Mulut Cirit Birit ! Kebolehan Hebat UGs n De Gang [VIDEO]

Kepimpinan baru PAS dilihat mengeluarkan berbagai kenyataan yg mengeruhkan lagi hubungan PAS-DAP bro ! Kenyataan2 cirit birit ini hanyalah sebagai 'kebolehan' utama PAS menghadapi serangan sekutu mereka dlm PR dulu..yg kini dah pun 'terburai'? sekali pun belum ada kenyataan rasmi..maka, kecekapan UG membuat 'statement' begini menambah lagi luka yang kian parah yg sedia ada.

Setelah usul yg dimuktamadkan tanpa bahas di muktamar lalu tidak dilaksanakan? PAS melalui kepimpinan baru UGs cuba mengalih isu dengan memburukan DAP bertali arus hanya untuk melindungi sang presidennya kerana pelbagai 'kerenah' dgn keputusan muktamar lalu.
Ia ada kaitan kerana PAS tidak laksanakan usul  yang diterima dalam Muktamar Tahunan Pas ke-61 lalu...sikap 'main-main' dan 'acuh tak acuh' inilah yang menyebabkan DAP tidak senang dgn PAS ! seolah nampak PAS gagal dan tidak berani kotakan janji yang dibuat di muktamar itu.

Geng ulama cap siku dan lutut diketuai harun din telah berjaya mengubah perlembagaan Pas dimana kuasa MSU lebih besar dari muktamar ..

Pertama kali dalam sejarah !!!..





Cirit 1

DAP tak berani ceraikan kami, ejek PAS
Pemuda PAS memperkecilkan DAP yang digambarkan tidak cukup jantan untuk berpisah dengan parti Islam itu.
Mengumpamakan seperti hubungan suami isteri, ketua pemuda PAS yang baru Nik Abduh Nik Aziz berkata DAP seperti tidak yakin hendak melafazkan cerai terhadap PAS.“Saya jadi perasan DAP ni perempuan, PAS jantanlah pula. Perempuan tak sah lafaz cerai. Tu dok minta fasakh itu.“Come on lah DAP... jadilah jantan juga. Pilih, be gentleman, cool macam PAS atau berterus terang saja, tolak PAS,” katanya..Mkini - DAP tak berani ceraikan kami, ejek PAS


Betul telahan ramai orang. Walaupun muktamar sudah meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas, PAS membiarkan usul tersebut tergantung tanpa dibawa ke mesyuarat Majlis Syura Ulama (MSU) untuk disahkan (endorse). Tujuannya supaya DAP mengambil 2 langkah iaitu samada memecat semua ahli PAS yang menyandang jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya DAP dilihat kejam dan anti Melayu atau memaksa DAP yang keluar Pakatan Rakyat

Kah kah kah ni saekor ular mak putar alam kah kah kah ni 




Cirit 2
Jangan ajar kita, kata Mohd Amar pada LGE
PAS bersedia mengarahkan anggotanya melepaskan jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang jika Majlis Syura Ulama membuat ketetapan memutuskan hubungan dengan DAP, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Dalam pada itu, beliau turut membidas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya tidak mengajar parti itu, kerana menurutnya, PAS Pulau Pinang bersedia mengundurkan diri daripada pentadbiran apabila tiba masanya..Mkinibaca lagi -Jangan ajar kita, kata Mohd Amar pada LGE
Kadang tu dengan musuh pun kena mengaji bro?
bukan semua benda kita tau?
Belajaq English dgn Obama tak salah pun?
Jangan sombong jangan cirit sangat bahasa tu?
kalo dah sedia arah ahli lepas jawatan? arah saja laa..
sampai laa nie? awat dok kona, dok pusing dok baring? 
Kah Kah Kah


Cirit 3
Harun Din - PAS Tak Kejar Jawatan, Kami Hanya Cari Keredhaan TuhanKUALA LUMPUR 11 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menegaskan, pimpinan dan ahli parti itu berjuang dalam politik bukan ke­rana mengejar jawatan, sebaliknya mencari keredaan Allah.
Sehubungan itu, Haron berkata, Pas sama sekali tidak gentar dengan desakan bertali arus oleh DAP agar pimpinan dan ahli parti itu meletakkan jawatan di kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang.

“Secara umumnya masyarakat mengetahui bahawa yang berjuang dalam Pas bukan mengejar jawatan. Banyak yang kita lantik dan dipilih telah menolaknya. Kita berpolitik kerana mencari keredaan Allah, jawatan bukan matlamat, yang memegang jawatan adalah yang memegang amanah.
.
Utusan Malaysia
Tak kejar jawatan? Kah Kah Kah
Habih? CHAI tu hape bro?
Bila geng progresif habis terpelanting?
Masa elok dulu..semua depa nie hangpa pusing, kona, lap sana lap sini
nak bagi depa semua hancoq? laa nie senang hati laa kot?
dah habih sume jawan hangpa bolot?
ada hati nak pujuk bagi jawatan pulak? Haih.


