Siapalah Sangka Cempedak dah jadi nangka - Berat PAS kali nie !

Siapalah sangka cempedak dah jadi nangka, nujum pak belalang tok nujum laa temberang ! La La La La La La.. Berat PAS kali nie bro ! Inilah yang terjadi lepas Mukatamar PAS 2015..

Apakah yang ada dalam kepala hotak pemimpin PAS yang baru dipilih ini apakah mereka ingat selepas putus hubungan dengan DAP mereka ingat DAP negeri tidak terikat dengan DAP pusat? Dalam PAS mungkin begitu sebabnya PAS terangganu tidak sama dengan PAS di kelantan atau kedah kerana pemimpin PAS dinegeri kedah boleh bekerja sama dengan DAP tapi di negeri kelantan dan terangganu PAS tidak mahu DAP bertanya khabar hal dalaman PAS jadi sekarang jilat lah semula apa yang telah dikatakan oleh presiden sendiri tanggunglah kesan dari keceluparan dan ketololan yang ditunjukkan oleh yang mengaku ulama.


Dalam bahasa kasar,pas ni telah membuang orang2 yang pandai yg ceghedik,tinggal golongan2 bodoh yg perasan pandai perasan ceghedik? lalu keputusan dibuat pun adalah keputusan yg bodoh.sekarang baru terasa bahana orang2 bodoh memimpin Pas.so apa lagi nak diharapkan dlm Pas..orang2 bodoh sombong agak2nye apa kesudahannya? sama2 kita lihat nanti apa berlaku pada PAS sebab mereka masih ada siku dan lutut? Kah Kah Kah




Mazlan Aliman umum 
lepaskan jawatan AJK PAS Pusat


Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka  Felda (Anak) Mazlan Aliman hari ini membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.
Mazlan berkata, rakan-rakannya yang tidak terpilih dalam AJK PAS Pusat bukanlah satu-satunya sebab peletakan jawatannya tetapi untuk membuka lebih ruang dalam penglibatannya dalam Anak.
"Saya mengambil keputusan meletak jawatan serta merta bermula hari ini. Saya memohon maaf atas keputusan ini.
"Saya tetap bersama PAS walaupun ahli biasa. Saya tetap akan menegakkan kebenaran," katanya pada satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS hari ini..The Malaysian Insider 

aku dah habaq dulu bro..depa olamak nie kekalkan MA nie pasai dia ada pengaruh besar di felda..paham laa kot noo? Kah Kah Kah


Pulau Pinang mulai pemecatan ahli Pas ....
Selangor menyusul !




DAP pecat Setiausaha Pas 

P. Pinang daripada jawatan kerajaan negeri

GEORGE TOWN – Kemelut DAP-Pas semakin meruncing apabila Setiausaha Pas Pulau Pinang yang berkhidmat sebagai Pegawai Penerangan gred S41 dalam kerajaan negeri diberhentikan kerja berkuat kuasa Jumaat lalu.

Notis bertarikh 12 Jun 2015 dari Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri itu telah dihantar dengan tangan kepada Mohd. Fadzil Kemi yang memegang jawatan tersebut kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang di Komtar.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus yang mengesahkan notis tersebut berkata, beliau yakin notis itu telah diterima pegawai berkenaan pada tarikh sama kerana dihantar terus dengan tangan kepada penerima.


“Notis pemberhentian perkhidmatan itu berkuat kuasa 12 Jun 2015 dengan bayaran satu bulan gaji menggantikan notis selaras fasal 9, perjanjian kontrak telah dihantar kepada Mohd. Fadzil,” katanya ketika dihubungi Bernama..NewMalaysianPost

PAS ingat DAP nak main2 macam olamark depa ke?
Silap catur politik bro !
Kalam yg keluar dari mulut Presiden dan  di 'endorse' 
pula oleh Muktamar? kena seriuslah bro...nie PAS dok belit
dok lap dok kona tak beghenti? kah kah kah

Mat Sabu, Mahfuz digugurkan 
daripada pesuruhjaya PAS negeri




Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (gambar, kiri) dan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu merupakan antara 6 pesuruhjaya negeri yang digugurkan daripada jawatan tersebut, lapor Utusan Malaysia hari ini.

