Selamatkan PAS..! -UAA Jelaskan Faktor !!!!

Ramai menjangkakan pertandingan kali ini antara Hj. Hadi dan Ustaz Ahmad Awang cukup menarik bro ! dan ramai yg kata, Hadi akan mengekalkan kerusi presiden bro !

UG  kian marak berkempen di media sosial sampai melalut-lalut bro...hangpa cari sendiri laa..maleh aku nak up kat sini...kah kah kah

Aku pula besar keyakinan kali ini jawatan Hadi ini akan terlepas kpd UAA bro ! jangan fikir pencalonan yg sedikit tidak boleh menggugat yang banyak? Aku melihat Perang Badar Al-Kubra dimenangi oleh Islam sekalipun tantara musyrikin Quraish belipat ganda banyaknya...Rome yang dikalahkan oleh Islam satu lagi contohnya ! betapa kelompok (fiaah) yg kecil boleh kalahkan fiaah yang besar dengan izin Allah..wallahu'alam. 





www.ceritapanaz.net

Baca - Penyokong Husam Musa Akan Beri Undi Kepada Ustaz Ahmad Awang

Kenapa saya cabar presiden PAS


Ketika kenyataan rasmi ini ditulis, saya baru sahaja selesai mengikuti program Global Convention Of Scholars For Palestine yang berlangsung di Beirut selama seminggu bermula 16 Mei lalu.

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang disokong pihak yang mahu melihat Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ulama dicabar, kata Mingguan Malaysia. – Gambar ihsan Ahmad Awang, 17 Mei, 2015.

Mudah-mudahan kenyataan ringkas ini mampu menjawab persoalan rakan-rakan dalam PAS dan rakyat umumnya berhubung sebab dan tujuan saya menerima pencalonan untuk bertanding presiden PAS sesi 2015-2017.

PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang dipandu perlembagaan, telah menetapkan dalam Kaedah 4.8.6, Peraturan-Peraturan Pemilihan PAS 2013 (Pindaan 2014), bahawa “Hanya calon-calon yang mendapat sekurang-kurangnya dua pencalonan sahaja yang layak bertanding di dalam pemilihan kecuali bagi kawasan yang mempunyai kurang daripada lima (5) cawangan dan negeri yang mempunyai kurang daripada 5 kawasan di mana satu (1) pencalonan sahaja sudah memadai bagi Kawasan dan Negeri tersebut”.

Justeru penerimaan pencalonan ini secara asasnya kerana diizinkan bahkan diraikan dalam jemaah yang kita sayangi ini.

Bahkan jika sahabat-sahabat lama PAS masih ingat, pertandingan seumpama ini pernah berlaku antara Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Prof Zulkifli Muhammad sekitar tahun 1956.

Prof Zulkifli Muhammad 
Dr Burhanuddin Al-Helmy
tunjang penubuhan PAS







Menariknya pertandingan ketika itu menatijahkan kesan yang baik kepada jemaah dan meningkatkan ukhuwah dan mahabah sesama anggota PAS.

Rentetan sejarah positif berikut, saya dengan penuh takzim menggagaskan faktor-faktor utama yang mendorong saya bertanding:

(1) Saya berhasrat - tentunya dengan dokongan semua - ingin mempererat ukhuwah, dan memperkukuh kesatuan ahli bertunjang kasih sayang kerana Allah. 

Perkara ini sudah pasti bermula dengan memupuk kesepaduan dalam kalangan pimpinan sesuai dengan peranan yang disebut dalam Fasal 26 (1) (d) iaitu "Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing".

Persaudaaan serta ukhuwah
tidak mengenal warna kulit dan Batas Bangsa..
Manusia paling mulia kerana taqwa mereka
kpd Allah Taala.

PAS perlu menekuni firman Allah dalam surah As-Soff “kal bunyanum marsus”, iaitu seperti binaan yang saling memperkukuh dan menguatkan antara satu sama lain.

Setiap ahli keluarga PAS perlu menginsafi bahawa 'binaan' PAS ini tidak dibina dengan hamparan merah. Perit dan jerih silih berganti.

Maka sudah menjadi tanggungjawab semua untuk memastikan 'binaan' ini terus utuh demi memikul amanah siasah dan dakwah di bumi Malaysia ini.

Islam ialah agama yang menyeru kebaikan
untuk manusia seluruh alam

Dengan kesatuan ukhuwah ini juga, seluruh saf jemaah dapat memberi fokus untuk menunaikan amanah pentadbiran bagi negeri yang telah PAS menangi seterusnya berusaha memenangi negeri-negeri yang masih belum lagi kita menangi.

Amanah yang dipundakkan di bahu PAS hakikatnya terlalu berat. Hampir mustahil amanah ini dapat dilunaskan jika ahli dan pimpinan di setiap peringkat tidak fokus dan tidak bersatu.

(2) Meraikan perbezaan pandangan lantas mengurusnya dengan hikmah dan bijaksana. 

Sebagai sebuah gerakan Islam yang cukup berpengalaman, dan memiliki bilangan ahli yang mencecah jutaan, bukankah perbezaan pandangan itu sememangnya sukar untuk dielakkan?


Mustahil untuk PAS mempunyai hanya satu pandangan sahaja. Ini membuktikan PAS sememangnya sarat dengan potensi dan kebijaksanaan yang perlu diraikan dan diurus untuk manfaat PAS itu sendiri.

Kita tidak mahu lagi PAS dikotak-kotakkan dengan perbezaan profesional dan ulama. Kita juga tidak mahu lagi PAS dijurangkan dengan sentimen 'anti itu' dan 'anti ini'.

Keadaan ini sesuai sepertimana yang diungkapkan oleh Al-Qaradhawi, "Perbezaan pendapat itu tidaklah berbahaya, khususnya dalam soal furuk sebahagian usul yang bukan asas. Akan tetapi yang berbahaya adalah perpecahan dan permusuhan yang telah diingatkan Allah dan Rasul-Nya kepada kita!"

Setiap sosok tubuh ahli PAS itu adalah rahmat yang Allah kurniakan kepada PAS. Maka terpulang kepada kepimpinan sam aada untuk bersyukur atau mensia-siakan peluang yang Allah berikan.

(3) Terus mempersada PAS di arena nasional. 

PAS mempunyai 21 Ahli Parlimen dan 83 Adun di seluruh Malaysia. Jika rakyat mahu melihat bagaimana PAS jika diizin Allah memerintah Malaysia, maka 21 Ahli Parlimen dan 83 ADUN inilah yang akan menjadi ‘qudwah’ atau contoh panduan kepada rakyat.

PAS perlu sentiasa mengiktriaf dan menghargai peranan ahli Parlimen dan ADUN PAS.


Wakil-wakil rakyat inilah yang perlu sentiasa aktif membincangkan polisi-polisi di peringkat nasional dan negeri, mencadangkan pembaharuan kepada Kerajaan, dan perlu bersikap akomodatif kepada tuntutan rakyat.

Selain mengoptimumkan peranan wakil-wakil rakyat PAS, PAS mempunyai ramai lagi tokoh berketerampilan yang boleh dikehadapankan.

Lihat saja sejarah, terlalu ramai pemimpin PAS yang menjadi tulang belakang kepada perjuangan rakyat. Saya percaya inilah harapan rakyat terhadap PAS.

Rakyat mahu melihat kepimpinan PAS terus menjadi peneraju dalam memperjuangkan isu-isu mereka.

(4) Terus aktif berpartisipasi dalam isu-isu internasional. 

Pengalaman 17 tahun sebagai Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) cukup mendedahkan saya betapa PAS perlu menjadi pendukung kuat kepada agenda pembangunan Islam sejagat.


PAS merupakan antara gerakan yang terkehadapan dalam mengetengahkan Islam di lapangan demokrasi.

Oleh itu saya berhasrat untuk memastikan PAS akan terus aktif menyertai forum-forum antarabangsa bagi berkongsi pengalaman PAS untuk manfaat gerakan Islam sejagat.

Hari ini dunia Islam berhadapan dengan rencam global yang sangat mencabar. Serangan terhadap Islam datang dari segenap penjuru.

Wujud kempen halus yang cuba melabelkan Islam sebagai antidemokrasi dan prokeganasan.

Bahkan terkini, hukuman yang dijatuhkan oleh pihak penguasa Mesir keatas Dr Muhammad Morsi, rakan-rakan seangkatan beliau dan Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi juga sudah cukup memperlihatkan kebangkitan Islam dalam pentas politik antarabangsa perlu diurus dengan penuh gagah dan berstrategi.

sumber - Daulah Rakyat

Maka kehadiran PAS di arena antarabangsa itu sendiri sudah cukup untuk menjadi jawapan kepada seluruh tohmahan negatif ini.

Selama 61 tahun di lapangan demokrasi, PAS terus konsisten mengetengahkan Islam sebagai penyelesaian kepada permasalahan ummah.

Akhirnya, saya melihat bahawa teras kekuatan PAS selama ini ialah ahli yang bersatu padu, mengutamakan perjuangan lebih daripada kepentingan diri dan keluarga serta hala tuju dan matlamat yang jelas sama ada di dunia mahupun akhirat.

Ketika ketiga-tiga ini kembali menyatu dan kukuh, saya yakin dan percaya PAS tidak hanya akan hadir sebagai tiang seri kekuatan Pakatan Rakyat bahkan lebih jauh mampu membuktikan kepada dunia bahawa PAS mampu melaksanakan sebaiknya amanah kepimpinan.

Ini sebagaimana yang disebut Al-Mawardi, "Iqamatiddin wa siayatud dunya bih", membangunkan agama Allah dan mentadbir dunia dengannya.

AHMAD AWANG calon presiden PAS.


sumber - malaysiakini.com



      akhirkalam     
strataresearch.wordpress.com
Wayang Ulama Gelojoh (UG) dalam PAS: Usaha Terbaru Membolot Kuasa ...
Ideologi sebegini perlu diperdebatkan di dalam syura dan bukan dikeluarkan secara semberono oleh ulama yang tetap dapat satu pahala jikalau tersilap ijtihad
PAS sebagai parti yang menjadi harapan rakyat perlu berfikir secara inklusif dan bukan ekslusif bahawa hanya ahli PAS sahaja layak memberikan pendapat tentang hal ehwal parti. Sebabnya bila datang pilihanraya, yang bukan ahli dipujuk rayu untuk memberikan undi. PAS perlu serius untuk mengembalikan peranan syura yang disertai oleh pelbagai latar belakang dan tidak membiarkan golongan UG berbuat sewenang-wenangnya melanggar disiplin parti semata-mata atas nama ‘kepimpinan ulama’..strataresearch.wordpress.com


Kredit FBRose Hitam

Muktamar tahun ni mesti buat persediaan awal...kena make sure ambulance ada takut ada yg tumbang sbb thn lps 2 org dh tumbg...kene ready microphone takut ada yg rampas...kene ready mangga pintu takut ada yg kuaq dewan...kena ready teks bacaan doa takut ada yg melalut pi doa laknat...kena ready bomba takut ada yg bakaq kereta...kena ready wartawan sbb sure olamak jd cover depn akhbar prono...kena ready kerusi presideng takut ada yg x nk lepas kerusi...kene belajaq dr sejarah muktamar tahun lepas angkara walak memvavi vuta...kikiki...Rose Hitam



Kembalikan Gemilang Era AlmarhumUst. Fadhil NorPas perlu perubahan Pucuk Pimpinan Utama PAS









Comments

  1. Siapa yang suka ulama yang melabel jemaah sendiri broker, barua dan terbaru sekali "tolol"... mungkin untuk menyaingi sahabat karibnya najib razak yang melabel blogger sendiri sebagai "bangang".

    Pelik. Akhlak begini terus menerus disokong sesetengah puak. Kita pun menghairani apa sebab musababnya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO