Selepas Muktamar June- UG dan PAS mula cempeghaa - [VIDEO]

PAS putus atau tak putus dengan DAP nie bro?Usul memutuskan hubungan itu diluluskan tanpa bahas selepas PAS anjurkan pesta menghentam DAP – bermula daripada muktamar Dewan Ulama sehinggalah muktamar penuh Khamis hingga Sabtu lepas.Lepas tu macam2 pemimpin Pas dok bagi komen sana sini, antaranya Maffuz..Macam segheba tak kena jer bro ?Inilah akibat gelojoh sangat bertutur..bila nasihat TGNA dulunya, depa UG nie belakangkan supaya jangan biar ulaq yg sama ( Bn) patuk PAS..tapi depa tak dengaq bro !
Politik bukanlah seperti berniaga, tetapi politik ialah kebijaksanaan mengambil langkah mengalahkan musuh politik dengan menggunakan ilmu, strategi dan pengalaman! Mengharapkan bantuan musuh politik iaitu umno utk berkerjasama melaksanakan hudud di Kelantan tetapi dalam waktu yg sama mewujudkan pertelingkahan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat samalah seperti meletakkan leher PAS di mata pedang musuh tanpa perlu musuh bersusah payah memusnahkan PAS dan Pakatan Rakyat sekaligus! Melaksanakan hasrat dan citra mereka...sekarang baru nang boh ti nang...PR dah hampir lumat dikerjakan UG..

PRU14 - Kajian Pakar Sahkan BN Akan Menang Mudah Setelah PR Berjaya Dihancurkan
Ketika hubungan PAS-DAP suram, seorang penganalisis meramalkan bahawa pilihan raya umum akan datang  boleh menyaksikan kecenderungan pertembungan tiga penjuru, dengan BN menang dengan sokongan kurang 50 peratus.
Pengarah pusat kajian Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata dalam keadaan pilihan raya Malaysia “yang bebas tetapi tidak adil", pembangkang perlu bekerja keras bagi memastikan perlawanan satu lawan satu..
PRU14 - Kajian Pakar Sahkan BN Akan Menang Mudah Setelah PR Berjaya Dihancurkan




 Jentik2 kalo dibiar? Bahaya bro?Gopoh hapenya bro?Kan hangpa jugak yg mau keputusan macam tu?dari hari mula muktamar sampai penyudahhangpa berpesta hantam DAP tak mau2 ? Gopoh?Nie laa orang panggil LL - Lidah Longkang ! konon olama ada akai? kan keputusan tu dah LULUS?lepas tu tak dak bahas apa pun? Gopoh jugak?Kah Kah Kah
Ehhh please la... Selama ni Presideng, Geng Ulama & walaun dlm parti ko dok maki DAP macam2. Anti-Hudud la, Sosialis la, Komunis la... nape dok mengelupur lagi. Blah la. Keluar Pakatan.
Kan Presideng ko dah kata awai lg "PAS sedia keluar Pakatan". Jgn sakiti hati kami dlm Pakatan. Cukup2 la penipuan & cubaan khianat yg dibuat oleh Hadi & Geng UG.
Tak malu ka? Di mana maruah PAS selama ni? Kata parti Islam. Mana boleh tipu, khianat..
Tun Erdogan

Nie laa orang kata sighu haghu bighu?tak reti bahasa ke? Dewan Ulama dah putus? nak teruskan hapenya lagi bro?..ikut saja ler mcm Mat Sabu n Mujahid tu? baru gentlement broJangan jadi pondan...kah kah kah ( Mat Sabu lepas jawatan di PP )



1. Hadi Awang - "PAS Sedia Keluar Pakatan Rakyat"
2. Ahmad Yaakob - "PAS Sedia Tinggalkan PR"
3. Mohd Amar - "PAS lebih kuat bersendirian"
Wahai PAS, sila KELUAR PAKATAN SEGERA. Bukankah kamu parti Islam? KOTAKAN APA YANG DIKATA. Bukankah kamu kata "Kemenangan (kuasa) bukan matlamat. Hanya cari redha Allah".
So what? You can't fool the people all the time. LEAVE PAKATAN NOW!!!...Tun Erdogan
 
Nmpk tak kebodohan para WALAUN nih? Inilah masalahnya tak tahu bezakan antara Lantikan Politik & Lantikan Rasmi Penjawat Awam.
Parti kamu dah putuskan hubungan dgn DAP. K'jaan Penang diketuai DAP. So, kalo tak kebuloq jawatan, letak jer jawatan. Tak perlu bising2
.
.Tun Erdogan


Mahfuz - Hujah Ulama Pas Untuk Putus Dengan DAP Cukup KuatPengerusi jawatankuasa usul PAS dalam muktamar lalu Datuk Mahfuz Omar menegaskan usul memutuskan hubungan dengan DAP sudah pun dipersetujui.
Katanya, Dewan Ulama telah menyenaraikan sembilan alasan kenapa langkah itu harus diambil.
“Sembilan alasan itu ialah alasan untuk menunjukkan bahawa sudah cukup kerjasama itu, perlu ditamatkan dengan sembilan alasan.
“Jadi saya percaya Dewan Ulama sudah merujuk dari sudut Islamnya, yang menunjukkan ulama berpendapat sudah cukup kerjasama itu, (kini) perlu ditamatkan,” kata Mahfuz.
Kekeliruan itu muncul apabila pemimpin kanan PAS berkata keputusan itu masih belum muktamad.
Dewan Ulama pula berkata usul mereka  “mencadangkan”, bukan “menegaskan” seperti diluluskan.
Pada masa yang sama, bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu sudah pun mengumumkan akan berundur daripada jawatan disandangnya dalam sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Pulau Pinang kerana taatkan ulama
Kalo hujjah tu dah kuat?apasal ada yg u-turn sana sini?Islam mengajar supaya kita yg cakap? Kitalah yg kena kotakan cakap tu bro?Kalo orang kata ulama nie Kamjat ke? Hipokrit ke? Jangan laa marah bro ?


Muhyiddin, Hadi lari apabila gegaran susulan


KUNDASANG - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergegas keluar meninggalkan bangunan tempat sidang media selepas berlaku gegaran susulan jam 1.35 petang tadi...Lagi Berita








 Video

PAS putus atau tak putus dengan DAP?08 June 2015 Usul memutuskan hubungan itu diluluskan tanpa bahas selepas PAS anjurkan pesta menghentam DAP – bermula daripada muktamar Dewan Ulama sehinggalah muktamar penuh Khamis hingga Sabtu lepas.
Berdasarkan konteks ini, orang ramai faham bahawa PAS sudah mahu berpatah arang berkerat rotan dengan DAP, setelah lama kata mengata dan sindir menyindir antara satu sama lain dilontarkan..kinitv

Parti Islam baru lepas 13 Jun ini?

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan memutuskan sama ada menjadi parti politik atau tidak minggu depan.
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, dalam pertemuan meja bulat pada 13 Jun ini, semua pemimpin NGO itu akan turut serta.
“Ini keputusan besar yang perlu kita buat kita akan ada perbincangan meja bulat 13 Jun 2 petang. Semua pimpinan jawatankuasa pusat dan negeri akan menghadirinya.
“Memang ada cadangan jadi parti politik. Tapi ini bergantung kepada perbincangan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini..Lagi Berita


Mat Sabu lepas jawatan di PPMohamad Sabu berkata, beliau akan melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan Pulau Pinang minggu ini ekoran keputusan muktamar memutuskan hubungan dengan DAP..more »
 Mujahid pun dah ikuti Mat Sabu letak jawatan bro
yang lain2 lagi bagaimana?takut hilang fulusia kah? mau malu laa sikitKah Kah Kah


Selepas Mohamad Sabu, seorang lagi pemimpin progresif PAS  meletakkan jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang.
Anggota Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa mengesahkan mengosongkan semua jawatannya dalam kerajaan negeri, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.
"Ya, semua jawatan rasmi,” katanya ketika ditanya sama ada beliau benar-benar mengambil keputusan itu..Mkini- Mujahid pula letak jawatan dari k'jaan DAP

Video
‘Nak cari deposit 11 kerusi pun payah...’Jun 6, 2015Pengerusi Lajnah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli memberi peringatan kepada perwakilan supaya memberi cadangan yang berasas dan tidak secara emosi berhubung isu pilihan raya. 
Sebagai contoh, katanya, cadangan perwakilan dari Sabah yang memberi amaran bahawa PAS akan bertanding di 32 kerusi di Sabah pada pilihan raya umum depan dilihat tidak berasas..kinitv

Bagi depa pikir sikit bro Hatta !selama nie depa ingat sonang jadi Pengarah PR Pusat..Nanti depa hantaq sume calon nak buka 'pondok' pulak?Kah Kah Kah

Kes 'Hawaii Five-O': Penuduh tak tunjuk bukti

Bekas ahli jawatankuasa Pusat PAS Dr Hatta Ramli hari ini mendedahkan, individu yang menuduhnya mengetuai gerakan menjatuhkan presiden tidak pernah menghadirkan diri ketika dipanggil jawatankuasa siasatan..more »
UG mana ada 'pruf' bro ?itu laa 'fitnah' namanya..lempaq batu sembunyi tangan..tu pun jangan?mengaku olamark? Olamark Gelojoh..Kah Kah Kah


Video
Sekali putus dengan DAP, PAS sukar patah balik, kata Mahfuz08 June 2015Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata PAS menghadapi kesukaran untuk menarik balik keputusan memutuskan hubungan politik dengan DAP.
Katanya, jika PAS menarik kembali keputusan itu, secara tidak langsung akan memberikan persepsi tidak baik kepada penyokong mereka yang akan melihat kepimpinan hanya mengutamakan kedudukan dan jawatan..kinitv



Akhirkalam

DHPP hairan ulama tak kawal fitnah dalam PAS

Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu.
heran bro? heran..
non muslim pun cerdik, terkesan dgn fitnah yg
berleluasa dlm Pas..tapi tidak sapa pun dari Ulama
Besaq PAS yg kawal dan mengendurkannya..malah 
membiarnya terus semarak..itu pasal bro N Bala ini
terkejut besar bro !

Kah Kah Kah



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video