A Samad Said Sahkan Sertai DAP Esok - [VIDEO]
Pak Samad panggilan mesra Datuk A Samad Said, yang juga seorang Sasterawan Negara akan menyertai DAP esok bro !! itu pilihan beliau sendiri yg melihat parti itu memiliki segugus keyakinan diri dan lebih diyakini beliau. Aku hormati pendirian beliau bro !
Sejak PAS ditimpa kemelut dengan DAP sejak sekian lama, ramai melayu sudah tidak lagi berminat dengan PAS yang banyak cakap tetapi kurang tindakan, lebih2 lagi selepas Muktamar baru2 ini yang menjadikan partai itu kembali ke era 70an..kini melayu dalam PAS sendiri sudah berubah dan sedikit demi sedikit meninggalkan partai itu.
Aku mula minat dengan Pak Samad sejak tahun2 '60an lagi bro ! Novel Salina menjulang nama Pak Samad di samping lain2 karya beliau seperti Wira Bukit, Di Simpang Jalan, Hati Muda Bulan Muda, Sungai Mengalir Lesu dan banyak lagi menjadikan beliau antara sasterawan yang cukup prolifik sejak dulu hingga kini dengan puisi2nya yang berbisa seperti Peludah Warna dan lainnya. Sekalung budi untukmu Pak Samad.
Pak Samad sahkan sertai DAP esok
OLEH JAMILAH KAMARUDIN
Published: 12 June 2015
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mengesahkan spekluasi dirinya akan menyertai DAP secara rasmi esok.
"Itu betul," kata Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad ringkas ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan akan menjelaskan pendiriannya dalam sidang media bersama pemimpin tertinggi DAP di Kelantan, esok.
"Oleh kerana kita akan mengadakan sidang media, jadi di sana akan dijawab...barangkali tengahari atau petang," katanya.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke ketika dihubungi berkata, Samad akan menyertai beberapa pemimpin DAP tertinggi dalam program anjuran Gabungan Impian Kelantan (GIK) di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang pagi esok.
Antaranya Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli dan bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.
"Esok kota ada program di sana dan dijangka tamat sebelum pukul 12 tengahari. Jadi terpulang kepada Pak Samad untuk mengumumkannya di situ," katanya.
Ditanya sama ada wujud usaha DAP memujuk Samad menyertai parti sekular itu atau masuk atas kerelaan sendiri, ahli Parlimen Seremban itu berkata perkara itu akan dijawab esok.
"Kita akan beritahu esok. Kita akan ulas," katanya.
Penyertaan tokoh sasterawan negara itu dilihat sebagai usaha membantu DAP menarik lebih ramai penyokong Melayu, memandangkan parti itu sebelum ini menjadi bahan belasahan PAS dan Umno apabila dilabelkan sebagai anti Islam dan Melayu.
Samad, 80, bekas pengarang akhbar Berita Harian dan The New Straits Times memulakan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2009.
Beliau juga sering dilihat aktif menyertai himpunan dan demonstrasi anjuran Pakatan Rakyat (PR) dan badan bukan kerajaan, memimpin Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) bagi menuntut reformasi pilihan raya. – 12 Jun, 2015..The Malaysian Insider

Datuk A Samad Said yang mesra dengan panggilan Pak Samad ringkas mengesahkan spekluasi dirinya akan menyertai DAP secara rasmi esok. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Jun, 2015.
A Samad Said dijadual masuk DAP esok12 June 2015 Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dijangka menyertai DAP esok. Penyertaan beliau ke dalam parti itu dikatakan akan diumumkan esok, dalam sebuah acara di Kelantan.
Beliau dijadual hadir dalam Majlis penyerahan rumah oleh Gabungan Impian Kelantan kepada penduduk Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang pagi esok. Turut dijadual bersama dalam majlis itu, termasuklah pemimpin kanan DAP sendiri, Lim Kit Siang dan ahli parlimen PAS, Dr Hatta Ramli..kinitv
Pak Samad sahkan sertai DAP esok
OLEH JAMILAH KAMARUDIN
Published: 12 June 2015
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mengesahkan spekluasi dirinya akan menyertai DAP secara rasmi esok.
"Itu betul," kata Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad ringkas ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan akan menjelaskan pendiriannya dalam sidang media bersama pemimpin tertinggi DAP di Kelantan, esok.
"Oleh kerana kita akan mengadakan sidang media, jadi di sana akan dijawab...barangkali tengahari atau petang," katanya.
Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke ketika dihubungi berkata, Samad akan menyertai beberapa pemimpin DAP tertinggi dalam program anjuran Gabungan Impian Kelantan (GIK) di Kampung Pasir Tumboh, Gua Musang pagi esok.
Antaranya Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli dan bekas presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.
"Esok kota ada program di sana dan dijangka tamat sebelum pukul 12 tengahari. Jadi terpulang kepada Pak Samad untuk mengumumkannya di situ," katanya.
Ditanya sama ada wujud usaha DAP memujuk Samad menyertai parti sekular itu atau masuk atas kerelaan sendiri, ahli Parlimen Seremban itu berkata perkara itu akan dijawab esok.
"Kita akan beritahu esok. Kita akan ulas," katanya.
Penyertaan tokoh sasterawan negara itu dilihat sebagai usaha membantu DAP menarik lebih ramai penyokong Melayu, memandangkan parti itu sebelum ini menjadi bahan belasahan PAS dan Umno apabila dilabelkan sebagai anti Islam dan Melayu.
Samad, 80, bekas pengarang akhbar Berita Harian dan The New Straits Times memulakan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) yang menentang Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2009.
Beliau juga sering dilihat aktif menyertai himpunan dan demonstrasi anjuran Pakatan Rakyat (PR) dan badan bukan kerajaan, memimpin Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) bagi menuntut reformasi pilihan raya. – 12 Jun, 2015..The Malaysian Insider
Comments
Post a Comment