Mencari Pengkhianat Pakatan Rakyat yang Sebenar !

PAS pengkhianat sebenar Pakatan Rakyat – Khalid Samad




PETALING JAYA: Pas adalah pengkhianat sebenar di dalam Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Parlimen Shah Alam yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Pusat Pas, Khalid Abdul Samad berkata ketika berada dalam pakatan pembangkang, parti itu pernah bersekongkol untuk menjatuhkan rakan yang lain.


Dakwanya, ia terbukti sewaktu Selangor ditadbir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


“Melalui tindakan Pas, Khalid Ibrahim telah memecat semua exco PKR dan DAP. Kerajaan Pas/UMNO dengan Khalid telah berkuasa di Selangor untuk tempoh melebihi seminggu,” katanya.


Katanya, ia tidak terhenti setakat itu, bahkan parti Islam itu menyerang dengan menfitnah pemimpin Parti Amanah Rakyat (Amanah) yang kebanyakannya bekas anggotanya.


“Adalah lebih wajar sekiranya Pas menumpukan pada usaha menjatuhkan UMNO, tetapi memusnahkan Amanah telah menjadi keutamaannya pada ketika ini,” katanya yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Amanah.


Dalam tulisan di blognya, Khalid berkata bahawa dia hairan apabila Pas sering mengkritik sikap tertentu tetapi tidak menjadi kesalahan jika Pas yang melakukannya terhadap rakan-rakan sendiri.



“Adakah ianya hanya satu kesalahan apabila Pas dikhianati, tetapi tidak mengapa untuk Pas mengkhianati?” soalnya.

sumber - NewMalaysianPost

baca luahan Khalid Samad selengkapnya di bawah :

Krisis MB Selangor 2014 bukti siapa pengkhianat sebenar ...


Sisipan Maknawi


Melalui tindakan Pas, Khalid Ibrahim telah memecat semua exco PKR dan DAP. Kerajaan Pas/UMNO dengan Khalid telah berkuasa di Selangor untuk tempoh melebihi seminggu,” kata KS.

Sehinggalah muncul dua 'penyelamat' YB Saari Sungib dan YB Hasnul  dari PAS menyokong WAWI untuk menghalang Kerajaan Pas/Umno diteruskan di Selangor. Ini awal 'pengkhianatan' Pas terhadap PR bro ! Inilah juga yg mencetuskan 'kemarahan raksasa' Tok Sidang kpd YB berdua itu. Itulah awal mulanya 'de word' {Barua dan Broker} dijaja Tok Sidang..Kah kah Kah



Apa urusan PAS mau campur rumahtangga PKR dgn meminta PKR pertimbangkan untuk keluar dari PR ! ini cerita lama bro ! tapi sekarang dah jadi 'pelik' ! PAS pula beriya-iya mahukan PKR bersamanya..dasar muka tak malu, tak ada 'maruah' !



Mereka berdua adalah 'penyelamat' PR di Selangor dlm krisis MBnya.
kalo tidak? Selangor dah di UG kan !
Mereka bukan pengkhianat, juga bukan 'broker' dan 
bukanlah 'barua' seperti dakwaan PAS ! 


Mereka bukan pengkhianat bro !
Pas yang cuba khianati untuk meng UG kan Selangor
dalam kemelut MB Selangor tu !
Mereka berdua cuma tolong selamatkan Selangor agar tidak
masuk dlm 'jerangkap samar' yg dipasang untuk Umnuu muncul
kembali di Selangor?

Itu namanya 'kesetiaan' jempolan dari Saari dan Hasnul kpd Pakatan Rakyat bagi elak dari 'kemesraan' PAS-Umno yg memungkinkan 'pengubahsuaian' kerusi MB di Selangor bro ! 

Janganlah 'label' mereka sebagai 'pengkhianat' hanya untuk 'tutup' yg kita tu sebagai 'pengkhianat' sebenar vs PR yg hampir2 Selangor 'kembali' semula kepangkuan Umnuuuu ? Kah Kah Kah



Mencari keteguhan kalam agar ianya berprinsip !
Bukan hanya tau lepaskan geram sahaja ?
baca dan nilaikan, 
Haron Din pernah memberi amaran bahawa hubungan PAS dengan PKR terputus sekiranya rakan sekutunya itu menyertai gabungan pembangkang yang baru bersama DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB)..baca  www.malaysiakini.com

Apamacam bro? dah putus ke? makin terbelit ada laa?
Pas mana pernah kotakan kata dengan pantas dan jitu !
aksi U-turn selalu diruntun, agar maruah tidak dibakar kononn!




Kecewa nampak? 
Apasal kaciwa bro? 
apa kena mengena Umno dok ambik tahu nie?
itulah hebatnya Pakatan Harapan Baru bro ! sampai Umno
yg tak ada kena mengena tu pun bersedih lara? 
Sedih ada makna tuh ?
Kalo Pas ada dalam tu ? senang sikit 'jarum' Umnuu nak berjalan?

Kah Kah Kah



Pas nie koi mengarut laa bro !
Mana tidakya?
Kalo PKR yg sekular tu (sama mcm puak yg tubuh Amanah) yg mau disapu bersih dari PAS kerana juga depa kata puak sekular? boleh pula dok habaq rakan kerjasama' lagi? Kah Kah Kah

Nak heran apa bro dgn puak Paschai macam nie? Dgn Umno pun depa bukan main kamcing lagi? PKR ngan Umno tak sekular? yg sekular hanya kumpulan 'setandan' yang depa kais keluaq hari tu saja ! lalu digelar laa depa tu 'pengkhianat'? Kah Kah Kah


Tak kan sapa tak ingat kot?

Pemimpin2 Pas sebelum ni, cukup lantang dok hantam PKR bro!
Apa depa tak kata kat PKR tu? Depa kutuk Pkr sebagai 'secular' pasai tolak 'Hudud Pas', sampai canang 'pemboikotan' di Ptg Pauh dulu? WAWI pula tak layak jadi MB ? Depa hina Anwar sebagai Ketua Umum PKR ? Ingat ke tidak nie?

Apa sudah jadi dgn dalil dan Nas pada yg 'menolak' hudud seperti PKR tu? (Pada hal PKR tak pernah kata, depa tolak Hudud)..Dah tak malu ke puak Pas nie dok jaja kerjasama nie (dalam keadaan PR yg asal dah berkubur) masih nak tahaluf politik lagi? yg dulunya depa laa puak2 PASChai nie yg dok minta kaji semula, kaji semula, kaji semula berkali2 pasal Tahaluf Siyasi dgn PKR? Memang depa telah humbankan ke longkang 'maruah' dan 'harga' kelembutan PKR (yg walaupun Presidennya, Ketua Umumnya dihina sebegitu rupa oleh Tok Sidang Pas sendiri) Memang Pas betul2 bangsat sekarang ini ! Memang cukup mengarut laa bro !


soalan yg patut ditanya ialah MENGAPA PAS MASIH INGIN BERTAHALUF DENGAN PKR?


Kah Kah Kah



Khulasah 

Pengkhianatan terbesar parti Islam apabila ia telah bersekongkol untuk memecat exco PKR dan DAP dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor


Krisis MB Selangor 2014 bukti siapa pengkhianat sebenar – Khalid Samad..

yg perlu diingati dan difahami ialah bagaimana melalui tindakan PAS, semua Exco dari PKR dan DAP telah dipecat bro ! Akibatnya, Selangor telah ditadbir oleh Kerajaan PAS/UMNO melebihi tempoh seminggu bro !
Inilah 'Pengkhianatan' PAS yg ramai Paschai dan pendokong taksub mereka tidak sedar habaq dan segala walaaunn mereka masih dibuai 'mimpi seronok' lama itu?
Tuduhan kata dua Adun tadi mengkhianati PAS dlm 'isu' MB Selangor itu, cuma alasan Pas saja untuk cuba 'halalkan' tindakan mereka meng 'UG' kan Pentadbiran dan Kerajaan di Selangor masa itu !



Akibat semua ini, kita melihat bermulanya kesedaran kumpulan Progresif terhadap 'salahlaku' yg dicetuskan oleh Tok Sidang PAS telah menyebabkan ramai kumpulan progresif lain 'menyedari' betapa Pas tidak lagi oleh 'diharapkan' untuk berkerjasama dalam Pakatan untuk 'menumbangkan' regim, seterusnya bila mereka progresif ini dihina, dinista, dicerca sebelum Muktamar 61 dahulu.. 'setandan' dari mereka dihalau keluar dgn 'hikmat' sekeping CHAI yg diedar oleh 'Para Walaunn'..dan ironisnya semua progresif ini dituduh 'mengkhianati' PAS pula? 


akhirkalam

Pas telah jadikan Amanah dan DAP sebagai sasaran mereka, konon Amanah yang pecahbelahkan 'kesetabilan Pas ? Betul ke bro? 

Pas makin lupa perangai buruk mereka, mereka punyalah 'gila' nak pegang jawatan dlm parti hingga sanggup 'mengkhianati' rakan2 'pro' bukan ulama seperti mereka. Mulut mereka terus cirit bin birit dari sebelum hinggalah selepas muktamar 61 dulu..sekalipun depa dah sapu bersih segala jawatan parti ! masih belum puas, mereka menghamburkan kata nista terhadap kumppulan 'pro' yg mereka 'halau' sendiri dari 'khemah' Pas dek kerana sekeping 'CHAI' berhikmat !


Ia menambah sakit hati mereka, bila kumpulan 'pro' ini bertindak menubuhkan 'wadah' baru diberi nama PAN (Parti Amanah Rakyat). Sejak itu 'temperature' marah Tok Sidang dan pimpinan lain makin memuncak !

Apa nak marah bro? Hangpa juga yg 'Chai'kan mereka semasa pengundian mutamar - pecahbelahkan 'kedamaian' sedia ada sekian lama? 
Pasai DAP putuskan hubungan dgn Tok Sidang? Bukankah 'Chai' yg rancang semua tu agar DAP berkerat rotan hanya dengan Tok Sidang? dan dengan megah pula, hangpa 'proklamir'kan dlm Muktamar lalu ! Habis, mau marahkan DAP jugak ke bro?

Usul telah lulus, hangpa sendiri kata demokratik ?
Puak 'pro' terus hangpa 'setankan' mereka, dah tak dak guna lagi kat hangpa? hangpa jaja siang malam pagi petang? so..hilanglah segala rupa keroja yg baik2 dulunya? hilanglah sudah 'thiqah' kepercayaan sesama rakan taulan yg dulunya amat dominan perjuangkan Pas di pentas persada hingga ianya menjinakan 'musuh' yg musahil mau bersama. DAP begitu 'mesra' semasa era UFN dan Nik Aziz ! kenapa sekarang? kamu sendiri yg kecundangkan?

Tok Sidangkah yg jujur? atau merekakah yg 'khianat'? 
Siapakah yg 'khianati' segala keputusan2 Majlis Tertinggi PR? Siapa? Bukankah To Sidang sendiri yg 'over rule'nya? kemelut MB Selangor dahulu? sapa yang 'u-turn' sana 'u-turn' sini? siapa? kalo bukan Tok Sidang sendiri?

Bagaimana pula sikap Tok Sidang yg terang2 bersekongkol dgn Umno ? Apakah itu tidak dikira 'KhianaT' rakan PR yang lain?



Comments

  1. Tuduhan kepada DAPP dan Amanah adalh tektik untuk mengalih perhatian ahli akar umbi PAS daripada usaaha perbincangan puak UG untuk bekerjasama dgn UMNO dalam PRU 14.

    Ahli akar umbi kena tipu lagi dgn HH dan UG seperti mana hudud diguna untuk memperdayakan mrteka agar menyokong puak UG dalam persaingan dgn puak Mat Sabu merebut jawatan dalam pemilihan lepas.

    ReplyDelete
  2. Hairan sungguh apabila memikirkan perihal PAS-CHAI yang kelihatan meroyan dan mungkin terus meroyan bila melihat puak "SETANDAN" yang telah di sabit ketanah mula bangkit dengan menubuh kan Parti AMANAH Negara. Kini parti tersebut telah mendapat tempat di hati hati bekas para ahli PAS yang "TERKESAN" dengan "CHAI". Dulu semasa puak "SENTANDAN" itu di kait bukan main suka lagi puak puak PAS-chai ni sehingga sanggup melafazkan kata kata konon nya PAS berjuang untuk mencari "redha ALLAH, PAS akan menjadi lebih kuat bila bersendirian dan macam macam lagi" Kini terbukti bahawa kata kata itu hanya saperti memukuk tin kosong aja.

    Puak PAS-chai ni kalau nak berUG dengan UMNOngok tu elok terus kan aja dan jangan di ambil pot berhubung dengan "PAN" tu. Bukan kah mereka mereka yang bersetatus "PAK LEBAI" ni pakar dalam bidang selain dari bidang AGAMA. Dengan itu daripada terus meroyan dek tertubuh nya "PAN" elok di beri pembelaan kepada mangsa bajir di Kelantan yang masih lagi tinggal di dalam khemah.

    ReplyDelete

  3. RAHMAN dan RAHIM...."SYSTEM"--ILAHI
    "SYSTEM" Pe MURAH..."SYSTEM" Mem BERI
    Tak Wujud PONTENG...Me Mungkiri JANJI
    KHIANAT Men CURI...FITNAH yg KEJI


    Ponteng KHIANAT,,,Fitnah & SONGLAP
    Onar U-TURN...Tunggang TERBALIK
    Men CURI Me Nyonglap...Di dlm GELAP
    Akidah MURTAD...Bangkai yg JELEK


    MURTAD itu...Bahasa ARAB
    Bahasa Mudah nya...Tunggang TERBALIK
    KHIANAT itu...Men CURI Me Nyonglap
    Ummah Ter SIKSA...Ter Jerut Ter CEKIK


    Rumah BESAR...Kereta pon BESAR
    BALAK di Tebang...Be Ribu EKAR
    Musibat BANJIR....Rakyat Ter BIAR
    Akibat Peng KHIANAT...Ber Buat MUNGKAR






    ReplyDelete
  4. pendapat akulah,,
    lebih baik fokus memperkasakan parti daripada terus menjolok satu sama lain

    rasa2nya diberitahu bagaimanapun,, penyokong tegar sesuatu parti tetap bertahan dengan parti pilihan masing2

    saling merobek lawan hanya terus membuat penyokong menjadi fikiran jahat dan merosak akhlak

    lebih bagus tidak lagi menyerang bahkan terus meninggikan nilai akhla.k terpuji

    pendapat akulahh,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro terangelap !

      Amar makruf nahi mungkar itu
      adalah sebahagian teras Islam yg di imani !
      yg mungkar kita kena jelaskan !
      yg makruf kita kerjakan...
      itu pun akhlak terpuji bro !
      fakta yg benar dan betul kena paparkan
      di dalamnya ada nilai sisi buruk yg perlu dijauhkan..
      yg baik akan terpancar, tidak hari ini atau esok atau lusa...
      sebab dan akibatnya bukan urusan kita..
      semua terpulang kepadaNya !
      Tugas kita mesti menegur dan membetulkan salah dan khilaf
      itu saja !

      Delete
  5. Amanah lebih byk menjawab tuduhan pas saja

    bersusah payah Khalid Samad menjawab semua kekeliruan yg dimanipulasi

    tkde sapa berminat nk menghentam pas hari2

    Amanah terus mara ke depan

    ReplyDelete
  6. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

    LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
    ================================
    *Commercial Loans.
    *Personal Loans.
    *Business Loans.
    *Investments Loans.
    *Development Loans.
    *Acquisition Loans .
    *Construction loans.
    *Business Loans And many More:

    LOAN APPLICATION FORM:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us At :majidvijahlending@gmail.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]