PAS ada saingan baru ? - [VIDEO]

Hari ini, ada dua berita penting melakar politik Malaysia..
1. Pak Samad Said, Sasterawan Negara telah SAH menyertai   DAP..dan majlis gilang gemilang itu telah diadakan di Kg. Pasir Tumboh, Kelantan.
 2. PASMA sebuah NGO yg baru ditubuhkan setahun jagung..telah merintis bagi penubuhan sebuah parti baru? yg tentunya akan menjadi saingan kpd PAS yg kurang disenangi ramai sekarang ini'.sama2lah kita menanti pengumuman rasmi samada dlm bulan puasa ini atau selepas aidilfitri nanti.

Kehadiran Pasma di pentas politik Malaysia telah dijangkakan sebelum ini bro ! Ini tentunya membuatkan PAS terkedu dengan berita ini..Kah Kah Kah 




Phahrolrazi (kanan) bercakap kepada wartawan yang mahukan penjelasan lanjut berhubung pengumuman beliau dalam sidang media, sambil diperhatikan timbalannya, Muhammad Husin (dua dari kanan). - Foto TRP/ SM Amin
SHAH ALAM 13 Jun - Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) memulakan gerak kerja untuk menubuhkan satu parti baharu menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang.
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, berkata gerakan itu akan bekerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bekas kepimpinan PAS Pusat yang menyokong perjuangan pembangkang.
Katanya, gerakan terbabit akan bermula secara secara rasmi pada Ramadan sebelum melancarkan parti itu selepas sambutan Aidilfitri nanti.
"Pakatan sudah lama mati dan berikutan itu kita mahu satu parti ditubuhkan untuk membentuk parti pembangkang baru.
"Tujuan parti ini ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," katanya pada sidang media, di sini, petang tadi..Rakyat News



Pahrolrazi Umum Tubuh Parti Baharu
SHAH ALAM: Presiden Persatuan Ummah Malaysia (PasMa), Datuk Pahrolrazi Mohd Zawawi mengumumkan penubuhan sebuah parti politik baharu yang mesra pembangkang.Menurut wakil rakyat PAS dari Kedah itu, parti baharu berkenaan bakal mengamalkan konsep terbuka yang akan menerima penyertaan daripada pelbagai kaum.Tambah Phahrolrazi, perkembangan politik semasa memerlukan sebuah pakatan pembangkang yang baharu antara DAP, PKR serta parti baharu tanpa PAS..klik tajuk atas untuk bacaan lengkap bro !


 Pasma Jadi Parti Politik
Published on Jun 13, 2015Susulan krisis dalam PR, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) mengumumkan membentuk sebuah parti politik.
Presiden Pasma Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata demikian dalam satu majlis di Shah Alam, Selangor, petang tadi..Sinar TV

PasMa rintis penubuhan parti baru – Presiden

SHAH ALAM, 13 Jun:
Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi hari ini mengumumkan, beliau dan badan bukan kerajaan (NGO) itu akan merintis pembentukan sebuah parti baru, bagi memastikan Pakatan Rakyat (PR) terus kukuh dan kekal relevan.

Phahrolrazi berkata, parti baru yang akan ditubuhkan beliau itu, terdiri daripada gabungan NGO mesra PR.

Katanya, idea penubuhan parti baru ini timbul, selepas melihat perkembangan muktamar tahunan PAS baru-baru ini yang menyaksikan parti itu didominasi pemimpin tidak mesra PR.
“PasMa ambil ketetapan, sebuah parti politik baru perlu ditubuhkan.


“Peranan PasMa dalam parti ini adalah mengambil kesinambungan peranan PAS dalam komponen Pakatan Rakyat, iaitu persetujuan yang pernah dibuat bersama, sebelum berlaku krisis dalam pakatan itu.

“Kita mengambil perhatian bahawa sebuah pakatan baru perlu ditubuhkan, dengan suatu persetujuan yang lebih mantap,” katanya dalam sidang media, selepas selesai Majlis Wacana PasMa Nasional bertemakan ‘Ke Arah Mengukuhkan Pakatan Rakyat’, pada Sabtu.



Phahrolrazi bagaimanapun menegaskan, PasMa akan terus kekal wujud sebagai sebuah NGO.
Menurut Phahrolrazi lagi, jawatankuasa penaja parti baru itu akan mengadakan mesyuarat, selepas Hari Raya Aidilfitri pada pertengahan bulan depan.

“Jawatankuasa penaja akan ditubuhkan di peringkat nasional dan negeri, saya jangka selepas hari raya akan buat mesyuarat.

“Satu dua orang yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini, telah hubungi saya dan beri tanda positif.

PasMa kekal sebagai NGO namun akan menjadi perancang utama untuk menyatukan NGO pro PR bagi menubuhkan sebuah parti baru..Free Malaysia Today

“Beri masa kepada mereka, kerana baru lepas alami kekalahan teruk,” katanya sambil memaklumkan, nama parti berkenaan juga akan ditentukan selepas hari raya nanti.

Tambahnya, pembentukan parti baru itu akan memberi pilihan kepada ahli-ahli PAS, sama ada mahu terus bersama parti itu atau berhijrah ke parti baru yang lebih terbuka.


Pengumuman cadangan menubuhkan parti baruoleh Pasma boleh menyebabkan PAS kelamkabut bro !


“Parti baru itu nanti akan lebih terbuka, bagi membolehkan pelbagai kaum menjadi ahli parti.
“Ahli-ahli PAS sudah boleh buat pertimbangan, sama ada bersetuju dengan kepimpinan ulama atau kalau mereka hendak berada dalam parti terbuka dan inklusif, mereka perlu buat pilihan,” katanya.

Beliau turut mengulas respons DAP dan Parti Keadilan Rakyat terhadap cadangan pembentukan PR baru.

Katanya, beberapa rundingan tidak rasmi telah dibuat sebelum ini.

“Selepas ini akan buat secara rasmi, untuk membentuk Pakatan Rakyat baru,” katanya..

SumberThe Rakyat Post





Comments

  1. Sokong 100%. Kita mulakan PR yg baru dan terus maju kehadapan. Pastikan PR terus berjuang menentang umno/bn & membela nasib rakyat. InsyaAllah, kita akan berjaya jika berjuang diatas kebenaran & menegakkan keadilan.

    Abuamir

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO