Wardina kata "Sistem pendidikan agama kita tidak berkesan " ?
Apa yang disuarakan oleh Wardina, tidak dapat kita sangkal bro, Aku sendiri secara khususnya terlibat dalam sistem pendidikan ini..dah lama dah..
Pendidikan Islam di sekolah harian dan di sekolah2 aliran agama dan pondok perlu dibezakan bro ! cuma aku nak tanya Wardina sikit laa...pasai dia kata sistem PI kena dirombak? Sistem PI mana satu? di sekolah harian atau bukan? Kalau di sekolah harian? memang patut sangat dirombak? disusun dengan rapi oleh pakar yang ikhlas untuk melihat ilmu, akhlak dan amal Islam berjalan serentak !
Contoh lain ialah melahirkan guru2 agama 'KPLI' Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dlm pengkhususan PI dan Bahasa Arab. Sekarang dengarnya 'intake' baru guru2 j-QAF dah kurang bro? Zaman Pah Lah jadi Pee Emm dulu..kami adalah 'pioneer' yg merangka silibus j-QAF ini bro (sekitar 2005). Bila musim temuduga kemasukan baru..punya lah payah dan sukar untuk kami memilih calon yg benar2 'suit' bagi PI dan BA..kami terpaksa juga ambil calon2 ceroi dan kurang keupayaan komunikasi bahasa dan pengetahuan asas kerana perlu untuk memenuhi 'quota' yg ditetapkan..
Silibus pun satu hal bro! macam tak pernah habis diajar..praktik membaca Quran ditekankan hanya di waktu petang? sepatutnya di waktu pelajar masih segar minda di waktu pagi..tetapi tak pernah berlaku di sekolah2 harian! begitu juga 'smart solat' ?? guru gagal menunjukan cara dan kaifiat yang betul praktik salat dan wudhu' umpamanya..Ini dapat dikesan sebenarnya bila mereka pelajar tadi melakukan 'praktikal' sebenar kemundiannya.
Sistem pendidikan agama
kita tidak berkesan – Wardina
FMT Reporters | May 14, 2015
PETALING JAYA : Sistem pendidikan agama di negara ini perlu dirombak kerana melahirkan mereka yang hanya takut kepada agama tetapi tidak memahami ajarannya.
Pendapat itu disuarakan selebriti tempatan, Wardina Safiyyah menerusi blognya, Wardina Safiyyah Officialpage yang membincang isu penderaan seksual melibatkan kanak-kanak.
“Murtad, buang bayi, buli… bukan tiada agama. Malah semua pernah ke kelas agama. Soalnya kini tolonglah rombak kembali sistem mengajar agama.
“Kerana nah..hasilnya ianya sekadar fakta yang langsung tiada erti. Agama cuma ritual. Pakaian, puasa dan raya. Agama tidak difahamai cuma ditakuti Ada apa pada simbol agama kalau tiada langsung merubah diri. Berapa ramai dari kita keluar kelas agama… tidak faham pun apa yang diajari?,” tulisnya.
Wardina yang sedang melanjutkan pelajaran di Australia berkata, orang yang tidak cerdik dihantar untuk mempelajari agama dan mereka yang pandai mendapat biasiswa untuk perkara dunia.
“Kenapa agama yang sepatutnya mendekatkan, menjauhkan kita? Kenapa agama yang menyatukan, menyebabkan kita berkelahi?
“Kenapa agama yang memaafkan membuatkan kita menjadi pembenci? Kerana apa ya? Kerana agama tidak sampai ke hati?,” soalnya.
Sehubungan itu, beliau berharap cendekiawan di negara ini supaya berbincang bersama dan merombak sistem pendidikan negara ini termasuk kaedah pengajaran dan pembelajaran agama.
“Kenapa agama itu simbolnya tudung dan serban semata? Bukan nilai empati, kasih sayang dan sikap menghormati?.” katanya.
Mengulas komen seorang pengguna Facebook, Wardina berkata, masalah itu tiada kaitan dengan hudud dan undang-undang itu tidak dapat menyelesaikan semua masalah.
Ini kerana, katanya, masalah itu telah lama berakar umbi dalam masyarakat dan sistem pendidikan negara.
“Perkara ini boleh diubah melalui sistem pendidikan. Tetapi apabila kita mempunyai menteri dan ahli politik yang bertanggungjawab terhadap pendidikan. Ia tidak berkesan,” katanya.
sumber skrip -

"Masalah sosial berlaku kerana sistem pendidikan agama hanya melahirkan mereka yang takut kepada agama tetapi tidak memahami ajarannya.

Comments
Post a Comment