Macam 'Ethnic Cleansing' kat pemimpin profesional PAS saja - Mat Sabu [VIDEO]

Aku tak pernah tengok Mat Sabu punya marah dan kesal dgn 'lakonan' pemilihan di muktamar PAS ke 61 lepas bro !
sampai tara nie punya bara daaa ? Kah Kah Kah
awat tak macam tu bro? MS dan kumpulannya yg tewas tu nampak macam mereka di 'HALAU' diperambat keluar dari barisan kepimpinan tu..sudah macam tak 'berguna' lagi bagi kumpulan 'ulama' yg mendominasi kepimpinan utama PAS sekarang ini? 

Malaysia akan menyaksikan muafakat politik baharu tidak lama lagi selepas 18 pemimpin PAS yang disingkirkan dalam muktamar baru-baru ini melancarkan perhimpunan pertama mereka di Muar, Johor malam tadi. 

Politik pembangkang kian menarik bro ! kita tunggu dan lihat kerana dgn perkembangan ini..PR yg sudah 'berkubur' itu menghendaki satu 'platform' baru dlm menuju Putrajaya dan menolak total regim UBN pada PRU akan datang..




"Kita belum fikir parti baharu lagi, kita akan lihat sokongan rakyat dahulu kepada beberapa pilihan yang kita ada, sama ada parti baharu, kekal dalam parti lama, NGO atau sertai parti politik yang ada," kata Mat Sabu,  tidak mahu mengikat hala tuju perjuangan mereka. 
Selepas Muar, mereka akan bergerak ke seluruh negara, Temerloh, Pahang akan menjadi destinasi kedua mereka pada 26 Jun ini..tmi 


MAT SABU TINJAU SOKONGAN TUBUH PARTI BAHARU [17 JUN 2015]
Published on Jun 16, 2015Selain berdepan konflik kepincangan "Pakatan Pembangkang"...kemelut kepimpinan dalaman PAS juga makin memuncak. 
Terbaharu, Bekas Timbalan Presiden PAS - Mat Sabu, tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan parti baru, bersama beberapa bekas ahli jawatankuasa parti itu..beritanasionalrtm rasmi 



Mat Sabu: 
Seperti ada 'pembersihan etnik' PAS
Pemimpin PAS yang dilihat mewakili kumpulan progresif yang tumbang dalam pemilihan parti diraikan di Muar, Johor, malam semalam. Beberapa antara mereka dilihat setuju dengan desakan supaya parti baharu ditubuhkan bagi meneruskan kerjasama dengan DAP dan PKR. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 Jun, 2015

Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata masa depan politiknya masih belum jelas selepas berasa “dihalau” dalam muktamar ke-61 di Kuala Selangor minggu lalu.

Katanya, keadaan di muktamar itu seperti “pembersihan etnik' pemimpin profesional dan pro-Pakatan Rakyat yang bertanding dalam pemilihan jawatan pusat PAS.

Mohamad dan kumpulannya kalah teruk dalam pemilihan setiap dua tahun itu kepada kumpulan proulama yang mendukung kepimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

PERJUANGAN BARU BERMULA”
Tuan Haji Mohamad Sabu bekas Timbalan Presiden PAS, diramalkan bakal mengetuai sebuah parti baru bagi menggantikan PAS dalam kerangka Pakatan Rakyat yang baru apabila DAP telah mengishtiyarkan bahawa Pakatan Rakyat telah terbubar berikutan PAS telah meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar PAS ke 61 diKuala Selangor minggu lalu..
See More


Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata akan membuat keputusan berhubung masa depannya dalam PAS selepas hari raya Aidilfitri pada pertengahan Julai nanti.

Beliau akan mendapatkan pandangan penyokong dan akar umbi PAS terlebih dahulu sepanjang Ramadan ini, yang bermula esok, sebelum membuat sebarang keputusan.

"Musuh aku umno"~ Mat Sabu
Sekarang Abg Mad tambah pula
"Musuh aku umno & yg mesra umno hangpa paham tak nihh".. 
Kameel Abuya

Mohamad juga berkata perbincangan akan mengambil kira bagaimana kumpulan profesional dapat menyumbang sesuatu untuk perubahan, dan ia termasuk kemungkinan membentuk parti baru.

Mat Sabu berkata beliau mempunyai tiga pilihan, iaitu terus bersama PAS sebagai anggota biasa, bergiat aktif melalui NGO atau mempertimbangkan partu baru yang selari dengan semangat Pakatan Rakyat.



“Saya kalah beberapa kali dalam pemilihan sebelum ini. Saya hanya berjaya menang jawatan timbalan presiden selepas dua kali cubaan.

“Tetapi walaupun saya kalah sebelum ini, saya terus aktif dalam PAS kerana memang atau kalah itu perkara biasa.


“Bagaimanapun kali ini saya rasa keputusan pilihan raya parti agak pelik,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di Butterworth.

“Banyak yang menang dan terpilih ke jawatankuasa pusat hanya mereka yang aktif di peringkat daerah atau negeri, biasanya pihak yang menang popular di peringkat kebangsaan.

“Malah saya sendiri tak kenal siapa mereka dalam barisan kepimpinan baru ini,” katanya..MkiniMat Sabu: Seperti ada 'pembersihan etnik' PAS




Berita susulan
Adun PAS Selangor gesa kukuhkan Pakatan Rakyat 


Pertemuan Ahli-Ahli Dewan Negeri PAS dari Selangor hari ini menggesa agar usaha-usaha dilakukan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat. Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata ia selaras dengan ucapan dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 lalu yang menegaskan bahawa PAS komited terhadap Pakatan Rakyat..Harakah Daily 

Baru kecut bro ! baru nak gesa kukuhkan PR? dah hancoq berkecai angkara kapla seniri? mau kukuh balik? sapa yang nak sudi tu? satu lagi? apasal kalut sangat? sendiri pasang jerat? sendiri mau masuk ke bro! kah kah kah


Ustaz Ahmad Awang Supporters
“PERJUANGAN BARU BERMULA”Himpunan para pemimpin PAS yang pernah berjuang di saf pimpinan di persada perjuangan..

Tuan Haji Mohamad Sabu bekas Timbalan Presiden PAS, diramalkan bakal mengetuai sebuah parti baru bagi menggantikan PAS dalam kerangka Pakatan Rakyat yang baru apabila DAP telah mengishtiyarkan bahawa Pakatan Rakyat telah terbubar berikutan PAS telah meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar PAS ke 61 diKuala Selangor minggu lalu.


FB - Farouq Al-baloque
Bercakap dalam nada sama, bekas timbalan presiden Mohamad Sabu (gambar) membayangkan gabungan baharu politik akan bermula tidak lama lagi.
Menurutnya, gelombang baharu itu akan bermula dari program mereka yang akan menyaksikan satu lagi program seumpamnya berlangsung di Pahang pada 26 Jun depan.
"Saya yakin muafakat politik kali ini, dia akan bermula di selatan, dia akan naik ke utara. Johor menjadi tapak bermulanya perjuangan era baharu di Malaysia ini," katanya disambut sorakan "Bila mahu bagi borang" dari sebahagian hadirin..tmi


Sampai masanya PAS baharu, nama tak tahu lagi, parti yang baharu yang akan memberikan wadah yang baharu buat rakyat Malaysia bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR) yang ada hari ini," kata bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin di hadapan ribuan hadirin seluruh negara yang hadir.


"Kita amat yakin dengan sokongan rakyat yang bangun membuak-buak berkehendak wadah baharu yang dipimpin daripada gerakan baru. (Marilah) bersama kami yang sedar bahawa PAS perlu naik ke satu tahap yang lebih tinggi untuk menyelamatkan negara ini daripada ajaran sesat Umno-Barisan Nasional (BN)..tmi


Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli (gambar, kanan) pula mengiyakan sorakan orang ramai yang melaung "parti baru" sewaktu beliau berucap.

"Kalau bukan kerana rakyat kita tak akan ke mana-mana.

"Dengan suara yang ramai dari rakyat, sudah bermacam-macam bunyi kita dengar tadi, apa tadi contohnya?

"(Dijawab hadirin: Parti baru!). Lebih kurang begitulah ya.


"Kita akan melangkah ke depan, kerana pembinaan negara tak akan berhenti hanya kerana kami tidak lagi dalam jawatankuasa pusat," katanya..tmi






A pact no more... The Pakatan Rakyat coalition of three major federal opposition parties, seen here at a meeting last February, is officially dead according to reports as PKR concurs with DAP's declaration made yesterday by Penang Chief Minister Lim Guan Eng (seated, extreme right). The Malaysian Insider pic, June 17, 2015. 
-
Salah seorang penyokong PAS memerhatikan menerusi tingkap majlis Jasa Mu Dikenang di Muar, Johor semalam bagi meraikan pemimpin parti yang tewas pada muktamar baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 Jun, 2015.

Bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu (tengah) bersama-sama pemimpin PAS lain yang tumbang dalam pemilihan parti, pada majlis Malam Jasamu DiKenang di Muar, malam semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 Jun, 2015.

Malaysia akan menyaksikan muafakat politik baharu tidak lama lagi selepas 18 pemimpin PAS yang disingkirkan dalam muktamar baru-baru ini melancarkan perhimpunan pertama mereka di Muar, Johor malam tadi...tmi 


RIP !
Kah Kah Kah




Comments

Popular posts from this blog

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO