn sekutu politik dan para pengikut sendiri?



Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyingkiran mereka daripada kepimpinan tertinggi PAS menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia. – The Malaysian Insider, 22 Jun, 2015.

Tersingkir daripada kepimpinan PAS jadi rahmat terselindung, kata G18




Pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini menyifatkan kekalahan mereka secara blok dalam pemilihan itu menjadi "rahmat yang terselindung” apabila ia membuka ruang membina sesuatu lebih kukuh untuk Malaysia selepas ini.

Setiausaha jawatankuasa bertindak kumpulan 18 (G18) yang tewas itu, Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyingkiran mereka menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia.

"Sejak sekian lama kita bergaduh dalam PAS dengan pendekatan dan pandangan yang berbeza berhubung beberapa perkara, sekarang kita bebas untuk membentuk wadah baharu lebih inklusif untuk semua rakyat negara ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

G18 mengadakan pertemuan pertama di Muar, Johor pada 16 Jun lalu dan membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan mereka.

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang gagal mempertahankan jawatannya dipilih sebagai pengerusi kumpulan ini sementara bekas Naib Presiden Salahudin Ayub dilantik menjadi timbalan manakala bekas Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat sebagai penolong setiausahanya.

Semua ahli G18 yang lain dilantik sebagai ahli jawatankuasa (AJK) badan bertindak ini,,tmi

(Klik tajuk atas untuk baca sepenuhnya bro!)


Layan video nie dulu bro ! Best..

Mat Sabu: Ada Orang Yang Nak Beri Nafas Kepada UMNO Sekarang, Kita Lawan!
Sapa yg Mat Sabu maksudkan dgn 'ada orang'? tu bro?
Hangpa boleh agak dah sapa dia tu?
Sapa yg dok habaq kata Umno tu baguih?
Sapa yg dok wirid kata Umnuu tu 'ikhlas'?

Kah Kah Kah


Layan yang nie pula ! 
pun best juga

Berubah dalam 100 hari atau berdepan parti baru - KhalidPublished on 22 June 2015Ahli Parlimen Shah Alam MP hari ini memberi kepimpinan ulama PAS 100 hari untuk berubah atau sebahagian daripada anggota progresif akan menubuhkan parti baru yang menyokong Pakatan Rakyat.
Kenyataannya selaras dengan permintaan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang meminta kepimpinan ulama diberi tempoh 100 hari bagi membuktikan diri mereka.
Ahad lalu, Khalid pada ucapannya di sebuah majlis di Pantai Baharu, berkata wawasan yang diiperjuangkan oleh Datuk Fadzil Noor dan Datuk Nik Aziz Nik Mat perlu dipertahan
kan..kinitv
Kalo dah besa dok wirid hamun ahli, dan saingan dari progresif sekian lama? aku tak pikiaq sesenang itu boleh berubah? alah bisa menang biasa bro, kata orang tua2..kah kah kah


Memang saya kecewa dengan Pas – Mat SabuMalaysia Gazette


Hang Sapa bro ?Sudah gelabah ke? Kah Kah Kah

Kenyataan Yang Boleh Membuat Ulamak-Ulamak PAS seperti Orang Gila Talak


Ketua Jebon Diminta Kekal Dalam PAS 
bagi Memperkasakan PAS... Kah Kah Kah 
Baca di The Rakyat Post

Apasal minta kekal? 
Biaqlah ke depa melakarkan wadah baru?
Kalau semua UGs menang dalam Muktamar di Kuala Selangor pada awal bulan ini berbekalkan 'CHAI' sekeping sorang untuk pengikut setia UG..kenapa lepas menang dok kalut habaq semua pihak harus harus terima keputusan yang telah dibuat?

Pening laa bro dgn hangpa puak UG dan lebai2 serta olamak mercun nie..kalo dah sanggup cabar jwtn Timbalan Presiden tu..dan dah menang? elok sekali perkemas barisan yg menang tu? buat laa keroja mcm pernah kumpulan progresif pernah buat dulunya..

Atawa yg baru dpt pangkat timbalan presiden nie sedaq ramai olamak mercun keliling dia jenis tak boleh 'buat kerja'? atau 'gila ke jawan saja, gila ke pangkat saja? tu pasai mau sangat Mat Sabu 'maintain' dlm PAS dan buat keroja yg olamak mercun tak mampu, tak besa buat tu? nak perkasa PR pula? dulu sumpah seranah sekutu PR bertali arus? kirim salam kat depa laaa bro..kah kah kah !. 
Depa olamak mercun tu mungkin sibuk dok karang kata2 hikmat.. "jamaah seperti sepohon pokok yg tak perlu digoyang untuk daun layu dan berulat" ... kan berhikmah kata2 tu bro? Kah Kah Kah
elok laa suruh depa jaga pokok yg rendang tu? Kah Kah Kah

Kenapa pi percaya Umno?
Hudud bila mau masuk Parlimen : PAS ditipu Umno! - Mat Sabu | 15 Jun 2015Published on Jun 15, 2015Rakaman Ceramah Perdana anjuran PAS Kota Bharu pada 15 Jun 2015 bertempat di Perkarangan Madrasah Atas Kubur

Presiden PAS hari ini memberi peringatan kepada semua ahlinya tentang sejarah parti itu bahawa pemimpin tertinggi parti yang bersama parti atau pertubuhan lain, akan "tenggelam"..Read more »

Kah Kah Kah ! sapa akan 'tenggelam' bro? 
masa 'fitnah' dlm PAS bangun dari tidurnya, bertempik sekian lama? tidak ada pun ingatan 'memadamkan' fitnah di sana dan di sinun yg diambil oleh teraju utama PAS? malah 'menghalau' ahli yg tak sebulu dgn PAS lagi..ditambah dgn berbagai gelaran dan panggilan yg memalukan?
Sekarang? 
apasal kalut? mungkin dah terasa panas dan bahangnya hasil 'rekayasa' sendiri? ingatan seperti ini? sudah tidak lagi 'berguna' dan ahli akar umbi kian menjauhkan diri dari PAS..

PAS tidak akan mengambil tindakan displin terhadap MP Shah Alam yang menggesa parti 'cermin diri' terlebih dahulu sebelum menyatakan DAP sebagai chauvinis..Read more »

Bila dah 'cempegha'? no action 2 be taken bro? 
kalo ambil 'action' ? lagi 'cempegha' laa jawabnya?
cara AJK baru redakan keadaan? Kah Kah Kah.....


Hanipa: Senario politik dulu, kini berbeza

"Sekiranya kita cuba membandingkan keadaan sebelum ini, biasanya mereka yang meninggalkan PAS tak kemana. Tapi senario politik berbeza sekarang."Saya percaya terdapat ramai ahli PAS yang waras, mahu PAS untuk mengambil peranan utama dalam politik Malaysia dan bersama dengan Pakatan (Rakyat)," katanya, mempertahankan pembentukan kumpulan baru dalam parti itu, yang digelar G18..Mkini
Bila Presiden PAS beri amaran ? kumpulan G18 kata, depa boleh bertahan bro! tu yg beza dulu dgn sekarang..sekarang ahli dan para simpatisan maukan perubahan drastik dan maukan PAS diganti. Itu saja untuk satu gabungan dan WADAH BARU buat PAKATAN RAKYAT ! Ini yg UGs kena faham? zaman HAMIM, zaman BERJASA yg hilang tanpa 'kubur' dan dilupakan dulunya? tidak sama dgn keadaan sekarang, tambah2 lagi zaman itu tiada 'internet' dan media alternatif seperti sekarang untuk mengenali 'perangai dan 'akhlak' yang buruk yg olamak tampilkan?

Sudah sangat wajar satu wadah baru buat Pakatan Rakyat dibentuk bro?





Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video