MESEJ DARI PENJARA YANG MENGGERUNKAN BN - Pembangkang akan muncul dengan lebih kuat – Anwar [VIDEO]




Mesej dari penjara nie...boleh demamkan Pas..silap tak silap, tak kebah sampai Pru 14 nanti ! Kah Kah Kah

MESEJ DARI PENJARA YANG MENGGERUNKAN BN









PAKATAN RAKYAT  SEDANG MENGALAMI KRISIS DALAM  KESEPAKATAN ANTARA DUA PARTI YANG BERLAINAN KUTUB - DAP DAN PAS !

INI MESEJ DSAI MENERUSI PEGUAMNNYA DARI PENJARA SUNGAI BULUH 


“Tekanan dan ketegangan seperti yang kita saksikan ini fitrah sebuah gabungan politik yang telus dan demokratik seperti PR. Ia tidak bermakna kita tidak boleh menyelesaikan dan mengatasi masalah yang dihadapi,” katanya.

Beliau menegaskan tekad selagi hayat dikandung badan perjuangan tetap diteruskan untuk melawan kerakuasan dan kezaliman  UBN !.. Daulah Rakyat

Pembangkang akan muncul dengan lebih kuat – Anwar

KUALA LUMPUR 23 JUN: Niat dan semangat Pembangkang dalam perjuangan menyelamatkan Malaysia dari kepincangan tatakelola dan autoritarianisme Barisan Nasional terus utuh, kata Saudara Anwar Ibrahim.
Walau apa pun, Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Pembangkang dalam masa sama masih berfungsi dan teguh di peringkat Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Parlimen.
Anwar“Kita sekarang sedang berusaha untuk menjalin kesepakatan yang lebih kukuh dan yang kekal, supaya rakyat dapat diberi khidmat yang lebih baik,” kata Anwar dalam perutusan beliau melalui peguamnya hari ini.

“Tekanan dan ketegangan seperti yang kita saksikan ini adalah fitrah sebuah gabungan politik yang telus dan demokratik seperti Pakatan Rakyat; ianya tidak bermakna kita tidak boleh menyelesaikan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi,” 

katanya menyedari tentang beberapa perkara yang berlaku dalam Pembangkang akhir-akhir ini.

Beliau juga percaya Pembangkang, setelah disusun semula dengan kekuatan baharu termasuk NGO-NGO, akan muncul bersatu dan lebih kuat selepas ini.


“Dari sebalik tirai besi ini, saya menggesa teman-teman seperjuangan di dalam parti-parti Pembangkang dan juga rakyat Malaysia untuk terus bergerak dalam perjuangan ini hinggalah kemenangan dikecapi dan Malaysia diselamatkan.


“Yakinlah, saya tidak akan sesekali meninggalkan perjuangan ini selagi nyawa dikandung badan,” kata Anwar lagi yang memulakan perutusan itu dengan ucapan Ramadan Kareem buat semua.

Sumber -  KeadilanDaily

MENJEJAKI PERGERAKAN G 18 DALAM PERTEMUAN DI RUMAH KAMARUDIN JAAFAR

Foto di atas ini laa yg 'menggerunkan' segala puak UGs bro ! Mursyid Din pun kelamkabut, Tok Ayaah besaq pun naik pening sampai bagi 'amaran' yg mana sapa nak buat parti baru? sure tenggelam kata dia...kah kah kah

APA SAJA PERGERAKAN KUMPULAN YANG KALAH DALAM PEMILIHAN MUKTAMAR PAS YANG LALU AKAN DITAFSIR SEBAGAI GERAK POLITIK PEMIMPIN YANG KECEWA MENGIKUT PERSEPSI PIHAK YANG MENANG. HAJI HADI KATA MEREKA AKAN TENGGELAM . ARTINYA AKAN KECUNDANG. PERJUANGAN BUKAN BERMAKSUD MENYERAH KALAH . BERSAMA  KESUSAHAN ADA KESENANGAN, BERSERTA KEPAYAHAN ADA KEMUDAHAN.

MEREKA BERTEMU DIMAJLIS IFTAR RAMADZAN DI RUMAH DATUK KAMARUDDIN JAAFAR ULU KELANG . TURUT HADIR LIM KIT SIANG, TERESA KOK, SAIFUDDIN NASUTION.DR MUJAHID. LEE CHIN TONG  DLL.

MENJANA ERA KEBANGKITAN NEGARA : APA PERSAMAAN DSAI DENGAN ERDOGAN










KEDUA-DUANYA MEMPUNYAI MISI DAN VISI YANG SAMA SETELAH NEGARA TERPERUK DI BAWAH SISTEM YANG BOBROK . YANG PERTAMA BERJAYA YANG KEDUA SEDANG BERUSAHA WALAU MENGHADAPI BERBAGAI MIHNAH DAN FITNAH. MASYARAKAT TURKI MAHU BERUBAH DAN TELAH MENIKMATI HASILNYA SETELAH ERDOGAN MEMERINTAH . MASYARAKAT MALAYSIA MASIH RAGU-RAGU  TERUTAMA ORANG MELAYU ! SEDANGKAN MELAYULAH YANG PALING TERCOROT DAN MENJADI MANGSA BERBAGAI SKANDAL,   PENYELEWENGAN DAN SALAH GUNA KUASA DALAM URUS TADBIR TATA KELOLA NEGARA! 













DSAI pemimpin berjiwa  muda, berwibawa dan bertaraf dunia telah memulakan gerakan reformasinya sejak tahun 1998. Namun belum berjaya. Malahan  kini terpenjara. DSAI juga ingin mengubah landskap negara menerusi perubahan dalam PRU secara demokratik. Ingin mengangkat martabat negara setanding dengan kebangkitan Turki di bawah Erdogan. Beliau mewakili suara generasi baru  yang menuntut perubahan selepas 50 tahun MERDEKA.

Erdogan - PM dan Presiden Turki kini mulai naik ke tampok pemerintahan pada tahun 2003. Sebelumnnya beliau adalah  Datuk Bandar Istanbol yang berjaya. Daripada asas tersebut beliau diyakini untuk memimpin Turki setelah lama diperintah oleh parti -parti yang mengikut sekularisme secara totok warisan Mustafa Kamal Ataturk sejak tahun 1925. Selama hampir 80 tahun Turki yang hendak jadi Eropa ,ekonominya tercorot.
Sebelumnya Turki tidak pun semaju negara-negara Eropa yang mendepani ekonomi dunia. Di bawah Erdogan Turki kini termasuk kumpulan 20 negara paling maju di dunia. GDPnya telah meningkat 3 kali ganda dan sekarang  menjadi negara yang paling ramai dikunjungi para pelancong di dunia. Dalam masa tak sampai 15 tahun landskap Turki telah berubah. Dunia kagum dengan kebangkitan pesat eknominnya.

Sumber - .Daulah Rakyat

Ini komen penganalisi bro !

MESKI TERPENJARA : DSAI TETAP ADA DALAM POLITIK MALAYSIA


Seorang penganalisis politik berkata ada rahsia mengapa DSAI sanggup mengambil risiko ke penjara. Beliau menjangka akan berlaku krisis dalaman  yang kritikal dalam PAS. Masalah dan pertentangan yang parah antara kumpulan progresif penyokong PR  dengan kepimpinan ulama.Biarkan masalah dalam PAS  selesai sebelum PRU ke 14. Jika berada di luar beliau dituduh campur tangan masalah dalaman PAS.Tujuannya supaya wujud  keserasian di antara keluarga PR.Muncul komponen yang kompak dan padu menghadapi UBN yang kini sedang bergolak. Justeru tidak hairan DSAI mengeluar kenyataan yang meyakinkan tentang masa depan PR. Ini pasti menjadikan PR lebih bersedia setelah membuang ranjau di perjalanan. Proses yang berlaku ini lebih mematang dan memperkuat PR setelah menyelesaikan pertikaian pertikaian yang wujud  di dalam permuafakatan


Ini pulak kenyataan 
macam penakut hadapi kenyataan !














Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menggesa mana-mana pihak yang bercadang untuk menubuhkan parti politik baharu supaya menjadikan iktibar terhadap apa yang dilalui beberapa parti serpihan sebelum ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Jun, 2015.tmi

Baca lengkap di sini 

Sejarah buktikan parti serpihan tak mampu bertahan, kata Mohd Amar


Aku? lama sangat tengok geng UG nie dok keluarkan 'statement'  meghapu dan tak fahami situasi dan sinario politik sekarang dgn yg dia sebut tu..takat tu saja dia nie tau sejarah? lepas nie ketahuan laa sapa nak tersungkur sapa nak ke depan ? Kelantan tu mau jaga elok2..rumah mangsa banjir dulu tu siap ke belum? 

Dia ingat orang tak tau ke Hamim, Berjasa, Hizbul Muslimin, Semaangat 46 dulu tu? Itu semua agenda orang tertentu bro ! G18 dan wadah baru nie? agenda rakyat daaa...tunggu laa sapa nanti nak terpelancut keluaq? Kah Kah Kah

Baca yg nie juga - klik bro !

'Pembangkang akan muncul bersatu, lebih kuat'












Mat Sabu yg 'pintar' berpolitik !
Tidak seghebu tak tentu punca...bukan mcm sifu dia tu?
malah mengalu2kan sebarang teguran ! kalo dah rajin depa nak nak tegur sangat ! yg menegur tu pulak ! mcm bunyi cuak saja..kah kah kah .siap bagitau parti baru akan 'tenggelam' kalo depa tubuhkan ?

Mohamad Sabu menghargai teguran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap ura-ura mengatakan dirinya dan pemimpin yang tersingki (G-18) mahu menubuhkan parti baharu.

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata, sebarang peringatan, teguran dan kecaman terhadap diri dan rakan-rakannya akan diambil kira dan dibincangkan secara terperinci sebelum langkah seterusnya diambil.

"Kami mengalu-alukan sebarang teguran, peringatan dan amaran daripada mursyidul am PAS, presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden, ketua Pemuda dan seluruh ahli jawatankuasa dalam hal memperingati saya dan rakan-rakan jika berhasrat untuk menubuhkan parti baru di Malaysia ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini...tmi

Tinggalkan saja Haji Hadi dan pemimpin2 Ulamak dalam Pas.. biar depa hanyut..nama saja 'Ulamak' tapi bertindak tidak seperti ulamak terutamanya Pas Kelantan, Pas T'ganu? Amacam?










Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu  yang mendesak ulama Pas untuk keluar dari kepompong kerana dianggap melemahkan parti merupakan kenyataan yang dianggap sedikit keterlaluan.

Mengulas lanjut, Nik Abduh menganggap apa yang dikatakan oleh Mat Sabu itu sebagai ‘suatu yang tidak kena’, namun beliau tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai kenyataan tersebut..SH

Nampak gaya saranan Mat Sabu tu tak brapa diendahkan oleh puak olama nie bro ! masih bermain2 dlm kepompong sempit jug? Kah Kah Kah 













Bekas Ketua Pemuda Pas 

Sindir Sumpahan Hadi Awang

ATAS kertas belum cukup sebulan kalah, namun bekas Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat sudah berani menunjukkan gaya politik ‘budimannya’ apabila menyindir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bangga mendakwa dirinya sebagai Setiausaha G18;  Suhaizan yakin parti politik baharu yang bakal ditubuhkan untuk menggantikan Pas dalam pembentukan Pakatan 2.0 tidak akan ‘tenggelam’ ekoran sumpahan Abdul Hadi.

Suhaizan yang tewas pada pemilihan Muktamar bulan lalu sebaliknya menyifatkan Abdul Hadi agak ketinggalan apabila memberi peringatan kononnya ahli dan pemimpin parti Islam versi baharu itu akan ‘tenggelam’.

“Zaman sekarang sudah berubah. Landskap politik juga sudah bertukar. Apa yang bakal ditubuhkan oleh G18 ini berbeza dengan sejarah lama. G18 bukan dibentuk atas inisiatif satu atau dua bekas pemimpin serpihan Pas.

“Ia sebaliknya adalah gerakan rakyat, hasil sokongan rakyat,” katanya dipetik dari portal berita Mstar. G18 ialah gelaran merujuk kepada pergerakan dianggotai 18 pemimpin Pas yang tewas dalam Muktamar akhir bulan lalu..baca lengkap di...Mynewshub 

Video menarik dari Khalid Samad dan Dr. Hatta
untuk satu formasi wadah baru menggantikan Pas 
yg dilihat tidak lagi relevan akibat salah laku, salah 
cakap, salah akhlak yg merosot teruk di bawah teraju 
utama yg memimpin Pas sekarang ini? Kah Kah Kah...



Khalid Samad: Mempertahankan Wawasan Diperjuangkan Oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor & TG Nik Aziz
Published on Jun 15, 2015Otai Reformis: Forum "Tetap Bersama Mu", Kuala Lumpur 14/06/2015..mediarakyat


anda wajib dengar apa yg sebenar

melahirkan G18 dari Dr. Hatta Ramli bro !

Dr Hatta Ramli: Patriotisme Ini Kita Sanggup Melawan Yang Pemimpin Negara, Demi Negara on Jun 17, 2015Otai Reformis: Forum "Tetap Bersama Mu", Kuala Lumpur 14/06/2015..mediarakyat

Inilah yg terjadi bro !
yg dpt manfaat dari kemelut ulama mercun dlm Pas
lahirnya G18 - yg Pas tak kenali 'musuh'nya yg sebenar !
'Bahasa' sprti 'Lutut dan Siku', Jebon, Tolol, Baruah dan Broker, Pil Kuda,munafiq haraki, jentik dan sebagainya menjadi wirid PAS yg menyangka depa tu ulama..tapi lulus untuk aplicate bahasa semcm tu...
G18 diketuai bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan dijangka bergabung dengan Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) diketuai Datuk Phahrolrazi Zawawi yang dikatakan amat mesra DAP dan PKR.

Mereka akan membentuk Pakatan 2.0 tanpa penglibatan Pas yang memutuskan hubungan dengan DAP sehingga mengakibatkan parti cauvinis Cina itu baru-baru ini mengisytiharkan Pakatan Rakyat sudah pun dibubarkan.


Gertakan DAP selain perkembangan terbaharu Pasma dan G18 menyebabkan pemimpin Pas kemudian dilaporkan terpaksa berbaik-baik dengan PKR di Selangor kononnya pakatan sedia ada masih wujud..Kah Kah Kah 


   De fighting just begin Bro ! kata Mat Sabu    






Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]