Mohamad yang merupakan pesuruhjaya Pulau Pinang digantikan dengan Mohd Fauzi Yusof manakala Mahfuz digantikan dengan Datuk Amirudin Hamzah sebagai pesuruhjaya Kedah.


Turut digugurkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohamad Taufek Abd Ghani, Adly Azhari (Melaka) dan Aminolhuda Hassan (Johor)..sumberThe Malaysian Insider 
 Utusan 


Kalo DAP pecat orang PAS dlm 'state', jangan marahlah bro !
hangpa PAS Pusat pun dok buat kerja loklaq yang sama gak?
Kah Kah kah

kemaskini/ terakhir
AMIRUDIN TOLAK JAWATAN PESURUHJAYA PAS KEDAH
Selepas Mazlan Aliman melepaskan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, seorang lagi pemimpin Datuk Amirudin Hamzah menolak jawatankuasa pesuruhjaya Kedah yang ditawarkan kepadanya.Menurut sumber, Amirudin sudah menghantar surat memaklumkan perkara itu kepada Ibu Pejabat PAS yang beliau tidak menerima tawaran itu.Amirudin yang juga bekas AJK PAS Pusat sejak beberapa penggal lalu turut tewas dalam pemilihan baru-baru ini apabila perwakilan hanya memilih calon dalam 'cai' kumpulan konservatif.Mesyuarat pertama AJK Pusat yang baharu melantik Amirudin sebagai pesuruhjaya Kedah menggantikan Datuk Mahfuz Omar..sumber dari fb Farouq Al-baloque

DAP Johor 
tolak kerjasama dgn Mahfodz


DAP Johor berikrar untuk tidak bekerjasama dengan Pesuruhjaya PAS Johor yang baru dilantik Datuk Mahfodz Mohamed. 

Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata selaku ketua Dewan Ulama, Mahfodz bertanggungjawab terhadap resolusi dewan itu yang menggesa jawatankuasa pusat PAS dan Majlis Syura Ulama untuk memutuskan hubungan dengan DAP. 

Resolusi itu kemudiannya diterima oleh muktamar PAS minggu lalu.
Mahfodz berkata bahawa hubungan PAS Johor dan DAP negeri itu berjalan seperti biasa sehingga Majlis Syura Ulama membuat keputusan. 

Sebagai maklum balas, Liew berkata kedudukan bercanggah yang dipegang oleh Mahfodz itu, membuat hubungan antara kedua-dua pihak tidak dapat dipertahankan. 


"Secara tiba-tiba, dia kini ingin bekerjasama dengan Pakatan Rakyat. Saya rasa (dengan berbuat demikian) dia tidak mempunyai integriti. 


Kah Kah Kah..Nak Tahaluf apa lagi bro..dah hancuzz and no meaning lagi bro..kan dah boleh apa yang dok minta tu? depa DAP pun dah tak mahu cop-op lagi dengan Shiekh ! kah kah kah
Mahfodz inilah orangnya yang kerap menyuruh agar tahaluf siyasi disemaksemula malah pada satu ketika menyatakan tahaluf siyasi boleh batal dengan provokatif..so n so bro...you want some you get some ! kah kah kah

PKR sertai DAP anggap 
'usul putus hubungan' berkuatkuasa serta merta


KUALA SELANGOR: PKR nampaknya menyertai DAP dan bertegas bahawa 'usul PAS untuk putus hubungan dengan DAP' berkuatkuasa serta merta berikutan Muktamar PAS adalah badan pembuat keputusan tertinggi parti Islam itu.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata usul itu harus dijadikan dasar dan dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat sepertimana yang ditegaskan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini..

"Keputusan di dalam muktamar itu harus dijadikan dasar yang harus dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat. 

"Ianya disebut dalam ucapan dasar Presiden PAS dan disebut dalam muktamar," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Penyampaian Cek Pembiayaan Program Hijrah Selangor Bagi Fasa Ketiga di Auditorium Dewan Canselor Unisel, Kampus Bestari Jaya, pagi ini.


