Pakatan belum mati, hanya PAS yang tandatangani sijil matinya - [VIDEO]

Selepas PAS membuat usul untuk memutuskan hububgan dengan DAP , kini PAS mengesahkan parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan rakyat.
Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu akan ditentukan dalam tempoh terdekat.
“Jawatankuasa PAS Pusat Sesi 2015-2017 mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

“PAS akan mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan rakyat, tetapi ini tidak akan dilakukan pada mesyuarat pertama kita malam ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
apa punya turrr laa PAS nie..U-turn tak habih2,,

Betulkah Ahli PAS mula keluar parti?
kalau tidak banyak pun..tentu ada sikit2 di sana sini bro
Khabar angin anggota PAS meletakkan jawatan, kerana meragui hala tuju parti Islam itu selepas kumpulan progresif kalah besar dalam pemilihan minggu lalu, mula tersebar meluas.

Selepas kes dikatakan di Kedah, PAS Sarawak juga dikatakan berdepan keadaan sama.

Setelah dihujankan soalan bertalu-talu,Yang Dipertua PAS Santubong, Andri Zulkarnaen Hamden menjadi pihak pertama tampil menafikan perkara itu.

Semua orang tau..PAS belum pernah memenangi sebarang kerusi di Bumi Kenyalang.




Pakatan belum mati, 
hanya PAS yang tandatangani sijil matinya
     
 oleh Mariam Mokhtar


SEKILAS PANDANG: Sejak Muktamar PAS, di mana golongan ulama menemui kejayaan, penjaja berita buruk dan pemutarbelit telah mengisytiharkan kematian Pakatan, dan ‘talkin’ telah dibacakan di seluruh Malaysia dan luar negara. Tenang semua!

Malah Lim Kit Siang, supremo DAP, telah turut mengisytiharkan kematian Pakatan. Mengapakah semua orang begitu negatif? Apa yang berlaku kepada keyakinan dan kepercayaan diri? Apa yang berlaku kepada semangat berbilang budaya Tunku? Adakah impian beliau dan kita, sebagai sebuah negara sekular pelbagai budaya yang bersatu telah mati, hanya kerana Abdul Hadi Awang, dan rakan baik barunya, Najib Abdul Razak, telah mengambil keputusan untuk berpakat?..baca sikit sini Pelik, Umno gembira dengan hasil muktamar


Adakah rakyat Malaysia sedar bahawa sebuah Pakatan yang lebih kukuh akan muncul, dan meneruskan perjuangan tanpa PAS? Pakatan tidak mati. Sebaliknya, PAS yang telah menandatangani sijil matinya sendiri.

Serampang Kajang mendedahkan warna sebenar Hadi. Beliau berbohong. Beliau bercakap dengan lidah bercabang dan tidak membenarkan wanita memainkan peranan yang penting dalam politik.

Ingat cara Hadi menyusun bahasa beliau, seolah-olah menjanjikan syurga kepada orang Melayu, jika mereka menolak Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor?

Sudah tentu, mereka yang sinis akan mengatakan bahawa DAP adalah berteraskan kaum Cina dan jika ia memerintah, ia akan "menjual" Malaysia kepada orang Cina Singapura.


Jika ada sesiapa yang akan "menjual" Malaysia, ia adalah kerajaan Umno Baru. Sejumlah besar tanah, hartanah dan perniagaan telah dimiliki oleh Republik Rakyat China (PRC). Pasir kita dijual dan diseludup, ke Singapura, supaya rakyat Singapura boleh menambak tanah, yang merugikan kita. Tentera laut PRC telah melakukan latihan di atas beberapa pulau-pulau berbatu, 60 km dari pantai Sarawak tetapi ketua Angkatan Tentera Malaysia memberitahu kita supaya tidak bimbang.

Ahli-ahli politik dalam PKR, sebuah lagi komponen pakatan pembangkang itu, harus menangkis persepsi bahawa mereka merupakan sisa Umno Baru.

DAP sedang cuba menangkis imej mereka sebagai sebuah parti yang dikuasai kaum Cina, dengan ramai kaum muda Melayu. Apa yang UMNO Baru, sebuah parti yang berasaskan kaum semata-mata, sedang lakukan mengenai imejnya sebagai sebuah parti yang berkubang dalam rasuah, nepotisme, kronisme dan penyalahgunaan kuasa? Pertengkaran dalaman mengenai kontrak dan kawasan, memberi kesan kepada rakyat, memusnahkan keyakinan pelabur, dan ekonomi kita.

Guan Eng: Sekarang mana siku dan lutut?10 June 2015Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengambil keputusan untuk menunggu saja keputusan PAS sama ada meneruskan hasrat untuk memutuskan hubungan politik dengan DAP atau sebaliknya..kinitv



Kini terdapat peluang untuk membina semula Pakatan, menerusi dua buah parti komponen, dan bukannya dibebani dengan PAS, yang mana pemimpinnya menumpukan terhadap seks, hudud, seks luar nikah, hukuman ke atas orang-orang yang tidak menghadiri solat Jumaat, alam barzakh, daripada membincangkan rasuah, pembaziran BR1M, skandal 1MDB, kebajikan golongan miskin, pembalakan haram di Kelantan, yang hanya boleh berlaku disebabkan kerjasama pemimpin-pemimpin negeri.

DAP: Adakah PAS akan buat pusiangan U?10 June 2015DAP membangkitkan persoalan sama ada PAS akan mengubah keputusan memutuskan hubungan dengan parti itu.
Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor Muhammad Najhan Halim mencabar Pulau Pinang memecat kesemua anggota parti Islam itu yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri itu..kinitv

Baca - DAP: Kamu nak undur balik, PAS? dan 

Mat Sabu pelik Umno gembira keputusan pemilihan PAS, sesuatu bakal berlaku



Sebagai peserta dalam pakatan itu, PAS tidak memahami cara-caranya. Ketuanya memberi tumpuan terhadap usaha menjatuhkan parti-parti komponen lain. Hadi boleh membawa PAS menyertai Umno Baru, jika dia boleh nyenyak tidur malam lagi selepas melakukannya.

Jika sudah bersedia hadapi DAP eloklah segera keluarkan kenyataan terbuka memutuskan hubungan dengan DAP sebagaimana yang di putuskan oleh Muktamar..Rakyat Bangkit


Sekarang sudah abad ke-21, di mana lelaki dan wanita sama taraf, di mana pelbagai kaum perlu hidup bersama-sama, di mana Internet menjadikan dunia semakin kecil, di mana begitu jelas sekali bahawa aspirasi golongan muda, terutamanya orang Melayu, tidak boleh dipenuhi di bawah pemerintahan PAS yang konservatif. Hidup Pakatan baru. Tinggalkan sahaja yang lapuk!

sumber ~ Theantdaily


sementara itu bro..
Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menduga sesuatu akan berlaku selepas berakhirnya muktamar tahunan ke-61 parti itu baru-baru ini, berdasarkan beberapa perkara yang disifatkannya pelik berlaku sebelum dan semasa muktamar itu.
Bekas ahli Parlimen 3 penggal itu mendakwa turut berasa hairan mengapa akhbar arus perdana, termasuk agensi berita negara seolah-olah campur tangan menentukan kemenangan golongan konservatif dalam pemilihan parti kali ini yang menyaksikan semua calon golongan profesional disingkirkan.
"Pertama kali Umno dilihat gembira dengan keputusan muktamar. Saya orang lama dalam parti rasa pelik bin pelik bin pelik. Ada sesuatu akan berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider malam tadi.
"Hampir seluruh alat propaganda Umno dan Barisan Nasional (BN) campur tangan dalam urusan pemilihan PAS. TV3, Utusan Malaysia, Sinar Harian, boleh dibaca dan difahami mereka mahu 'golongan ulama' menang.
"Bahkan seminggu sebelum pemilihan, Bernama cuba memainkan peranan dan dilihat cuba memihak kepada golongan yang dikatakan 'pro ulama',” katanya..TMI


Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu melahirkan rasa hairan dengan reaksi Umno dan media arus perdana yang kelihatan gembira dengan barisan kepimpinan baharu parti yang dianggap janggal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Jun, 2015.

Muktamar PAS 2015 amat pelik. Bukan soal kalah menang tetapi kepelikannya dapat dilihat. Para pemimpin tertinggi PAS sendiri memegang kertas putih (mungkin chai) semasa mengundi.
Pertama kali Umno dilihat gembira dengan keputusan muktamar.
Saya orang lama dalam parti rasa pelik bin pelik bin pelik.
Ada sesuatu akan berlaku...Mkini





Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?