Ibu Tiri itu Kejam ke? [Video]
'Lela Manja' sebuah filem MFP mengisahkan kekejaman ibu tiri yang kejam..lakonan Nomadiah sebagai ibu tiri bertindak kejam kpd dua anaknya Lela dan Manja (lakonan Bat Latif dan Sri Rahayu Sudarmadji) semasa kanak2 dan Aziz Jaafar dan Zaiton semasa dewasa..Video ada di bawah.
Filem Itu zaman purba bro ! tetapi zaman sekarang ini, zaman serba canggih dengan maklumat ! masih ada segelintir lagi makhluk manusia yg waras, yg bernama ibu tiri bersifat mengalahkan 'binatang buas' bro ! Apakah mereka sudah hilang agama dan insaniah dalam diri sendiri? sekarang bulan Ramadhan..patutnya cerita macam ini sudah ditamatkan.
kalau si bapa dah tak mampu 'menjaga' anak kandung sendiri di samping 'isteri' yg selalunya digelar 'ibu tiri' ? serahkan balik kpd ibu kandungnya sendiri...
Akibat patah 13 tulang di seluruh badan
KOTA BHARU 28 Jun - Masa depan Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, gelap apabila dia disahkan bakal mengalami kecacatan kekal akibat kecederaan patah 13 tulang di seluruh badan.
Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati mangsa mengalami beberapa kecacatan kekal seperti bongkok akibat masalah tulang belakang yang patah serta tempang kerana perbezaan panjang tulang paha kiri dan kanan.
Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan berkata, keadaan tersebut berlaku disebabkan mangsa tidak pernah dirawat dan semua kecederaan yang dialami dibiarkan sembuh dengan sendiri sejak dia mula didera kira-kira enam bulan lalu.
Beliau berkata, 10 kesan kecederaan patah dikesan di bahagian tulang rusuk manakala tiga lagi masing-masing dikesan di bahagian tulang belakang, pinggul serta lengan kanan.
“Mangsa dipercayai terpaksa menanggung kesakitan bersendirian akibat patah tulang selama kira-kira tiga hingga enam bulan.
Derita kanak-kanak mangsa dera ibu tiri. ZAAIN ZIN 28 Jun 2015 GAMBAR Nur Zuliana Zaara Zulkifli (kanan) bersama ibu tirinya..
Apa salah Yaya ?
Wajahnya cengkung manakala seluruh badannya lebam dan dipenuhi parut. Kepalanya luka terkoyak manakala belakangnya pula membongkok, dipercayai kesan daripada patah tulang belakang, rusuk serta paha akibat tidak dirawat sempurna.
Itu keadaan fizikal Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, setelah dipelihara bapa kandung dan ibu tirinya di Taman Rantau Mas, Rantau Panjang, Pasir Mas sejak dua tahun lalu..Utusan/my merto
Cerita kekejaman zaman purba !
Tonton video ini bro !
akhir kalam
وإن من يرحم الناس يستحق رحمة الله
كما أن الرحمة تجعلنا نحب بعضنا بعضًا
كما تشجعنا على التعاون والترابط والتكافل فيما بيننا
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
مثل.. المؤمنين: في تراحمهم، وتوادهم وتعاطفهم
كمثل الجسد إذا اشتكى عضو
تداعى له سائر جسده بالسهر والحمى
رواه البخاري
Sesiapa yang punya belas kasih sesama manusia
Dia berhak mendapat kasih sayang dari Allah
Sepertiman, Rahmat (dari Allah) menjadikan kita
berkasih sayang (menyukai) satu sama lainKita digalakan tolong menolong, mengikat kasih,
dan bersatu anatara kita sesama Islam -
Sabda Rasulullah s.a.w, mafhumnya -
"Perumpamaan kaum Mukminin dalam kecintaan mereka, kasih sayang mereka, dan keakraban mereka seperti satu badan. Jika salah satu anggota badan sakit, maka untuknya seluruh anggota badan tidak boleh tidur (kerana berjaga malam), dan demam." (HR Bukhari/Muttafaq Alaih).
Filem Itu zaman purba bro ! tetapi zaman sekarang ini, zaman serba canggih dengan maklumat ! masih ada segelintir lagi makhluk manusia yg waras, yg bernama ibu tiri bersifat mengalahkan 'binatang buas' bro ! Apakah mereka sudah hilang agama dan insaniah dalam diri sendiri? sekarang bulan Ramadhan..patutnya cerita macam ini sudah ditamatkan.
kalau si bapa dah tak mampu 'menjaga' anak kandung sendiri di samping 'isteri' yg selalunya digelar 'ibu tiri' ? serahkan balik kpd ibu kandungnya sendiri...
Sebagai seorang Islam, patutlah semua pihak muhasabah diri semula..mereka yang belas kasih di bumi..nescaya di langit turut sama belas kasihNya ke atas kita..klik pautan di bawah bro..anda akan dibawa menghayati erti kasih sayang bro !
Bapa Dan Ibu Tiri
Dera Anak Direman Empat Hari
Pasir Mas: Suami isteri ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Khamis berhubung kes penderaan kanak-kanak berusia lima tahun.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen/Majistret Pasir Mas, Rashid Mustapa, hari ini.
Pasangan itu yang juga bapa dan ibu tiri kanak-kanak berkenaan berusia 39 serta 25 tahun sebelum itu ditahan polis di hadapan restoran di Jalan Bayam Kota Bharu, 9 malam tadi.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak Kanak 2001.
Akhbar sebelum ini melaporkan kanak-kanak perempuan berusia lima tahun patah 13 tulang dan cedera teruk dipercayai didera ketika dalam jagaan ibu tiri di Rantau Panjang, di sini.
Kanak-kanak itu dikenali Yaya dipercayai sudah dicederakan sejak enam bulan lalu, sebelum disedari ibu kandung Sana Abdul Malek, 28, pada Rabu selepas mengambilnya dari jagaan bekas suami dan ibu tiri..Harian Metro
TERKINI - BAPA DAN IBU TIRI KEJAM INI AKHIRNYA DITANGKAP MALAM TADI
Kota Bharu: Dua suspek kes dera kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditahan polis di sini, malam tadi.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek iaitu ibu tiri mangsa berusia 25 tahun dan bapa kandungnya berusia 39 tahun ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di hadapan restoran di Jalan Bayam Kota Bharu, 9 malam tadi.
Katanya, kedua-dua suspek diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatn lanjut.
"Suspek akan direman pagi ini di Mahkamah Majistret Pasir Mas.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak Kanak 2001," katanya.
Harian Metro semalam melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dalam keadaan lemah dan tidak bermaya dipercayai didera ibu tiri di Rantau Panjang, dekat sini.
Kejadian itu disedari ibu kandungnya, Sana Abdul Malek, 28, Rabu lalu selepas mengambil anaknya daripada jagaan bekas suami dan ibu tiri mangsa.
Mangsa bukan sahaja terpaksa menanggung derita kira-kira enam bulan, malah turut mengalami kecederaan serius apabila patah 13 tulang.
Nur Zuliana Mangsa Dera Ibu Tiri Disahkan Alami Cacat Kekal
Nur Zuliana Zaara Zulkifli menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan, semalam..Utusan.comAkibat patah 13 tulang di seluruh badan
KOTA BHARU 28 Jun - Masa depan Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, gelap apabila dia disahkan bakal mengalami kecacatan kekal akibat kecederaan patah 13 tulang di seluruh badan.
Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati mangsa mengalami beberapa kecacatan kekal seperti bongkok akibat masalah tulang belakang yang patah serta tempang kerana perbezaan panjang tulang paha kiri dan kanan.
Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan berkata, keadaan tersebut berlaku disebabkan mangsa tidak pernah dirawat dan semua kecederaan yang dialami dibiarkan sembuh dengan sendiri sejak dia mula didera kira-kira enam bulan lalu.
Beliau berkata, 10 kesan kecederaan patah dikesan di bahagian tulang rusuk manakala tiga lagi masing-masing dikesan di bahagian tulang belakang, pinggul serta lengan kanan.
“Mangsa dipercayai terpaksa menanggung kesakitan bersendirian akibat patah tulang selama kira-kira tiga hingga enam bulan.
Derita kanak-kanak mangsa dera ibu tiri. ZAAIN ZIN 28 Jun 2015 GAMBAR Nur Zuliana Zaara Zulkifli (kanan) bersama ibu tirinya..
Apa salah Yaya ?
Wajahnya cengkung manakala seluruh badannya lebam dan dipenuhi parut. Kepalanya luka terkoyak manakala belakangnya pula membongkok, dipercayai kesan daripada patah tulang belakang, rusuk serta paha akibat tidak dirawat sempurna.
Itu keadaan fizikal Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, setelah dipelihara bapa kandung dan ibu tirinya di Taman Rantau Mas, Rantau Panjang, Pasir Mas sejak dua tahun lalu..Utusan/my merto
Cerita kekejaman zaman purba !
Tonton video ini bro !
Lela Manja (1960) Full Movie
Dlm cerita nie, Manja (lakonan Bat Latif/Aziz Jaafar)turut menerima cacat kekal di dahinya, akibat dihentak oleh ibu tirinya juga bro..layan bro !
akhir kalam
كما أن الرحمة تجعلنا نحب بعضنا بعضًا
كما تشجعنا على التعاون والترابط والتكافل فيما بيننا
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
مثل.. المؤمنين: في تراحمهم، وتوادهم وتعاطفهم
كمثل الجسد إذا اشتكى عضو
تداعى له سائر جسده بالسهر والحمى
رواه البخاري
Sesiapa yang punya belas kasih sesama manusia
Dia berhak mendapat kasih sayang dari Allah
Sepertiman, Rahmat (dari Allah) menjadikan kita
berkasih sayang (menyukai) satu sama lainKita digalakan tolong menolong, mengikat kasih,
dan bersatu anatara kita sesama Islam -
Sabda Rasulullah s.a.w, mafhumnya -
"Perumpamaan kaum Mukminin dalam kecintaan mereka, kasih sayang mereka, dan keakraban mereka seperti satu badan. Jika salah satu anggota badan sakit, maka untuknya seluruh anggota badan tidak boleh tidur (kerana berjaga malam), dan demam." (HR Bukhari/Muttafaq Alaih).
Comments
Post a Comment