Insiden Memalukan di PRK Ptg Pauh - [VIDEO]

Sementara menunggu pengumuman rasmi PRK P44 Permatang Pauh bro !..elok lihat dulu beberapa insiden yg cukup memalukan bila beberapa insiden terctus membabitkan pergaduhan antara penyokong yg bertanding hari ini..Kewarasan berpolitik belum lagi mendarah daging dalam generasi baru dan sedikit generasi lama? Kenapa? Anda sendiri boleh fikirkan




Nasib empat calon dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh akan terjawab hari ini.
Mereka ialah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia atau PRM) dan Salleh Isahak (bebas)..63% sudah keluar mengundi



Seorang warga emas menunggu di luar pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti di Permatang Pauh untuk melaksanakan tanggungjawab membuang undi bagi memilih wakil rakyat menerusi Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh yang berlangsung hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 7 Mei, 2015.


Permatang Pauh: Ada berakhir di hospital
Published on May 6, 2015Berlaku pergaduhan antara penyokong BN, PKR dan pihak polis di sebuah sekolah di Permatang Pauh.
Ia menyaksikan terdapat penyokong yang cedera semasa pergaduhan itu telah dihantar ke hospital.
Puluhan anggota polis antirusuhan berkawal di hadapan sekolah tersebut.
Seramai kira-kira 200 penyokong BN dan PKR berada bertentangan jalan di sekitar Tanah Liat..kinitv
Permatang Pauh: Ada berakhir di hospital


Penyokong PKR dan Barisan Nasional bergaduh di luar pusat mengundi SMK Guar Perahu, hari ini menyebabkan anggota polis dan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya terpaksa meleraikan pergaduhan dan menasihatkan kumpulan berkenaan bertenang. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Mei, 2015.

Penyokong BN, Pakatan bertumbuk di SMK Guar Perahu



Pergaduhan Di Antara PAS Dan PKR Di Permatang Pauh
Published on May 6, 2015Difahamkan sekumpulan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah ‘bertempur’ dengan sekumpulan penyokong PAS di Simpang Tiga, Kubang Semang di Permatang Pauh…Mynewshub Channel
***************

Seorang individu mengaku sebagai 'Sarjan Wong' dipercayai menyamar sebagai petugas parti di pondok sementara PKR di Jalan Berapit, Penanti, Permatang Pauh. – Gambar The Malaysian Insider, 7 Mei, 2015

PKR cekup ‘tentera darat’ menyamar petugas parti





Pengadu, Tan Soo Eng (dua dari kanan) mengadu kepada pemimpin Pakatan Rakyat apabila beliau tidak dapat mengundi dalam pilihan raya kecil yang berlangsung di Permatang Pauh, hari ini. Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Mei, 2015. 
Seorang pengundi berusia 70 tahun, mendakwa diarahkan mencelup jarinya ke dalam botol walaupun tidak diberikan kertas mengundi kerana namanya dicatatkan sebagai sudah mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Permatang Pauh hari ini..Kah Kah Kah


**************

Penyokong BN Cabut Lari, BN Tersungkur Awal Di Kubang Semang

Ketika sebilangan besar penyokong Pakatan Rakyat masih kekal berkumpul di bahu jalan utama Kubang Semang, rata-rata penyokong Umno Barisan Nasional tersungkur awal apabila rata-rata mereka meninggalkan kawasan ini. Penyokong Pakatan pula memperhebatkan lagi sokongan terhadap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan terus kekal bersorak dan melaungkan semangat Reformasi. Mereka juga mengibarkan bendera dan poster Wan Azizah, sebaliknya penyokong BN lesu dan hanya melihat semangat penyokong Pakatan.



 Sehingga 2.00 petang tadi, penyokong Umno BN didapati ‘cabut lari’ setelah mendengar laungan bersemangat penyokong Pakatan. Yang tinggal, cuma segelintir penyokong dan bendera parti itu yang dibiar menyembah bumi dan berselerak.



Sumber -  KeadilanDaily



************


PRK Permatang Pauh: Jurufoto ditumbuk
Jurugambar KL Express, Mahathir Mohammad menunjukkan kecederaan di kepalanya selepas dipercayai dipukul oleh sekumpulan penyokong parti di SK Tanah Liat. Foto ihsan..TRP



Seorang wanita cedera dalam kejadian perkelahian yang berlaku di SMK Guar Perahu. – foto ihsan..TRP

Sila layari -  PRK Permatang Pauh: Jurufoto ditumbuk







Comments

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$