Azmin berkata demikian selepas ditanya apakah ketetapan yang diambil PKR berhubung usul yang dibawa Dewan Ulama PAS, 3 Jun lalu..AntaraPos

Nampaknya, 
lepas nie PAS akan tinggal keseorangan bro?
opppsssssssssss ! sorry bro Azmin ! Umnuuu 
sedang menanti kedatangan PAS dan segala UGnya 
yang ramai tu? amacam?

DAP bincang cadangan

Pakatan baharu PasMa esok


DAP akan membincangkan cadangan Pakatan Rakyat baharu Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) dengan sebuah parti baharu bagi menggantikan PAS pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) esok..Read more »

Kesan muktamar PAS lalu, inilah sesuatu iltizam baru dari sebuah NGO mesra PR yg mau lihat BN diketepikan dlm PRU 14 akan datang..kita belum tahu, apakah nama parti ini sehingga pengumuman susulan akan dibuat. Tunggu.



***************

Melihat situasi dalaman PAS sekarang ini bro, PAS macam hilang pedoman, hilang arah, agenda rakyat sudah 'out' dari muktamar PAS..tidak ada sikit habuk pun yang dibincang (kecuali yg disentuh sedikit oleh kump. profesional).

Ahli PAS di akar umbi, banyak yg fed-up, ramai tidak yakin terhadap Kepimpinan PAS 2015 - 2017 yang baru dipilih menerusi Muktama Agungnya yg ke 61..Kewibawaan pimpinan pro-ulama bagaikan terkapai2 mencari pelampong untuk berpaut bro ! macam yg karam..ketul garam pun dia akan paut ! Kah Kah Kah 

Akibat keputusan 'memutuskan hubungan dan kerjasama politik' yg diterima pakai serta tanpa bahas pada muktamar itu, yang disifatkan sebagai suatu perkara aneh dan pelik dalam sejarah muktamar PAS, mengundang 'bala' kepada kepimpinan baru PAS yg didokong oleh pro-ulama..Inilah yang berlaku skarang:
~ Di Bacok - ahli yg marah meroboh markas PAS dan seumpamanya.
~ Akibat sistem 'CHAI' - PAS semakin 'hancai' bro ! ramai ahli akar umbi meninggalkan parti, bilangannya kian bertambah setiap hari.
~ Semua kepimpinan progresif lama ! tidak lagi menerima jawatan ditawarkan..mereka betul2 punya bara dan bosan dgn kepimpinan sekarang yg syok sendiri.
~ Banyak lagi kesan awalnya seperti yg dipaparkan di atas bro!

Pas sudah 'out of track' bro ! sudah gelincir landasan..sudah jauh lari dari semangat dan ruh penubuhan asalnya..ini semua kerana ghairah so called ulama dan Presidennya yang 'cintakan' dan kasihkan Umno yg selama ini dianggap suatu entiti bagaikan tembok Berlin yg sukar dijatuhkan..dan PR cuba berperanan bersatu tenaga untuk 'jatuhkan' Umno, tetapi malangnya agenda UG PAS yg dibarisi kepimpinan utama PAS sekarang ini..merobah segalanya..agenda itu dilihat sukar bila Umno tiba2 'amat menyayangi' PAS dan UGnya..kah kah kah

Bahtera PAS bila2 masa saja boleh karam bro , sekalipun UG cuba menafikannya..itu hanya sebagai penyedap hati saja bro ! Kelantan dan T'ganu bakal 'tersungkor' teruk kali ini ? dan kalo ini adalah waqi'nya, realitinya nanti? Maaf cakaplah bro...Umno akan berikan 'sayonara' kpd PAS ! Laa nie pun, ceramah PAS kian hambar bro dgn kehadiran yang sangat2 menyedihkan..


Ceramah PAS 
sekarang ini HAMBAR bro !


Ceramah Naib Presiden dan PJ N9 yg baru tidak mendapat sambutan. Beginilah suasana ceramah-ceramah PAS di era 80-an dahulu..dah 'roll-back' ke bro? Kah Kah Kah




Comments

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$