'Missing-in-Action' ? PAS Rompin Apa dah Jadi?

Kalau kat Ptg Pauh? bukan main lagi grombolan ostad muda dok main sentimen pengundi agar jangan undi sama itu PKR? Awat depa nie tak pakat ramai2 pergi ke Rompin? kurang2 pun boleh peramai boleh kempen? Awat lesu bro?

Pas bukan masuk bertanding pun kat Ptg Pauh? patutnya grombolan ostad muda2 P.Pinang tu pergi sana..Ini tidak? dok riuh macam nasi mantah kat sini? 
Dengaq kata calon depa pergi Pulau Tioman sampai 3 hari? apa pi cari kat sana tu? 

Kah Kah Kah

Analisis PRK Rompin: 
PAS ‘apa dah jadi’?



 Ustaz Nazri bersama jenteranya dilaporkan 'missing-in-action', difahamkan berada di Pulau Tioman, sejak tiga hari berturut-turut. - Foto fail TRP/Mokhsin Zamani

************

ROMPIN, 3 April:
Dua hari sahaja lagi siapa pengganti penyandang, Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis bakal diketahui pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, yang menyaksikan pertarungan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasan Arifin menentang calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad.
Apabila bicara suasana politik di Rompin, umum diketahui seluruh pimpinan jentera BN ‘agresif’ sejak awal turun padang berkempen bersama calon mereka.
Malangnya, PAS dilihat lesu seolah-olah jentera parti mereka ‘menyerah kalah’ dari awal lagi.

Apakah sudah jadi? Siapa yang memimpin strategi kempen PAS di Rompin? Mana barisan pimpinan pusat parti itu di Rompin, sedangkan mereka ‘agresif’ di Permatang Pauh?
Tatkala melangkah di Rompin, semangat ‘roh’ PAS tidak wujud. Bukan sebab BN menyerlah, tetapi PAS berseorangan.
Para wartawan cuba mendekati Ustaz Nazri, tetapi ia dihalang oleh kelemahan komunikasi petugas parti, walaupun diminta hanya lima minit wawancara!

Sebelum itu, Ustaz Nazri bersama jenteranya dilaporkan ‘missing-in-action’, difahamkan berada di Pulau Tioman, sejak tiga hari berturut-turut.
Seharusnya, Ustaz Nazri ‘mesra media’ supaya setiap ceramah dan kempen mendapat liputan media massa.

Sudahlah setiap ceramah seperti ‘suam-suam’ kuku, barisan hadiran juga tidak ramai, ditambah pula layanan ‘kalut’ jentera PAS kepada para wartawan dengan menafikan hak untuk bertemu calon mereka

Sekumpulan penyokong PAS membuat protes GST di Jalan Dato Ibrahim, Kuala Rompin. – Foto TRP
Banyak nie saja ke? lesu bro. Lesu..apa pun cobalah..mana tau boleh 'up-set' nanti ?

Anggapan penyokong-penyokong tegar di sini bahawa PAS kekurangan dana untuk kempen pilihan raya, tidak masuk akal langsung.
Setiap parti ada bajet ‘standby’ jika berlakunya pilihan raya. Jangan pandang pada BN sahaja, DAP pun mampu keluar bajet untuk laksana kempen ‘agresif’ secara berseorangan, tanpa PAS dan PKR.

Ada ‘cakap-cakap belakang’ PAS memilih calon yang salah. Tidak pandai komunikasi, kurang menonjol dan tiada wawasan untuk rakyat Rompin. Kedengaran juga, ada dua tiga calon lebih layak daripada Ustaz Nazri, dan akan boikot tidak keluar mengundi kali ini.

Senario di Permatang Pauh jauh lebih meriah dengan kehadiran barisan kepimpinan tinggi PAS Pusat (bukan ulamak), tetapi di sini hanya Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ‘kadang-kadang’ turun padang berkempen. Tetapi, tidak nampak kelibat Pengarah Jentera Pilihan Raya Rompin, Ustaz Nasruddin Tantawi, yang digelar Panglima Sakti, di setiap pelusuk Rompin.

Ceramah PAS yang kurang mendapat sambutan penduduk. – Foto TRP

Bagaikan menangguk di air keruh, isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diambil kesempatan PAS sebagai fokus utama kempen tanpa menyedari BN sedang berusaha meredakan keresahan rakyat dengan mencari penyelesaian terbaik isu ini. Mereka membantah GST tetapi tidak disertakan solusi daripada bantahan tersebut.
Lantas, wujud sentimen ‘tidak keluar mengundi’ untuk calon PAS, mula kedengaran. Walaupun mereka yakin BN menang dengan majoriti tinggi, namun PAS dilihat menuju di ambang kejatuhan.
Tidak kira apa juga keputusan percaturan politik selepas ini, PAS perlu menilai kembali hubungannya dengan parti gabungan dalam Pakatan Rakyat, di Muktamar Agung PAS yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Rompin pada 5 Mei ini.

Sumber: The Rakyat Post


Pas akan kuat, akan dilihat gagah
sekiranya tidak cuba meminggirkan diri dari
gabunagan PR yang selama ini sama2 susah senang 
dalam menghadapi lawan politik yang sebenar ! jangan
sampai yang dikendong berciciran, bertabrakan hanya kerana
ingin mempamirkan diri orang2 tertentu dan mengekalkan 
'status quo' seorang dua tertentu?
Taawun itu atawa saling berkerjasama dan bantu membantu
adalah lambang kekuatan sebenarnya..memang lawan politik kita maukan kita berpecah dan berantakan..itulah hasrat sebenar depa...



Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]