KENAPA HAJI HADI HARUS BERUNDUR ?

Setelah membaca ini, anda mungkin bersetuju dan juga boleh tidak bersetuju atas 'statement' yang diutarakan oleh  Rakyat Bangkit  Terpulang pada anda untuk membuat penilaian..rehatkan minda dan telaah semula untuk setuju dalam tidak bersetuju? 

Kebenaran berasaskan sejarah, menjadi suatu dokumentari terbaik sepanjang masa. Sejarah tidak akan membohongi sesiapa..hanya kita yg membohongi sejarah? tetapi sejarah tetap berseni dan melakar nilai kepada kita untuk siapa juga yg inginkan kebenaran.





KENAPA HAJI HADI HARUS BERUNDUR

Ramai juga yang bertanya....Kenapa TGHH perlu diturunkan jawatan Presiden walaupun tidak ternafi kecemerlangan dan jasanya ada sewaktu dulu. Perkembangan terkini dgn pelbagai pendekatan politik yang tidak konsisten.....beliau perlu berundur.

MENGAPA HAJI HADI WAJIB BERUNDUR DARIPADA PRESIDEN PAS PUSAT TAHUN INI (2015), ANTARANYA (Ini antaranya sahaja, ada lagi dalil-salil yang lain yang lebih sulit):-


1. Tuan Guru Mursyidul Am sokong DS Anwar dalam isu 16 September tetapi Haji Hadi tidak setuju, berlaku perbalahan antara Tuan Guru Mursyidul Am dengan Haji Hadi di JKR 10 Kelantan, mengapa Haji Hadi tidak wala' kepada Tuan Guru Mursyidul Am? Surat terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada Harakah yang menyokong 16 September tidak disiarkan oleh Harakah, arahan daripada Siapa? Haji Hadi atau Mustafa Ali?

Baca lagiwww.malaysiakini.com - 14 Oct 2008
2. Haji Hadi hendak PAS Perak bentuk kerajaan dengan umno di Perak selepas PRU-12 tahun 2008.

3. Haji Hadi adakan rundingan dengan Abdullah Badawi untuk bentuk kerajaan UG.
Nik Aziz tidak benarkan Pas bergabung dengan UMNO | Astro Awanihttp://m.www.astroawani.com/…/nik-aziz-tidak-benarkan-pas-b…


4. Isu PM, dalam mesyuarat PR, PAS setuju DS Anwar jadi PM tetapi didalam pertemuan di sebuah Hotel di Shah Alam 3 minggu sebelum PRU-13 menolak DS Anwar jadi PM dan menghantar wakil memujuk Tengku Razaleigh untuk menjadi PM.


5. Bertembung di DUN Kota Damansara dan tiga dun di Terengganu PRU-13 (dalam mesyuarat PR telah dipersetujui PKR bertanding, tetapi ketika hari penamaan calon, Haji Hadi beri watikah khas kepada calon PAS melalui menantu beliau Zaharuddin Mohamad).

6. Haji Hadi gagal selesaikan masalah PAS Kedah sehingga PAS tumbang di Kedah dalam PRU-13 walau pun telah ada usul daripada Dewan Ulama PAS Kedah supaya menukar MB sebelum PRU-13.

7. Isu MB Selangor dalam mesyuarat 17 Ogos 2014 sudah bersetuju Wan Azizah dan Azmin sebagai calon MB dan telah bersetuju tidak menuntut kerusi MB Selangor, tetapi selepas itu Haji Hadi hendakkan PAS menjadi MB Selangor. Dr.M kata BN tidak pernah hantar nama lebih daripada seorang samada calon MB atau PM sewaktu zamannya dan kaedah itu kekal hingga sekarang.
Apa yang Haji Hadi hendak di Selangor? (02.09.14 Haji Hadi hantar tiga nama yang tiga-tiga itu adun PAS kemudian pada 04.09.14 menukar nama kepada 2 ADUN PKR dan seorang ADUN Pas iaitu Iskandar Samad, tetapi dalam ucapan penggulungan Muktamar ke 60, beliau berkata PAS tidak kemaruk nak jadi MB Selangor, cakap lain dan tindakan lain).
Rendah & Aibkan Wan Azizah, Hj Hadi Perlu Cermin Diri - Abu Hassan Adamhttp://greenboc.blogspot.com/…/rendah-aibkan-wan-azizah-hj-…

theunspinners.blogspot.com

8. Dalam mesyuarat PR, PAS hendak kekal dalam PR dan dalam muktamar PAS juga telah dipersetujui perkukuhkan PR, tetapi dalam mesyuarat JK PAS Pusat 25 Ogos Haji Hadi hendak bersama umno (rujuk mesyuarat 25 Ogos 14).
[RAHSIA TERBONGKAR] Haji Hadi Ajak Azmin Bentuk Kerajaan Perpaduan Bersama UMNO - http://greenboc.blogspot.com/…/rahsia-terbongkar-haji-hadi-…

9. Mesyuarat Majlis Syura Ulama selepas 25 Ogos 14 tidak cukup korum dan notis jemputan mesyuarat juga tidak cukup 14 hari, Haji Hadi bercakap mengenai perlembagaan PAS tetapi Haji Hadi sendiri pijak Perlembagaan PAS.

10. Haji Hadi tidak bersetuju dengan cadangan supaya YB Dr Syed Azman dipilih sebagai MB Terengganu ketika krisis MB di Terengganu setelah Md Said mengistiharkan ADUN Bebas (seolah-olah Haji Hadi mahu umno/BN kekal memerintah Terengganu).
Dr Syed Azman

11. Pilihanraya semula di Perak selepas rampasan kuasa oleh Umno-BN tidak dipersetujui oleh Haji Hadi dengan alasan takut DAP akan menjadi MB (Fikrah Haji Hadi sudah tertumpu kepada umno).

12. Malam PRK Parlimen Bukit Gantang 2009 dalam mesyuarat Lajnah politik PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Perak Air Kuning,Taiping Haji Hadi membangkitkan bahawa Najib Tun Razak ada hubunginya membincangkan kerajaan perpaduan, tetapi Almarhum Tuan Guru Harun Taib telah membantah usul tersebut dan mohon presiden fokus kepada PRK Bukit Gantang.


13. Berita Awani 13.2.2015 perbualan melalui telefon dengan Nasharudin Mat Isa, Nasharudin mengesahkan telah ada perbincangan mengenai kerajaan perpaduan dengan umno oleh Majlis Syura PAS Pusat sejak 2008 lagi, tetapi tanpa pengetahuan Tuan Guru Nik Aziz.
Hala tuju Pakatan Rakyat - Reaksi Nasharudin Mat Isa | Astro Awani http://m.www.astroawani.com/…/hala-tuju-pakatan-rakyat-reak…

14. Sebelum PRU-13 telah dibuat perjanjian bertulis ditandatangani oleh Haji Hadi selaku presiden PAS dan Ustaz Azizan Razak, Ustaz Azizan tidak akan dicalunkan bertanding PRU-13, tetapi Haji Hadi langgar perjanjian yang dia sendiri menanda tandatangan.


15. Haji Hadi sokong persempadanan kawasan pilihanraya yang akan memberikan kemenangan kepada umno/BN.

16. Pendaftaran PR gagal kerana Haji Hadi tidak mahu PR didaftarkan.

Baca lagi di alfaqer.blogspot.com

17. Haji Hadi arahkan Ahmad Yaakub angkat sumpah jadi MB Kelantan walau pun Tuan Guru Nik Aziz belum membuat apa-apa keputusan (angkat sumpah secara tergesa-gesa).

mforum.cari.com.my

18. Sahabat dari Kedah bekas adun bagi tahu teman Almarhum Ustaz Yahya Othman (ketika hidup) bertanya kepada sahabat teman tu "apa sudah jadi kepada Haji Hadi dan Mustafa Ali", Almarhum sudah meninggal dunia agak lama, maknanya sudah lama Haji Hadi membuat ragam.

msomelayu.blogspot.com


Di atas itu adalah fakta...

sumber - FB Rakyat Bangkit






Comments

Popular posts from this blog

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO