Dah minta sangat? orang pecatlah nanti merajuk pula ?

aku ada satu cerita lama bro..
sorang kawan aku tu bergaduh dgn bini dia,
laki bini tu sepupu..kahwin sepupu laa bro !
masa depa gaduh tu, laki dia acah jer nak boh penampaq?
tapi yg si bini tu, asyik dok suruh penampaq berkali2 sampai
sua mukanya kat si laki tu...last sekali, si laki pun hayun la penampaq se das bro ! bukan berdas-das, sekali saja.

masa bersemuka dgn tok kadhi,...tok kadhi tanya?
apasal hang tampaq bini hang bro?
laki dia jawab - cer tuan pikiaq, saya tak mau penampaq dia,
tapi bila asyik dok sua muka suruh penampaq..saya bagi laa sekali..kalo tak kasi, nanti dia merajuk pula, pasai dok minta sangat ! 
Tok Kadhi kata, hangpa pi balik laa...kah kah kah

Begitulah bro..Bila PAS mencabar suruh DAP pecat ahli PAS yang memegang jawatan dalam Kerajaan Negeri P.Pinang? maka DAP pun pecatlah Pegawai Penerangan gred S41 dalam kerajaan negeri dan diberhentikan kerja, berkuatkuasa Jumaat lepas..kalo tidak tak pepasai PAS nanti merajuk pula..payah nak pujuk puak nie, kalo dah merajuk tu..macam tempe basi jer...kah kah kah






Semalam, Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan mendesak kepimpinan baharu PAS untuk mengarahkan wakil- wakilnya untuk mengundur diri. 

Beliau berkata adalah tidak logik kepimpinan baharu PAS masih cuba berbelit-belit yang mereka masih membincangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP, bila usul itu "diterima" tanpa bahas dan "bukan dirujuk" oleh Muktamar PAS. 

Lim berkata tiga wakil PAS dalam kerajaan PAS, iaitu Mohamad Sabu, Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan Ustaz Rosidi Hussain meletakkan semua jawatan mereka dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. 


Kemelut DAP-PAS berlaku selepas Dewan Ulama PAS sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan PAS ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam pakatan pembangkang. – Bernama


'Lebih senang, cepat 
LGE sendiri pecat ahli PAS'

Dewan Ulama PAS Selangor mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memecat ahli PAS yang memegang jawatan dalam kerajaan di negeri itu.

"Sekiranya DAP benar-benar ingin melihat PAS tiada dalam kerajaan Pulau Pinang, lebih senang, cepat dan lebih profesional Lim Guan Eng sendiri sebagai ketua menteri memecat semua ahli PAS dalam jawatan lantikan kerajaan," kata setiausaha Dewan Ulama Selangor, Muhammad Najhan Halim.

Mengenai tuntutan Lim supaya ahli PAS meletak jawatan mereka, Muhammad Najhan berkata apakah ketua menteri itu lupa bahawa kerajaan Pulau Pinang dimenangi secara bersama dalam Pakatan Rakyat dan kerajaan itu adalah kerajaan bersama.


"Jangan bertindak seperti Umno-BN yang tidak mampu membezakan antara kerajaan dan parti politik," katanya dalam satu kenyataan malam tadi..teruskan baca di www.malaysiakini.com



Apasal mamat nie dok meghoyan?
Tak faham bahasa ke?


Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata PAS berpegang kepada 'roh' keputusan muktamar minggu lalu untuk menyerahkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa pusat PAS mengkaji hubungan PAS dengan DAP.

Menurutnya lagi, keputusan DAP mengumumkan Pakatan Rakyat tidak lagi wujud, selepas menerima keputusan muktamar yang meluluskan usul memutuskan hubungan dengan PAS, adalah pandangan DAP.


"Kita berpegang kepada 'roh' keputusan muktamar untuk menyerahkan kepada AJK PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama untuk mengkaji hubungan PAS dengan DAP..bacaPakatan bubar 'pandangan DAP', kata PAS


yang buat usul tu hape bro?
usul yg tak mau dibahas tu? kan ke dah muktamad?
nak belit kok mana lagi? nak pusing sampai putus
jarum jam ke? putus laa tu?
'roh' keputusan pula dahh ? apa nie bro?
nak 'roh' mai kok mana? satu dewan muktamar tu sikit
punya banyak 'roh' ke? kah kah kah

dulu bukan main sedap kata boleh berjuang sendiri saja? 'home alone'? Laa nie awat? kata hangpa ada siku laa ada lutut laa? awat tak guna? hangpa puak ulama UG juga yg kata, DAP tu kami tak heran..kecik saja maa..nak jentik laa? semua ada kat hangpa yg cirit mulut tu? 
Telajak perahu boleh undur bro?
Terlajak USUL? baru naik 'BISUL', baru hangpa tahu? Krosotttt laa jawabnya.
tu yang hangpa puak UG dok meghoyan, kelupoq tak habih2 lagi?

Kah Kah Kah


Korang jgn kutuk2 ehhh... tapi kalo tak tahan... lantak hangpa laa... PAS la ni bkn lg Parti Islam tapi Parti Selam..fb Tun Erdogan

Cer banding dgn 'yang terbuang' nih !Mat Sabu masih 'power' n 'terbilang' bro.
I call my 'asset' in Kota Bharu to verify these photo. Ceramah PR last night. He said "Ramai dtg bro walau hujan tak berganjak. Bisa & aura Abg Mat makin power"..fb Tun Erdogan

foto2 masa ceramah Mat Sabu(atas)di Kota Bharu malam baru lepas bro !




Untuk yg rajin membaca...

DARI “ROLLBACK” KE “CONTAINMENT”: SATU ANALISIS STRATEGIK PAS PASCA MUKTAMAR
Oleh

Minda Jentayu...Continue Reading


Bahaya indoktrinasi dan 'asobiyyah dlm berjamaah
KRONOLOGI PERLANGGARAN JANJI TAHALUF SIYASI OLEH PAS

Oleh Sayuti Bashiron...Continue Reading


akhir kalamKalam Mat Sabu
Komander Abu Suffian
Arul perut boroi makan kuat...tp kerja rajin!!
Ulama jubah laboh..serban besaq..tp kerja 

Penyengan!! ..Ibrahim Reformist



Comments

Popular posts from this blog

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO