Kasiannnnnnn ! Rahsia Usul putus hubungan dgn DAP Tak Dibahas terbongkar sudah !

Macam2 hal berlaku selepas PAS melalui muktamarnya baru ini membuat usul melalui Dewan Ulama, memutuskan hubungan dgn DAP tanpa bahas..
Di sinilah dilihat hingga sekarang pemimpin pro ulama sedang mengejas sesuatu, membetulkan serba tak kena bila DAP meminta mereka meletak segala jawatan dlm Kerajaan DAP P.Pinang.
Sandiwara dalam PAS terus dimainkan..hingga rahsia kenapa tidak dibahas pun usul tersebur dah terbongkar ! 

Kasiannnn .. cakap pun dah melilau, meraban- Kah kah kah




Jangan salahkan Dewan Ulama: Dr Mahfodz
SHAH ALAM - Dewan Ulama Pas tidak seharusnya dipersalahkan kerana mencadangkan usul memutuskan hubungan dengan DAP yang telah dilulus tanpa dibahaskan dalam muktamar tahunan parti itu minggu lalu.
Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, sebaliknya muktamar yang perlu dipertanggungjawabkan kerana bersetuju menerima usul itu tanpa melalui sesi perbahasan.
“Kalau boleh, memang Dewan Ulama mahu usul itu dibahaskan supaya kita boleh dapat pandangan dan bincang tentang kesan kepada parti jika usul itu dilaksanakan.
“Tetapi, apabila muktamar buat keputusan lulus tanpa bahas, kita terpaksa terima walaupun terkilan. Jadi, sekarang, harap Dewan Ulama tidak dipersalahkan kerana ia sudah jadi tanggungjawab muktamar,” katanya..Sinar Harian


Tu laa orang kata, sebab pulut santan binasa..pasai mulut cirit sangat..tanggung laa seniri..apa punya turr laa? Dewan Ulama PAS yg lulus tanpa bahas? dok meghetuih apa lagi bro? habih salah siapa daa? boleh jadi yg nie kot? Kah Kah Kah



Mahfuz Omar dah buka rahsia bro !
KUALA LUMPUR - Keputusan untuk meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bekas pengerusi jawatankuasa usul muktamar Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, Abdul Hadi telah mengarahkannya untuk berbuat demikian dalam mesyuarat pada hari kedua muktamar, minggu lalu.
Katanya, selain Abdul Hadi, mesyuarat itu turut dihadiri Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan bekas Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.
"Asalnya usul yang dibawa Dewan Ulama itu memang untuk dibahas. Tetapi pada hari kedua muktamar, presiden dan mursyidul am, timbalan presiden yang baharu, timbalan presiden yang lama dan setiausaha agung panggil saya dan meminta usul itu dijadikan usul tanpa bahas.
"Dalam mesyuarat itu, saya telah sebutkan mengenai implikasi sekiranya usul itu dibahas atau tidak dibahas. Tetapi semuanya mahu usul itu dilulus tanpa dibahas, jadi saya ikut arahan saja," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini..Sinar Harian

Kalo lagu nie laa cara PAS mengolah segala keputusan di Muktamar? nak kata apa lagi kat puak2 UG nie bro? Tak kan Mahfuz nak bohong? Jadi yang Dr Mahfodz Mohamed dok melilau dok ejas kat atas tu? tak malu ke? tu agaknya PAS dan Ug dok melilau sakan bro? Kah Kah Kah

sila baca Sumber lain



Comments

  1. Maaf la saudara Mahfoz Omar.. Macam ni ke cara ko orang buat kerja? Semua butir dalam mesyuarat dalaman pun ko buka semuanya kat publik. Keputusan mesyuarat tetap menjadi tanggungjawap SEMUA ahli mesyuarat. Bila dah ada keputusan, semua yang ada dalam mesyuarat tu ambil tanggungjawap bersama, tak kira la dalam mesyuarat tu ko tak setuju ke, ko berkekah ke, bertumbuk ke, bertetak ke....keluar dari dewan mesyuarat ko bercakap keputusan mesyarat je lah....kecuali ko memang tak bersetuju dan walk out dari mesyuarat tu...baru la ko boleh cakap mcm ko cakap tu...Ape daa...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video