Muktamar PAS ! Tak ada beza pun Dgn PAU ! [VIDEO]

Orang Pas dgn Umno bukan ada beza sangat pun bro ! yang boleh bezakan hanyalah 'akhlak' mahmudah yg menjadi pakaian penganut2 Pas..kalo akhlak ini pun sama dgn akhlak dan budi umno? tak ada laa bezanya..

Dlm muktamar kali ini, grup profesional sudah tidak dapat 'mendiamkan' lagi watak dan perangai jelik so called pro-ulama tu bro ! hangpa boleh tengok bagaimana Hanipa Maidin selaku AJK Pas Pusat di boo( video) oleh perwakilan yg pro-ulama kononnya..Hanipa dapat jaga akhlak murninya sekali pun di boo begitu..dan 'mengajar' semula etika sebagai manusia...

Hadi gagal mendamai dua pihak yg berbeza pdpt dan hanya mampu membuat gelaran seperti 'barua', 'tolol' dan m'menghalau' depa keluar dari Pas? Ini kelemahan bro! Hadi ternyata gagal jadikan dirinya seorang ketua bergelar 'ulama' tersohor? Ketua kena adil pertimbangannya bro ! kalo berat sebelah? habislah. Baik jngn jadi ketua...Kah Kah Kah

Hadi juga sering belakangkan keputusan mesyuarat seperti mesy. AJK Pas Pusat, keputusan mesy. MSU serta nasihat Maj. Syura Ulama bilamana depa hantar Nasarudin Mat Isa untuk berunding dgn Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan UG di Perak dan Selangor?..nie semua 'khianat' kpd PR bro? nak kata apa lagi? tak gadai perinsip ke macam nie? susah payah kita nak 'nyahkan' Umno dari jadi kerajaan? bila nafas depa umno semput? kita pi tolong urut dada, urut belakang, boh minyak dan segala macam lagi nak bagi dia 'segar', 'sehat' balik? Kah Kah Kah

Segala kezaliman, penindasan, pembaziran, pemborosan, kejahatan dan kebejatan, rasuah dan salahgunakuasa oleh Umno sudah tidak 'menghalang UG lagi dari 'ahlan wasahlan wa marhaban bikum' dengan Umno? UG dah kelabu mata, dah kalabulmalami bro ! 

Kemenangan total UG di muktamar ini amat menyenangkan Umno bro ! Lulus jarum maka luluslah kelendan.






Kena boo,
Hanipa jawab 'I love you'



Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Hanipa Maidin kena "boo" ketika menjawab soalan perwakilan berhubung dakwaan yang mengatakan beliau memberi kenyataan bercanggah dengan presiden parti bagi isu hudud.

Sebelum itu, semasa pembentangan penyata mesyuarat tahunan muktamar kali ke-60, perwakilan dari Segambut bangun dan mempersoalkan tentang kenyataan Hanipa yang sering bercanggah dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah).

Hanipa kena boo, petanda profesional PAS bakal tumbang04 June 2015Tanda-tanda semakin jelas bahawa golongan progresif yang disebut sebagai profesional dalam PAS bakal tumbang pada muktamar ke-61 yang dirasmikan hari ini di Kuala Selangor.
Petang tadi, ketika Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Mohamed Hanipa Maidin yang juga seorang peguam diboo oleh pemerhati parti apabila beliau mempertahankan dirinya berhubung isu hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan..kinitv


Selepas itu, ahli parlimen Sepang itu kemudian bangun untuk menjawab soalan tersebut bagi memastikan semua perwakilan tidak terpengaruh dengan kenyataan perwakilan tadi.

"Saya kena jawab supaya mengundi nanti tidak dalam keadaan masih percaya dengan apa yang tuan bahaskan tadi," kata Hanipa.

Bagaimanapun kenyataan tersebut mendapat reaksi negatif daripada para pemerhati.

Ahmad Awang menyifatkan penyingkiran kem tertentu dalam parti Islam itu bukanlah jalan penyelesaian terbaik untuk meleraikan pertembungan antara golongan yang tidak sealiran."Seakan-akan 'wirid' yang diratib dengan perasaan benci sesama saudara yang pernah berjanji setia untuk hidup dan mati dalam perjuangan," katanya.Berdepan, jujur dan berterus-terang itu ibarat embun pagi yang dingin dan mendamaikan. InsyaAllah, Whatsapp dan Facebook hanya menjadi medan maklumat luar, bukan penentu baik buruk hubungan kekeluargaan jemaah besar ini," katanya sambil memberi jaminan bahawa ahki PAS akan kembali bersatu sekiranya beliau dipilih sebagai presiden dalam muktamar pada 5 Jun ini. – 3 Jun, 2015.


Hanipa kemudian berkata, beliau menyokong pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan.

Namun hanya mempersoalkan mengapa tiada perbincangan dilakukan bersama jawatankuasa Pusat PAS dan Pakatan untuk membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian di Parlimen.

INI FAKTA SEJARAH..Tun Erdogan

"Bukan rang undang-undang ini isunya. Isunya kenapa sebelum kita bawa ke Parlimen tak dibincangkan dalam PAS Pusat. Saya AJK PAS Pusat tak pernah lihat RUU.

"Kami ahli parlimen PAS dan ketua whip pun tiba-tiba sahaja tahu ada RUU dalam Parlimen dan Pakatan pun tidak diberitahu.

"Itu persoalannya, bukan pertikai rang undang-undang persendirian itu.



Pilih pimpinan bkn atas faktor kredibiliti tapi tunduk atas kehendak pihak tertentu..Tun Erdogan

"Adakah salah untuk memberi teguran dan kemudian kata 'oh ini tidak walak'. Saya rasa ini tidak betul," kata Hanipa.

'Inilah hasil tarbiahnya'

Kemudian timbalan pengerusi tetap Hussin Ismail menegur Hanipa supaya fokus kepada soalan yang diajukan oleh perwakilan.

"Saya minta fokus pada soalan", kata Hussin.

Selepas teguran itu, Hanipa kemudiannya dilontarkan laungan "boo" oleh perwakilan dan pemerhati.

Do you understand?

Ekoran kejadian itu, Hanipa berkata beliau tidak terasa dengan tindakan itu malah telah biasa dengan perkara tersebut semasa di Parlimen.

Malah, beliau dengan sinis mengatakan "I love you" kepada pihak yang "mengejek" beliau apabila di "boo" sekali lagi.

"Inilah tarbiah yang dihasilkan. Menghasilkan benda macam ini.

"Saya tak ada masalah, dalam Parlimen perangai BN pun macam ini. Saya tak ada masalah. Saya dah biasa.

"Saya tak akan terasa. Tak ada masalah, jangan takut. I love you," kata Hanipa sinis.

Selepas itu, Hanipa meminta supaya perwakilan dari Segambut menunjukkan bukti berhubung dakwaan yang mengatakan kenyataannya bercanggah supaya ia dapat dijawab.

kredit Fb- Tun Erdogan
Yg ni pulak.. apahal smgt benor mamat UMNO nih meroyan?


Hanipa turut memberi jaminan bahawa sekiranya rang undang-undang persendirian hudud dibentangkan di dalam Parlimen, beliau akan mempertahankan perkara tersebut.

"Kalau ada kenyataan bercanggah dalam isu hudud, tolong jelaskan bukti. Insya-Allah saya akan jawab. Sebab tuan tak cakap di mana (kenyataan itu), saya tak dapat jawab.

"Saya bagi jaminan kalau sekiranya rang undang-undang persendirian di bawa ke Parlimen dan tiba pada hari perbahasan, saudara akan lihat bagaimana saya berbahasa nanti,” katanya..Mkini


akhirkalam
Budak ni takyah cakaplah dia punya 'degil'. Abih ngaji Law di UIAM terus full-time dgn PAS. Dia nia mmg honest dgn dirinya. Kalo tak setuju, dia akan cakap. Dia akan kritik sapa saja jika dilihat tak betul.
Si degil ni salah sorang 'taiko' MP Pakatan yg bikin MP BN panas di Dewan Rakyat dgn hujahnya..
#SaluteHanipa


Yg ni pun boleh tahan'degil' juga. Kepala DEMO. Kalo sapa tak kenai dia nih, tobat mmg tak tahu dia ni Doktor Pakar sbb orangnya simple dan humble. Resign 24 jam utk full-time dgn PAS. Mmg degil. Almarhum UFN melantiknya sbg Setpol Ketua Pembangkang.
Lokap dah jd tempat rehat keduanya..
#SaluteDrHatta


Ahahhh... yg ni pulak orang tua 'degil'. Kepala DEMO. Cukup masak dgn tipu-helah UMNO. Kena tuduh macam2. UMNO cukup benci betul dgn dia ni sampai ke tahap memfitnahnya 'BAPAK KOMUNIS'. Akhirnya UMNO terperangkap.
Lokap dan mahkamah dah jadi kediaman rasmi kedua baginya...
#SaluteAbgMat


Punyalah 'degil' org tua ni semua org tahu. Mula bertanding calon PAS 1985 d Klntn. Jurutera di Petronas. Sanggup berhenti krn diminta jd calon. Lepas kalah cari kerja lain. Lepah tu berenti lg krn parti suruh bertanding. Kalah p'raya entah bape kali tp tak serik2.
UMNO cukup benci dgn dia ni. Pelbagai tuduhan & fitnah dilemparkan padanya tp dia cool sbb yakin apa yg dilakukannya adalah benar. Sanggup berdebat dgn sapa saja demi kebenaran.
Kena tangkap tu biasa baginya. Pernah ditahan ISA dlm Operasi Lalang bersama Mat Sabu, Mahfuz, LKS, LGE, Karpal Singh dll..#SaluteKhalid


Ni sorang lagi budak paling 'degil'. Bkn skrg tapi sejak di sekolah rendah lagi. Masa darjah 4, pernah dilawan gurunya dgn hujah bila gurunya mempersendakan PAS.
Dipecat sebagai Pensyarah UTM kerana memegang jawatan Bendahari Pemuda PAS Johor tapi budak degil ni tak kisah sbb darah PAS dah mengalir di arterinya sejak sekolah rendah lagi. Mmg degil.
Pernah berniaga dan maju tapi dijual semua perniaga dan maju tapi dijual semua perniagaannya krn mahu tumpukan sepenuh masa kepada parti selepas memegang jawatan KP M'sia.
Ditahan Polis tu biasa dah...#SaluteSuhaizan

Nah... ni pun orang tua 'paling degil' juga. Lebih kurang mcm Anwar la. Lps jd MB Perak, baru meletop nama si degil nih. Org Perak tau la mcmana simple dan humble org tua ni. Engineer ohhh. Bkn koman2 beb. Fasih English, Arab & Mandarin.
Almarhum TGNA mmg sayang si degil ni. Kata Tok Guru "Ini yg kita mahu. Serba-boleh. Boleh bg kuliah, khutbah. Pandai banyak bahasa lg".
Semua kaum respect kat org tua ni. Pasai pngorbanan dlm perjuangan tak perlu dipersoal lg. Sapa kenai si degil ni tau la..
#SaluteNizar


Ni pun boleh tahan 'degil'. Ilmu dunia ada, akhirat ada. Pun fasih bnyk bahasa mcm Nizar juga. Pemikirannya jauh ke depan. Hujahnya intelek dan rasional. Berminda tajdid.
Si degil ni rajin bertemu ketua2 agama khususnya Kristian utk berdialog & menjelaskan kebaikan serta keadilan Islam.
Tak peduli apa org kata ke dia krn dia yakin benar. Orang degil mmg camtu. Dihormati semua pihak. Beruntung PAS punya tokoh degil ni..#SaluteDrMujahid


Kata bual dari Tun ErdoganTak pasai2 smlm orang call tanya "Tun, nape Hj Hadi jd lagu ni skrg?". Aku jawab sempoi jer "Yg ada hari ni bkn Hj Hadi tapi CLONE dia".
Faham2 jer la kalo barang CLONE ni mana sama quality ngan ORIGINAL. Ya tak?..Kah Kah Kah




De time has come bro !



Sumber lain - Fesbuk Tun Erdogan

























Comments

  1. pada hamba kehancuran pas punca dr hadi.

    kesalahan hadi adalah kerana menykong iran dan syiah yg menzalimi umat islam syria

    dulu kita tk kenal kejahatan syiah tp sekarang kita dh kenal syiah tp hadi masih 'org tua degil'
    sokong iran syiah hezbosyaitan yg jelas terang membunuh ribuan2 umat islam dgn kejam.

    hadi tetap dgn pendirian dangkalnya megatakan pejuang islam syria adalah agen amerika, iran
    yg betul.

    cenderung hati kpd puak paling zalim terhadap umat islam terbaik di syria, sudah tentu ia sesuatu
    yg bathil dan fasik. dan bakal menerima balasan Allah.

    lihatlah apa yg jadi sekarang.. mungkin inilah balasan sementara Allah di dunia

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO