Warna Warni PRK Ptg Pauh - hingga jam 10.30 pagi ! Foto Menarik..
Terkini: Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh
PERMATANG PAUH, 7 Mei:
Hari ini seramai 71.890 pemilih berdaftar di Permatang Pauh akan mengundi untuk memilih Ahli Parlimen baharu.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menghadapi calon BN Suhaimi Sabudin dan dua calon lain dalam pertempuran untuk PKR untuk mengekalkan kerusi itu.
Dua calon yang lain ialah Salleh Isahak, 53, dan Azman Shafie, 50.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga suami Dr Wan Azizah, dipenjara lima tahun selepas didapati bersalah atas kes liwat.
Permatang Pauh merupakan kubu kuat PKR sejak tahun 1999.
Pusat mengundi di 25 sekolah membabitkan 132 saluran dibuka sehingga jam 5 petang sebelum proses penjumlahan dilakukan di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).
Proses pengundian awal PRK Permatang Pauh diadakan Selasa lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah membabitkan 627 anggota keselamatan dan pasangan masing-masing.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan PRK Permatang Pauh dijangka diketahui sebelum jam 9 malam ini.
7.45 pagi:Orang ramai mula berkumpul di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Seri Penanti. Calon PKR Wan Azizah dijangka mengundi di sini.
7.55 pagi:Halijah Lebaiman, 83, tiba di pusat mengundi bersama keluarganya. Beliau adalah anak tempatan di sini dan telah mengundi banyak kali dalam pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.
7.58 pagi:Pengundi-pengundi telah menunggu di luar pusat mengundi SMK Guar Perahu sejak jam 07:30. Pintu dibuka pada jam 8 pagi.
8.00 pagi:Calon BN, Suhaimi Sabudin membuang undi di pusat mengundi SMK Guar Perahu. Beliau juga meluangkan masa bertemu dengan pengundi di sini.Rajimah Sharif, 70 dari Kampung Guar Perahu dilihat bersama Suhaimi.
8.01 pagi:Pengundi Permatang Pauh tertua, Othman Daud, 103 dari Kampung Tanah Liat telah sampai di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Seri Penanti dengan keluarganya.
8.05 pagi:Calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu untuk mengundi.
8.10 pagi:Mohd Hisham Md Arshad (kiri) dan Mat Desa Ismail adalah antara pengundi awal di SK Seri Penanti
8.18 pagi:Pengundi berdaftar tertua di sini, Othman Daud telah selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti.Ketika ditemui, beliau berkata pilihan raya kecil ini adalah yang ke-14 beliau mengundi dan beliau sentiasa menjalankan tugasnya mengundi.“Saya gembira kerana dapat mengundi hari ini,” kata Othman, atau Tok Wan.Othman yang merupakan penduduk Kampung Tanah Liat telah dilahirkan pada 12 Dis 1912.
8.23 pagi:Halijah Lebaiman adalah orang pertama yang mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti.
8.43 pagiPada jam 8.40, calon PKR, Dr Wan Azizah memasukkan kertas undi ke dalam peti undi. Wan Azizah selesai menjalankan tugas membuang undi di SK Seri Penanti – Foto TRP/Michael Murty
Beliau mengucapkan syukur kerana segalanya berjalan lancar.“Tanpa Anwar saya sedih, sepatutnya ini tidak berlaku. Tetapi hidup perlu diteruskan, dan kita menentang kezaliman.“Harapan dan doa saya adalah pengundi di Permatang Pauh tidak mengecewakan saya. Wallahuaklam, saya tidak boleh cakap sama ada saya akan menang atau tidak,” katanya.Dr Wan Azizah menambah ada menerima aduan mengenai kepayahan yang dihadapi oleh pengundi berkerusi roda.“Akses untuk OKU tidak seselesa seperti di sesetengah negara lain. Kita kena jadikan ia polisi untuk meningkatkan kemudahan untuk mereka yang kurang berkeupayaan di seluruh Malaysia,” katanya.
9.17 pagiKehadiran anggota polis untuk mengawal pertembungan antara penyokong BN dan PKR. Penyokong BN melaungkan kata-kata “hidup BN” disambut dengan laungan “hancur UMNO” oleh penyokong Pakatan Rakyat. – Foto TRP/Qurnisha Hamka
Sumber - The Rakyat Post
Sementara itu bro
Ekoran peringatan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli tentang kemungkinan wujud pengundi hantu hari ini di pusat pengundian Permatang Rawa, ejen pengundian PKR telah diarahkan supaya memantau nama-nama tertentu yang mencurigakan...lanjutan klik di bawah
Perang Mulut
antara penyokong UBN vs Penyokong PKR
Walaupun berlaku "lawan mulut" antara dua penyokong itu, namun keadaan masih lagi terkawal.
Penyokong PKR memberitahu penyokong BN supaya tidak lagi memberi sokongan kepada parti pemerintah itu.
"Tak payahlah nak duduk dekat BN lagi."
Bagaimanapun, penyokong BN tidak mengendahkan penyokong PKR dan terus melaungkan "hidup BN".
Selepas kira-kira 15 minit, pihak polis kemudian meminta supaya penyokong BN menukar lokasi mereka agar berada di seberang jalan.
Kesemua penyokong BN dan PKR kini berada bertentangan jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan Seri Penanti.
Masing- masing melaungkan "Reformasi", "hancur GST" dan "Hidup BN.
laporan penuh klik di bawah
Gelagat Penyokong
Terdapat juga penyokong PKR yang membawa ranting kayu yang digantung mi segera dan duit sebagai simbol - mee segera dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan melaungkan "Reformasi".
Penyokong BN pula membunyikan vuvuzela dan mengibarkan bendera sambil menyanyikan lagi "Inilah barisan kita" dan turut membalas laungan PKR dengan "Transformasi"...
Kah Kah Kah Kah Kah
Comments
Post a Comment