Tidak Kesal Tidak Berhak, Dah Habis? Apa Melalut nie Bro?

Selepas terlepas cakap (kalo boleh sebut terlepas laa bro) dalam muktamar tempohari? bahawa muktamar mengambil keputusan memutuskan hubungan dgn DAP yang diketahui tidak dibahaskan langsung,,maka itu adalah keputusan PAS sendiri bro? Mukamad begitu? Nak kata apa lagi? Tu yg Ostad2 UG yg mahu kan? Terimalah ! jangan dok belit mcm ulaq sawa kenyang? Kah Kah Kah

So n so..selepas DAP respon balas dgn hasil muktamar itu, yg mafhumnya Pakatan atau Pact antara 3 komponen parti PAS, PKR dan DAP secara literalnya, difahamkan terbubar? demikianlah kehendak PAS sendiri bro..dah lama sangat dok canang? dok wirid? boleh hidup sendirian? dan entah bermacam lagi dgn maksud sama bro ! apa kejadahnya lepas itu macam2 dok bunyi pulak? sat kata lagu tu? sat kata lagu nie? Kah Kah Kah




Bekas Timbalan Presiden PAS Mat Sabu (tengah) berkata parti Islam itu kini dipimpin oleh tokoh-tokoh dari pantai timur yang jarang bersemuka dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama lain. - The Malaysian Insider gambar oleh Hasnoor Hussain, 19 June, 2015.

Mohamad Sabu yg mesra dgn Mat Sabu, adalah antara pemimpin PAS paling popular bro ! samada di luar parti atawa di kalangan 'non-muslim' dlm negara..PAS telah 'menendang' MS keluar dari senarai pemimpin utama PAS di muktamar ke 61 baru2 ini.. tetapi beliau tetap dilihat masih mengekalkan 'bisa'nya dan masih mendpt sokongan 'luar biasa' dari bukan Islam dan akar umbi PAS sendiri...
malah sokongan itu kini semakin membara dan meningkat bro !cara beliau menguasai massa dan rakyat..cukup berbeda dari kalangan nangoi2 UG yg tidak popular itu, sekalipun mereka terpilih di persada jawatan dalam PAS hasil sekeping 'CHAI' yg dibikin oleh kumpulan tentunya 'Chai UG' ! Hasilnya kumpulan progresif habis berkecai dan tidak lagi mendominasi barisan kepimpinan PAS Pusat Kah Kah Kah

Mungkin inilah yang menyebabkan beberapa 'tokoh' utama PAS seperti 
Dr Mahfodz Mohamed dan Presiden sendiri mula kelamkabut dan mengeluarkan 'kenyataan2 songsang' seolah2 mau 'menekalkan' PR? yang nyata kini..PR dah hanyut ke Pulau Kazambou bro ! dan PAS mungkin selesa bersenda gurau dengan UMNO yang menjadi idaman UG dan tokoh2 utama mereka? cer baca Umno bantu ulama dalam PAS, kata Mat Sabu


Tidak Kesal

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata tiada kekesalan dengan usul memutuskan hubungan dengan DAP mahupun kerjasama dalam Pakatan Rakyat sebelumnya. – Gambar The Malaysian I
Dewan Ulama PAS tidak pernah kesal selepas usulnya memutuskan hubungan dengan DAP diluluskan pada Muktamar Tahun ke-61 parti itu, kata ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Mahfodz berkata, mereka sudah sedia maklum akan akibat usul tersebut sejak awal lagi.

"Bagi saya, tiada patah balik, tiada pusingan-U kerana dengan kronologi yang dibuat PKR dan DAP kepada PAS, selama ini kita sabar, tak jawab kasar-kasar,” kata Mahfodz dalam wawancara bersama The Malaysian Insider di Johor baru-baru ini.. The Malaysian Insider -  

Ulama PAS tidak kesal putus hubungan dengan DAP




Memang inikah 'sifat' dan tutur kata UG bro? lebih2 lagi yg datang dari KDU PAS Pusat? anda mampu menilai sendiri !!!

