Sentuhan Ramadhan - [video]

Tinggal sehari dua lagi bro..kita akan menyambut kedatangan bulan yang mulia, yang dinantikan oleh segenap muslimin di serata pelusuk alam ini..Selamat Datang Ramadhan ! Kami rindukan sentuhan mu ya Ramadhan..untuk kami beribadat dan mengenali diri..moga Ramadan ini kita dapat tingkatkan kualiti ibadah sepanjang Ramadan Insya' Allah.


Ahlan Ya Ramadhan ! Selamat Datang Ramadan !Di bulan Ramadan ! Bersedialah disiplinkan diri kita semua)

شهر رمضان، موسم حلقات الذكر والعلم بالمغرب
Bulan Ramadhan di Maghribi - Musim Halaqat dengan berzikir, pengajian dan membaca al-Quran


Bulan Ramadan - meliputi makna yang banyak bro !
Di bawah ini huruf2 bagi kalimah Ramadan menunjukan :

ر     - Rahmat
م      - Maghfirah (keampunan)   
ض   - Jaminan Syurga (bagi yg bepuasa dgn ikhlas)
ا       - Aman dari ancaman Neraka

ن      - Memperoleh Nur daripada Allah Yang Maha Gagah                lagi Maha Pengampun.

Semoga  kita mendapat rahmat, maghfirah serta keampunan dari Allah..juga ikhlas dlm mengerjakan puasa untuk menjamin syurga yang dijanjikan dan yg utama ialah terhindar dari api neraka dgn memperolehi nur drpd Allah..Amin


Ayat perintah wajibnya berpuasa.
Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu maka hendaklah ia berpuasa - ayat 185/6 dari Surah Al-Baqarah




myschool.co.il
مضان حول العالم (روسيا) -  
Ramadan di seluruh dunia (Rusia) Dua orang wanita Rusia sedang menyediakan juadah berbuka mereka..



Mafhum Sabda Rasulullah s.a.w
" Barang siapa yg lupa bahawa dia berpuasa
lalu dia makan atau minum - maka hendaklah
dia sempurnakan puasanya. Sungguhnya Allah
memberi dia rezki makan dan minumnya - 
Hadis Muttafaq 'Alaih


رمضان حل ديارنا فستبشرو يامسلمون ترحيب برمضان ‫‬
Selamat datang Ramdan..Ramadan kunjungi kita...Bergembiralah wahai Muslimin sekalian..

Video
رمضان حل ديارنا فستبشرو يامسلمون ترحيب برمضان







RAMADHAN - Bulan Pengampunan
Mafhum Sabda Rasulullah s.a.w.." Bacalah Al-Quran sesungguhnya al-Quran itu akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kpd pembacanya" HR Ahmad dalam Musnadnya.

"



norelhedaya.blogspot.com
Apakah hukum menyejukan badan (mandi umpamanya)
bagi orang yang berpuasa?
Harus bagi orang berpuasa menyejukan badan, tidak menjadi
satu kesalahan (tidak apa2) kerana Rasulullah s.a.w menuangkan air atas kepala Baginda kerana panas yang bersangatan atau kerana dahaga sedangkan Baginda s.a.w berpuasa, Dan adalah Ibn Umar membasahkan 
pakaiannya bagi mengurangkan panas yg bersangatan, atau dahaga, dan membasahkan yg demikian itu tidak meninggalkan kesan, kerana ianya bukanlah air yang sampai ke dalam perut.
As-Shiekh Muhammad  Bin Salleh al-'Aasimin



أجواء رمضان في تركيا
Suasana Ramadhan di Turki Kanak2 Islam Turki sedangMenunggu untuk berbuka


Membeli juadah berbuka di Morocco

Ini sambutan datangnya Ramadhan di luar negaraBukan sambutan 1 Syawal bro


Ini pemandangan di Gaza bro
Beginilah smbutan bila bermulanya Ramadhan di Palestine
Lelaki urus kerja depa - wanita (isteri) di rumah sediakan keperluan makan minum untuk berbuka - kaum wanita kami bukan saja mahukan pahala Ramadan dgn sediakan makanan .Masa seolah begitu cepat berlalu..kami membaca al-Quran dan mahu menghantar makanan kpd jiran2 kami.Ramadhan adalah bulan 'khair' penuh kebaikan dan penuh kemuliaan dan bulan untuk bersedaqah dan menolong mereka yg berhajat kpd bantuan - 



Sambutan datangnya Ramadhan di Damsyik.
Di permulaan Ramadhan - kota2 besar dan ibu negara Islam di dunia menyambut kedatangan Ramadhan dengan begitu teruja sekali bro ! umpamanya di Damsyik, di awal Ramadhan cukup unik dan berbeza sambutannya - ianya merupakan tradisi turun temurun negara2 Arab dan Islam, manusia kelihatan begitu 'hidup'.di bulan Ramadhan yg berkat ini.
Bagaimana kita pula?awalnya mesjid begitu ramai, melimpah ruahdan kadang kena tambah khemah di luar mesjid..bila masuk dua minggu? mesjid kian susut denganjemaah bro..Supermarket dan Pasar Ramadhan pula yg ramai..



www.skynewsarabia.com
umat Islam di China menunggu untuk solat maghribselepas makan beberapa biji kurma ...
Ramadan di ChinaAnggaran berbeza-beza kepada bilangan umat Islam di China, kerana statistik rasmi mengatakan bahawa jumlah itu tidak melebihi 24 juta, manakala laporan lain mengesahkan bahawa bilangan mereka hampir 135 juta, dan mereka masih mengekalkan identiti mereka walaupun mereka terdedah kepada berbagai halangan untuk berpuasa.


elbadil.com
الصين تمنع المسلمين من صوم رمضانUmat Islam Di China di larang, ditegah dari berpuasadi sana bro ! tetapi mereka tetap laksanakan puasa seperti biasa khususnya pada bulan Ramadhan dan arahan kerajaan China itu mendapat kecaman penduduk Islam di Xianjiang dan masyarakat serta negara Islam lain.Kelihatan umat Islam China menunggu untuk iftar di salah sebuah mesjid di Xinjiang.



trateelalmatar.halamuntada.com/
penduduk di Damsyik bro ! menggamit adat lama mereka yg bertalian dengan Ramadan iniyg pernah dilakukan oleh datuk nenek mereka - sambil menceritakan hikayat keturunan, kasih sayang dan pertalian agama serta akhlak dan kehidupan dalam masa Ramadan silam.
Ini adalah adat di Suriah (Syria) sejak masuknya Islam ke sana dan sejak pembukaan  yg melihat Islam tersebar dgn cepat di bumi Sham - Adat ini jadi ikutan masyarakat Suriah ini mulanya, diikuti oleh orang2 kurdi, turki dan bangsa2 lain di sekitar dlm rupa berpakaian, tempat tinggal dan adat2 lain yg mempengaruhi adat dan budaya mereka kemundiannya..


Pada 10 terakhir Ramadanmesjid dipenuhi oleh para jemaah yang melimpah ruah hingga ke luar mesjid -berbeza dgn kita di sini? mesjid kian lenggang kerana kita sibuk menyediakan persiapan hari raya..pemandangan di sebuah mesjid di Pakistan !para jamaah begitu tekum menghidupkan sepuluh malam terakhir Ramadan, keran Lailatul Qadar terdapat pada malam2 ganjil tersebut.

Jemaah dan pekerja di sebuah mesjid di Pakistansedang menyediakan makanan untuk bersahur - mesjiddi sana dimeriahkan dgn tadarus dan musabaqah al-Qurandan hadiah2 menarik disediakan oleh jemaah setempat bagimenghidupkan Ramadan yg penuh barakah itu.
Mesjid mereka penuh dgn jamaah sepanjang bulan Ramadan..banyak sangat bezanya dgn cara kita sambut Ramadan bro !

Juadah berbuka di sebuah mesjid di Pakistan

Di separuh Ramadan, kebanyakan orang2 Saudi memakai pakaian ihram untuk menunaikan umrah,manakala pada 10 hari terakhir Ramadan, sebahagian besar mereka beriktikaf di Mesjid Nabawi dan Masjidil Haram.
Selepas salat tarawikh, bermulalah mereka mengerjakan salat tahajud di seluruh mesjid2 di Saudi, dgn bersalat 10 rakaat dan membaca  membaca sekurangnya 3 juzuk al-Quran setiap hari - dan salat ini berlangsung separuh malam atau seumpamanya di bulan Ramadan.

Pandangan di Suriah (Syria)Berbuka puasa di lorong2 sempit

Hidangan berbuka di Palestine


persediaan makanan untuk bersahur di Jordan !biasanya mereka memulakan hari baru dgn mendirikan salat malam (Qiyamulail) hingga sebelum fajar sebelum menikmati hidangan sahur ini.
اللهم بشرنا رمضان اللهم اجعلنا من المغفور لهم في رمضان نحن وجميع المسلمين يارب العالمين هذه اجواء رمضان في الأردن ..


Menjual gula-gula, sirap, dadih,lemon dan di sebatang jalan di Jordan


aqlyat.com
Pandangan di ruang lapang di sebuahmesjid di China sewaktu Ramadhan..Berpuasa di China adalah di tegah bro !Umat Islam Uighur mengecam larangan ini 

Wanita Islam Hui menghadiri solat hari raya bersama anak nya di sebuah mesjid di China.



www.thqafawe3lom.com
رمضان حول العالم ....إندونيسيا.. الجلد للمفطرين بإقليم آتشيه
Ramadan seluruh dunia
Suasana semasa ifthar Ramadan di Aceh, Indonesia





arabic.china.org.cn
مسلمات صينيات في شهر رمضان Wanita Islam China di bulan RamadhanKelihatan mereka bertadarus Al-Quran..di masjid di bandar Wuzhong di Ningxia Autonomi Wilayah Hui. 


daleelalmasjed.com
Berdoa sebelum berbuka
seorang kanak2 di Aceh sedang berdoa
sambil melihat seorang jamaah menyediakan 
juadah berbuka pada Ramadan yang lepas....





akhirkalam

seorang lelaki acheh, indonesiameluang masa membaca buku di Mesjid Ar-Rahman di Banda Acehdi bulan Ramadhan yang lepas...


Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]