Siapa Kuat Bohong ? [VIDEO]

Bila PAS melalui orang2 kuat mereka mendendangkan idea 'perpaduang' idea 'padu-padu' dgn Umno yg lebih dikenali sebagai UG atawa Unity Govt itu ! maka kesukaan dan ghairah mereka itu cuba diheret sama, cuba ditegaskan sebagai bukan idea PAS sendirian? 
Maka bunyilah tukang gendang dan palu mereka yg idea ini turut dipersetujui oleh DAP dan PKR ? 

maka kenyataan yg tidak dapat dibuktikan yg dikeluarkan secara semberono ini dikhuatiri akan mengundang 'fitnah' yang besar 
bro !? 

Kah Kah Kah


DAP hari ini menzahirkan rasa terkejut dengan idea kerajaan perpaduan bersama BN yang didakwa Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mendapat persetujuan mereka.

“Ini satu pendedahan yang mengejutkan kerana pemimpin DAP langsung tidak pernah diberitahu tentang kerajaan perpaduan bersama Umno dan BN pada tahun 2009.

“Hadi mungkin berminat dengan idea tersebut, namun cadangan kerajaan perpaduan itu pastinya telah mengesampingkan DAP secara keseluruhan,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Dalam kenyataan hari ini, Lim membangkitkan kebimbangan terhadap dakwaan “kerjasama erat Hadi bersama Umno dan BN kian terserlah hari demi hari”.

Lim berkata “Hadi telah menyerlahkan helahnya” apabila secara terbuka menyokong Datuk Seri Najib Razak terus menjadi Perdana Menteri, tanpa mengambil kira isu semasa negara..Mkini





PKR nafi Anwar setuju idea k'jaan perpaduan

PKR hari ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mana-mana pimpinan parti itu telah atau pernah bersetuju dengan idea bergabung dengan Umno di dalam sebuah kerajaan perpaduan seperti yang dirujuk oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, semalam.

Naib Presiden yang juga setiausaha agung PKR, Rafizi Ramli berkata beliau diberi mandat oleh biro politik PKR untuk menafikan perkara itu.

"PKR berharap kami tidak diheret di dalam persoalan dalaman PAS," kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.


kredit fb - Rakyat Bangkit

Menurutnya, fokus PKR adalah untuk membela rakyat dan memperbaiki institusi kerajaan yang didakwanya rosak di bawah BN.

"Apatah lagi di saat-saat rakyat tertekan dengan GST, skandal 1MDB, penggunaan dana rakyat dalam Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain," tambahnya.

PKR, katanya, percaya Umno berada pada keadaan yang paling lemah.

Menurut Rafizi lagi, ini adalah masa terbaik untuk memberi peluang perubahan kepada rakyat Malaysia.


Rakyat Bangkit
Di sebalik kenyataan mereka
terselit Agenda Penyatuan Melayu...!!

Bercakap dalam program 'Bicara Harakah' semalam, Hadi berkata idea kerajaan perpaduan itu ketengahkan selepas krisis di Perak. 

Presiden PAS itu berkata: "Pada masa itu, BN cuba nak pancing kita. Kita tidak mengulangi untuk menyertai BN. 

"Biasanya sejarah dahulu tidak berulang benda yang sama. Jadi kita kemukakan idea kerajaan perpaduan. Ini dipersetujui bersama pertemuan antara saya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul am (Datuk Nik Aziz Nik Mat). Dan kita bersetuju ketengahkan perkara ini.

"DAP pun bersetuju. Tapi malangnya perkara itu terbantut kerana BN tidak dapat menerimanya. Itu ceritanya. Benda tu dah hilang. Dah luput daripada sejarahnya."..Mkini.






KEADILAN TIDAK PERNAH BERSETUJU DENGAN CADANGAN KERAJAAN PERPADUAN

Saya diberi mandat oleh Biro Politik KEADILAN untuk menafikan sekeras-kerasnya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim atau mana-mana pimpinan parti telah atau pernah bersetuju dengan idea bergabung dengan Umno di dalam sebuah kerajaan perpaduan seperti yang dirujuk oleh YB Dato’ Seri Hadi Awang, Presiden PAS semalam.

KEADILAN berharap kami tidak diheret di dalam persoalan dalaman PAS.

Fokus KEADILAN adalah untuk membela rakyat dan memperbaiki institusi kerajaan yang rosak di bawah Barisan Nasional, apatah lagi di saat-saat rakyat tertekan dengan GST, skandal 1MDB, penggunaan dana-dana rakyat dalam Tabung Haji, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain. KEADILAN percaya Umno berada pada keadaan yang paling lemah dan ini masa terbaik untuk memberi peluang perubahan kepada rakyat Malaysia.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN


*********************

Hadi dakwa Anwar, Nik Aziz setuju k’jaan perpaduanPublished on 19 May 2015 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang idea membentuk kerajaan perpaduan dipersetujui bersama dalam satu pertemuan di antara dirinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bekas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Bagaimanapun, katanya, perkara itu terbantut kerana BN tidak dapat menerimanya..kinitv

Dari FB Rakyat Bangkit



FB - Rakyat Bangkit
Pas sering menegaskan semenjak zaman Almarhum Ustaz Yusof Rawa dan zaman Almarhum Ustaz Fadzil Noor seringkali menegaskan "Jangan sekali-kali kamu cenderung hati kepada pemimpin yang zalim...!" Rakyat Bangkit

akhirkalam






Comments

  1. Dah makin pening n celaru puak2 ni.
    kena suruh dorang ni makan ubat dulu pastu br la ckp

    ReplyDelete
    Replies
    1. ubat kuat dah tak der jual bro RM...
      tu pasal depa lemah longlai....
      tak berdaya saing.....

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?