Ketika Mustafa Ali kata kena tunggu MSU dan AJK Pas Pusat bersidang, DAP bertindak tepat putuskan hubungan terus kerana akhirnya PAS akan putus juga kerana anggota MSU dan AJK Pas Pusat adalah juga anggota Dewan Ulama yang buat usul tersebut,.
Sah, Pas parti yg suka cakap belit2. Elok lah tak bersama mana-mana pakatan lagi selepas ini

Bagi aku, UGs n de gang laa yg jadikan Pakatan 'berkubur' bro ! mereka sendiri yg 'memutuskan'hubungan dgn DAP..lepas tu dok kata 'belum muktamad, tunggu Mursyidul Am balik dulu laa n bla bla  lagi? dah 'mabuk ' dan 'pening' ke dgn perangai sendiri? Kenapa tidak bawa usul 'memperbaiki' hubungan dlm kepimpinan Pusat PR umpamnya? kenapa? susah sangat ke nak bawa usul macam tu? Jika kita (PAS) bersikap arrogant, kasar dan biadap? akar umbi bawah, lagi menyampah dan pengundi biasa, atas pagar dan non-muslim umpamanya tidak akan berikan undi lagi bro ! Itukah yang PAS UGS mahukan?



Tidak Berhak
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata DAP tidak berhak mengumumkan PR dibubarkan selain dengan sinis menyatakan parti berkenaan tidak memahami maksud 'Pakatan Rakyat' sehingga terburu-buru bertindak sedemikian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Jun, 2015.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan Pakatan Rakyat (PR) masih wujud dan belum berkubur biarpun rakan sekutunya DAP sudah mengisytiharkan pakatan pembangkang itu tidak lagi wujud.

Malah Hadi berkata DAP tidak berhak mengumumkan PR dibubarkan selain dengan sinis menyatakan parti berkenaan tidak memahami maksud "Pakatan Rakyat" sehingga terburu-buru bertindak sedemikian.

"Itu kenyataan peribadi, pada saya ia merupakan kenyataan yang tidak tepat kerana satu parti bukanlah (boleh dipanggil) Pakatan. Pakatan mesti merangkumi banyak parti... boleh bukalah kamus dewan apa makna Pakatan... sorang-sorang boleh dipanggil Pakatan ke? Tidak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di rumahnya sebaik sahaja selesai kuliah Jumaat di Rusila di Marang hari ini.

lanjutan - baca DAP tidak berhak umumkan Pakatan mati, kata presiden PAS

Pasi apa kata tak berhak pula?
Di mana lebihnya PAS nak kata tidak berhak?
Wan Azizah pun kata PR dah berkubur?
Pasai apa PAS dok tahan yg orang tu berhak? tidak berhak?
sendiri habaq 'putus' dlm muktamar? dok nafi apa lagi? putuslah tu?  
dan semua olamak PAS pun dah tidak kesal lagi putus hubungan dgn DAP? apasal nak ejas lagi?

Kenapa masih berdolak dalih lagi? yang jadi 'punca' PR ;lingkup' dan 'jahanam' adalah sebab kita sendiri bro? tak kan lupa kot? kah kah kah..kan Umnuu masih ada? dah sesal ke? atau dah rasa 'tertipu'? Kah kah kah

Dulu kata 'tak apa kalau bersendirian', 'tidak cari kemenangan di dunia', Haaa...sekarang masanyalah untuk PAS kotakan apa yg pernah diluahkan, diwiridkan tak renti2 tu dulu? Sekaranglah masanya PAS belajar sendirian pulak? atau 'kepimpinan' baru nie dah tak gheti nak masuk gear satu bro? dah lupa nak 'start engine'? pasai lama dok biar kereta masuk bengkel? Kah Kah Kah

Memang PAS sekarang orang dah tak percaya selagi 'teraju utamanya' tidak berubah !? Islam tidak akan 'maju' kalau sesama sendiri bercakaran. PAS sememang tidak boleh kerkawan dengan orang lain. Tidak boleh dipercayai!



Dah Habis ?

DAP lah habis, ..kita ada lagi PR, ada dua parti ke atas, maka gabungan itu wujud, ia bergantung kepada hubungan PAS dan PKR. "Kita kekal dengan PR. Keputusan DAP bukan bubar PR, ..itu bermakna dia buat keputusan dia. Kita tidak keluar PR, ..kalau dia tolak kita, kita ada PKR," katanya di lobi Parlimen hari ini. Nik Abduh yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas mengulas berhubung keputusan DAP hari ini mengisytiharkan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti itu, PKR dan PAS tidak lagi wujud. 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata keputusan yang dibuat susulan Muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah 'membunuh' pakatan itu. Jawatankuasa eksekutif pusat DAP dalam mesyuaratnya semalam mencapai kata sepakat berhubung Pakatan Rakyat tidak lagi wujud..Malaysia Instinct - 

Dulu bukan main lagi, hangpa UG semua dok sentai PKR bro ! bila DAP dah talak tiga ngan hangpa? macam2 dok pebetoi balik dgn PKR? Kami ada PKR laa? Ohhh ! Laa nie baru pikiaq ada noo? Dulu kata Wan Azizah tak layaklah, begitu begini? sampai keluaq 'word' broker n baruah? tu pasai dua orang YB PAS sokong WAWI laa untuk selamatkan PR? Laa nie? TITM suruh perkukuhkan balik? dah hancai dah lunyai? hangpa kerojakan PKR dan Presidennya? Kami ada PKR? memang muka tembok betoi laa 'olamak2 semak' nie ! HAIH...sapa yang HABIS nie?  Kah Kah Kah

Anwarinaslah kata hangpa..ingat Prk Permatang Pauh baru nie? ingat pemuda PAS Bagan? baca n3 aku dulu
 
Kecoh-Kecoh Permatang Pauh - [VIDEO] ... Pemuda PAS P.Pinang makin Kalut Dgn Ptg Pauh? atau baca...
tulisan  Muhammad Najhan Shahir Halim .. yang menulis, PAS tergamak membohongi para pimpinan PAS Selangor bahawa hukum asal bertahaaluf dengan DAP/PKR adalah "HARAM" secara asasnya. Bahkan beliau mengaitkan itu adalah pendirian Majlis Syura Ulamak (MSU) yang sudah diputuskan hukum "haram" itu sejak 7 tahun lepas. Saya terkejut dengan pendustaan sedemikian. Cukup parah sikap begitu untuk Islam.

Terbaru, isu 'keluar' PAS akan jadi kafir? apa nie bro? dah kalut sangat takut tonggek dlm PRU akan datang ke? elok hangpa baca penjelasan dari Ahmad Sayuti Bashiron Yesterday at 4:59pm · Edited 


            SUDAH TAK TENTU ARAH ?                




Hadi Nafi Fitnah Ahmad Awang.. 
Jom Terjah Pembohongan Ulamak Besar Dunia Ini..

Lihat video berikut.. 
Carilah kebenaran cakap Hadi Awang di situ..

Sumber videoterengganukini

Hadi menafikan bahawa beliau menggelar pencabarnya Ahmad Awang sebagai calon DAP, sewaktu pemilihan parti itu baru-baru ini."Saya tak kata dia calon mana-mana. Saya tidak ada keluar kenyataan begitu," katannya.
Ahmad dilapor berkata beliau sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang termasuk terhadap presiden yang didakwanya menuduh beliau sebagai calon DAP dan beliau menyifatnya sebagai "fitnah"..Sumber Sini
Nak nafi tu..senang bro! juz say, I never say that ! tapi bro! video tu tak menipu? tak tau laa pula kot suara orang lain? Kah Kah Kah.. terlajak perahu boleh u-turn bro? terlajak kalam? cilaka badan ler? begitulah kata orang tua2 dari zaman berzaman? samada ianya berunsur 'fitnah' atau bukan? sama2 kita tunggu adegan selanjutnya.. UAA akan bertindak melalui proses undang-undang untuk membersihkan namanya yg dirasakan tercemar dgn tuduhan ini? bersedialah bro !

        Kami mau Hang Mat Sabu ! TITM         

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mahu Mohamad Sabu, yang tewas dalam pemilihan supaya "memperkukuhkan parti" selepas membayangkan akan mencari "wadah baru" bagi meneruskan perjuangan.
"(PAS) harap dia akan kukuhkan parti," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur.
Tuan Ibrahim menjawab soalan mengenai kenyataan Mohamad yang mungkin mencari "wadah baru" bersama pemimpin progresif dalam program Malam ‘Jasamu Dikenang’ di Muar baru-baru ini, selepas ditolak dalam pemilihan parti..MkiniTuan Ibrahim mahu Mat Sabu kukuhkan PAS
~~~~~~ ~~~~~~~~
Ropanya bila nak suruh buat keroja depa puak mankaq UG nie? pandai suruh, pandai pujuk kumpulan progresif pula..baru tau sendiri, UGs yang boleh buat keroja...kah kah kah

Awat tak suruh si Zuhdi ketua chai hangpa tu? kalo dah terpilih tu? buatlah keroja? yang kalah? dia tau laa apa nak buat dgn 'cara dia' pula..memang UGs akan olamak yg terpilih tu? semua dah tau? malas and baloq buat keroja..semua naik jadi AJK dan mcm2 warna jawatan? tapi tak tau buat keroja? Tak ke malu punya keroja tu? kah kah kah

UGs and Olamak penyegan? Mau 'jawatan' mau 'kuasa' saja ke? Mat Sabu tu dah dekat 40 tahu bergelomiang, berjuang dlm PAS bro ! prestasi PAS naik dlm PRU nie pun adalah antara usaha dan 'jasa' Mat Sabu, jadi apasal syok2 hangpa perjatuhkan dia? yang UGs naik tu pun setelah PAS begitu mendapat dokongan non-muslim..semasa PAS jadi parti 'lebai' dan 'ustaz' dulu? nampak terpencil bro? Lepas dan mencanak prestasi dan maju ke depan? kenapa orang2 seperti Mat Sabu, Khalid Samad, Dr. Dzul, Hanipa Maidin, Pak Abu, Husam, Dr. Hatta dan ramai lagi? hangpa 'lempaq' hangpa selinap, hangpa lapah, hangpa keghekah habis2an? Kenapa? apa yang hangpa cari? cari nama dan jawatan? pasai ada 'hun' bila jadi YB bila nanti dcalonkan? macam tu ke ikhlas cara hangpa berkerja? Buat malu 'ulama' saja? tu pun jangan! dengar crita bro 'talban' Perak tu senang2 'kafirkan' ahli yang keluar dari PAS? apa nie? PAS tu 'agama' ke? Kah Kah Kah

sumber: FB Abdul Rahman Abdul Talib

Bila segala hujah sudah tidak diterima dan boleh dipatahkan... maka kembali kpd perangai semula jadi... kafirkan orang...

Baca komen bro  al-Husseyn  di blognya bro ! pasai kenyataan ini..menarik untuk direnungkan..antara yg disebut:

Mungkin Norazli tidak sebut sebiji: "jatuh kafir kepada mereka yang keluar dari parti Islam itu" Hadis itu membawa maksud:  ‘Sesiapa yang berpisah atau keluar dari jemaah walau sejengkal, maka sesungguhnya dia telah melepaskan ikatan Islam dari lehernya.' - Melepaskan ikatan Islam dari lehernya itu bermaksud keluar dari Islam atau murtad. Cuma nak tanya Norazli : Jemaah yang dia maksudkan itu jemaah mana kalau bukan jemaah PAS? Tolong katakan, apakah Norazli turut mengiktiraf lain-lain jemaah di Malaysia selain PAS sebagai al-Jamaatul-Muslimin? Sajer nak tanya benda tu saja.. al-Husseyn 
sikit bro..matan hadis yg dimaksudkan ialah :حديث: من فارق الجماعة قيد شبر فقد خلع ربقة الإسلام من عنقه - rujuk di sini -

TITM nie pun satu? dah tau tak gheti buat kerja? buat apa tawar diri bertanding 'Naib Presiden' tempohari? Sekarang dah hang dpt jawatan tu? pi laa buat keroja perkukuhkan pakatan mcm Mat Sabu buat dulunya? tok sahlah dok label dok gelar orang2 yang hangpa tolak tu dgn tolol, jebon, broker, anwarism laa and lain lagi? pi buat kerja? tok sah dok meghosiaq tak tentu arah? ramai dah tak kebuloq dgn PAS laa nie bro ! kalo hangpa nak tau, selagi UGs bersantai dalam PAS tu..panggil laa seru laa geng sendiri macam Mokhtar Senik? Nik Abduh, Nor Azli Taliban, Idris Ahmad, dan nangoi2 UGs yg menang hari tu? turun buat kerja ! dah tiba giliran hangpa laa pula, orang dan ahli nak tengok ? boleh ke tidak hangpa buat keroja? atau gebang jer lebih? Kah Kah Kah

Satu lagi, Badan PAS laa nie bro ! bau UMNO kuat sangat laa..tu pasai Mat Sabu tak mau lagi 'bersenandung' dgn hangpa UGs semua. Kah kah kah.



Comments

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$