Memahami yang tersirat Pasca Muktamar PAS 2015

Ada banyak benda yg tersirat selepas kumpulan progresif dalam PAS kalah total (kecuali Mazlan Aliman) dlm mutamar baru ini bro..anda boleh ari seniri yg tersirat itu...kah kah kah

Pertama..yang tersirat di sebalik 'tempelakan' Khalid Samad vs DAP
Kedua..kenapa senarai ‘chai’, pemilihan borong terpaksa digunakan pada Muktamar lalu?..mari kita berkongsi rahsia dgn Aishah tentang rahsia itu..




Jahat sungguh DAP, kata Khalid Samad

Bekas Ahli Jawatankuasa Pusat PAS, Khalid Samad 'menempelak DAP kerana melantik begitu ramai ahli mengisi jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Dalam tulisan terbaru Khalid dalam blognya, Khalid berkata beliau berharap usul daripada Dewan Ulama PAS yang mahu memutuskan hubungan parti itu dengan DAP dilaksanakan



"Bagi saya, untuk mengotakan semangat di sebalik usul itu dan supaya PAS tidak dituduh tunduk kepada DAP, kemaruk jawatan serta sebagai parti tidak bermaruah, hasrat usul tersebut perlu dilaksanakan.

"Lebih-lebih lagi apabila usul tersebut telah diterima – walaupun tanpa bahas – oleh muktamar PAS.



"Maka biarlah tindakan tegas dan berani meletakkan harapan hanya pada Allah. Berani kerana benar dan yakin Allah bersama pihak yang benar," tulis beliau dalam rencana bertajuk 'Pascamuktamar PAS ke-61 dan pembaharuan yang diidamkan'.

Khalid adalah salah seorang pemimpin kumpulan progresif yang diketepikan oleh perwakilan PAS dalam muktamar tahunan mereka di Kuala Selangor minggu lalu.
( ruj..Imbas kembali pemimpin profesional PAS yang disingkir )

Selain Khalid, antara pemimpin sederhana yang kalah ialah MP Sepang, Hanipa Maidin; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Mohamad Sabu.


After weeks of smear campaigns and bitter infighting, the PAS muktamar which ended on Saturday saw leaders from the so-called “professionals” faction almost wiped out by the ulama class, whose characteristic long robes made a clean sweep of one of the Islamist party’s most controversial elections..tmi


Khalid yang juga MP Shah Alam untuk penggal kedua berkata, tindakan Mohamad meletakkan jawatannya dalam agensi kerajaan negeri di Pulau Pinang adalah tepat kerana ia bersifat lantikan atas kapasiti parti.
"Ramai juga wakil PAS yang dilantik walaupun PAS hanya menang satu kerusi. Dilantik pula oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang hampir kesemuanya DAP.
"Jahat sungguh DAP kerana melantik begitu ramai wakil PAS! Menyulitkan. Ujian dan dugaan..

PAS jangan hipokrit, demi reda Allah tinggalkan Pakatan, kata Hanipa

"Sepertimana Mat Sabu dilantik, dia boleh juga dipecat. Tidak perlu tunggu dipecat. Lebih berprinsip letak jawatan.
"Lebih-lebih lagi apabila PAS yang menyerang DAP dan ingin memutuskan hubungan dengan mereka," katanya..Mkini



*****************



Foto Mkini

'PAS yang dulu bukanlah yang sekarang'


Kumpulan konservatif terus mendapat penolakan daripada bekas 'orang kanan' mereka ketika berusaha mendapatkan sokongan rakyat suatu ketika itu.



Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Dewan Ulamak PAS mula berterus terang kenapa senarai ‘chai’, pemilihan borong terpaksa digunakan pada Muktamar lalu.

Hari ini bekas penyanyi Aishah membuat beberapa catatan di Facebook dengan menyindir golongan berkenaan.

Menggunakan lirik lagu Tegar, Aishah menyinggung kumpulan proulama PAS:

PAS yang dulu bukannya yang sekarang,
dulu PAS for All sekarang PAS for ustaz
dulu dulu dulu dakwah kasih sayang
sekarang dakwah siku lutut

Cita-citaku menjadi hamba mulia
dibimbing oleh orang yang kuat agama
tapi tapi tapi apa dah jadi

jemaah dicaci begini



Pernah menjadi anggota Dewan Muslimat PAS, beliau yang mempunyai nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin juga menyindir sikap pemimpin proulama.


Aishah yang sebelum ini terkenal dengan lagu Janji Manismu juga menulis di Facebooknya, PAS ketika ini tidak lagi membawa pendekatan seperti pernah dikenalinya.

Kata Aishah, parti itu pernah membawa slogan “PAS Untuk Semua" tetapi kini dilihat seolah-olah hanya golongan ustaz sahaja yang berhak berada dalam barisan kepimpinan parti berkenaan.


“Sekarang ini saya terus terang, golongan profesional dominan, dia kuat dan boleh beri fakta-fakta menyebabkan keputusan tak boleh dibuat.”
Ia turut dikongsi bekas penyanyi Wan Aishah Wan Arifin di Facebook.
“Tragic….does this mean that they want to decide without facts??”.
Selepas ini lebih mudahlah untuk membuat keputusan kerana yang mudah angguk dah semakin ramai!!..kredit ekeleh.com


Dalam tulisan lain, Aishah yang pernah bertanding di atas tiket PAS untuk kerusi parlimen Jempol turut menolak pelantikan sebagai anggota Biro Kesenian Kebudayaan dan Rekriasi PAS.

Aishah dengan sinis menulis: "Hai la ustazah nak cari juga jebon-jebon parasit PAS buat apa. Ustazah carilah ustazah yang boleh buat kerja tu, hehe jangan cemari 'kebersihan' pimpinan baru ini, katakan tidak pada pelantikan,” katanya.

Dalam pemilihan Dewan Muslimat PAS lalu, semua penyandang jawatan tertinggi itu gagal mempertahankan jawatan masing-masing dan telah ditewaskan oleh calon yang dikatakan proulama..Mkini











bro..Yang menang adalah mereka yang ada dalam senarai Cai. Yang tentukan senarai dan buat Cai adalah hanya sekumpulan. Dan kumpulan yang buat Cai itu sudah tentu ada ketuanya. Maka sudah tentu ketua itu amat hebat perancangannya.
Mungkinkah dia berjaya dalam misinya menjadikan para pengikut melupakan akal dan hati nurani dalam membuat pemilihan. Atau memang pada hakikatnya majoriti masyarakat kita memang begitu sifatnya hanya mendengar dan taat, tanpa sebarang penilaian data dan fakta.
Apa pendapat anda? apakah hebat inovasi Cai ini ? apakah anda rasa Cai ini satu rekaan hebat yang bakal melonjakkan negara kita ke depan dalam bidang pendidikan, ekonomi, teknologi dan sebagainya... berikan pendapat anda !..
kredit - Warta Shubhi




Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video