Cirit 4
Selepas PAS membuat usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP , kini PAS mengesahkan parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan rakyat.
Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu akan ditentukan dalam tempoh terdekat.
“Jawatankuasa PAS Pusat Sesi 2015-2017 mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur...
“PAS akan mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan rakyat, tetapi ini tidak akan dilakukan pada mesyuarat pertama kita malam ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Boleh Percaya Ke?..Kah Kah Kah

Berapabanyak mau umum daaa?
Dok kaji tak habih-habih lagi?
Tangkal azimat belum jumpa kot?
Kah Kah Kah

Cirit 5

Tak dak sapa nak cemburu aihhhhh..Dah mau sangat ? gasak mung laaa....
Jika Di Kampung2, Kita Org2 Melayu tidak Kira Fahaman Politik Boleh Bersama2 Bersatu Bergotong Royong Dalam Majlis2 Kenduri Kenara , Duduk Bersembang , Berbincang Untuk Menyelesaikan Masaalah & Lain2 ..
Fahaman Politik Itu Adalah Bersifat Pribadi.. Jangan Campur Adukkan Dalam Soal Sosial ....



Putus hubungan dengan DAP, PAS sukar patah balik kata Mahfuz Jun 8, 2015Ahli Parlimen Pokok Sena,Datuk Mahfuz Omar berkata PAS menghadapi kesukaran untuk menarik balik keputusan memutuskan hubungan politik dengan DAP.
Katanya, jika PAS menarik kembali keputusan tersebut, secara tidak langsung akan memberikan persepsi tidak baik kepada penyokong mereka yang akan melihat kepimpinan hanya mengutamakan kedudukan dan jawatan..kinitv



Respons pemimpin dan akar umbi

Orang lama dalam politik. Cukup masak dgn tipuan UMNO dan cukup masak dgn perangai UGs n de members...












Beberapa Pemimpin & Ahli PAS Kawasan Jelebu Mengistiharkan Keluar Dari Parti Hari Ini Kerana Hilang Keyakinan Kepada Kempipinan PAS.. 
Kemungkinan Banyak Lagi Kawasan2 Akan Berbuat Sedemikian Dalam Masa Yg Terdekat Ini?



Akar umbi PAS Negeri Sembilan keluar parti12 June 2015 Sekumpulan akar umbi PAS di Negeri Sembilan hari ini mengumumkan peletakan jawatan daripada jawatan disandang serta keluar daripada parti Islam itu.
Pemimpin-pemimpin PAS Jelebu membuat keputusan itu kerana kecewa dengan kempen pilihan parti itu sebelum ini yang dikatakan kotor, sekali gus menghilangkan identitinya sebagai parti berteras Islam..kinitv

akhirkalam
Jasamu dikenang... 
Ramai yang melabel mereka ini alat DAP, golongan anti ulamak PAS, tidak wala' pada presiden PAS. 
Tapi hakikatnya mereka lah yang banyak berkerja keras untuk membawa PAS ke tahab yang lebih jauh dari era 80an dan 90an ke tahab yang diterima perbagai lapisan masyarakat.
Sebelum pemilihan parti berlangsung, kempen hebat dilakukan oleh pro ulamak PAS untuk memburuk burukkan golongan yang lebih kehadapan daripada mereka. 
Mana tidak kecewa nya, mereka berkerja keras untuk PAS dan pakatan rakyat, tapi dalam masa sama mereka digelar alat kepada DAP, jebon, pemecah belah jemaah dan lain2 gelaran nakal diberi kepada mereka. 
Selepas berakhirnya pemilihan, ada kenyataan pro ulamak PAS berkata PAS sudah dibarisi oleh golongan penyokong dewan ulamak pas dan fikrah2 liberal, jebon, sudah tiada. 
Mana tidak terasa jika kenyataan seperti itu dibuat ? Seolah olah sebelum ini barisan kepimpinan PAS tidak bagus, jadi alat DAP / PKR. Pemecah belah jemaah! 
Bukan sebab kekalahan membuatkan mereka lemah. Bukan sebab kemaruk jawatan, bukan sebab ditolak oleh perwakilan, Tetapi disebabkan segelintir ustaz PAS pro MSU yang lantang bersuara sehingga tidak sedar telah menghuris perasaan mereka dan menganggap mereka tidak perlu lagi didalam PAS. 
Sekian..Muhammad Azri Syontot



Best baca ni.
SIAPA GOPOH?
Yang gopoh ialah Dewan Ulamak PAS Pusat dan PAS Kawasan Tumpat yang membawa usul memutuskan hubungan dengan DAP, apabila ada perwakilan yang seperti memarahi pengerusi tapis usul muktamar Dato Mahfuz Omar yang menerima usul tersebut tanpa bahas, maka Dato Mahfuz Omar ketika ucapan penggulungan menjelaskan bahawa dia telah merujuk usul itu kepada mursyidul am dan presiden dan mereka berdua mengarahkan usul itu diterima tanpa bahas.
Selepas itu bila wartawan Tanya Haji Hadi mengenai usul itu maka Haji Hadi hanya menjawab dia tak tahu, macam inikah yang dikatakan ulamak? Ini bukan sifat ulamak tetapi ini sifat setan.
Selepas muktamar maka ramailah geng ulamak buat ulasan termasuk ketua dewan Bapok PAS Perak Tuan Maha Guru Sidek Nor dengan mengatakan tak perlu diadakan muktamar khas, Nampak sangat tak baca perlembagaan PAS.

Apa pun kita tunggu keputusan majlis syuro ulamak (majlis ular sawa)….. semua geng UG dah mengelupur sekarang, tambahan pulak di Pulau Pinang ada seribu ahli PAS pegang jawatan dalam kerajaan negeri yang semua ada elaun..Chor TheSniper



Comments

Popular posts from this blog

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO