29 May - Ingatan perginya 'Gagak Di Rimba' - [VIDEO]

Kepada para peminat Allayarham Tan Sri P Ramlee, mungkin ada antara anda yang tidak mengetahui sebetulnya kisah hidup jatuh dan bangun Allayarham. Disebalik kehebatan filem beliau yang masih mampu membuat kita ketawa sehingga hari ini, tersimpan 1001 kisah yang menyedihkan.

Pertama kali aku menonton wayang P.Ramlee ialah sekitar tahun 1958 bro ! masa aku darjah satu sekolah atap dulu..'Abu Hasan Pencuri' itulah filem pertama yang ditayangkan di padang sekolah aku mengaji tu...punyalah seronok tengok wayang pacak masa tu...balik teringat tali yang jadi senjata P.Ramlee mengorat Mariam 'tahi lalat'..esoknya, kami ramai2 try berlakon semula aksi panjat tali tu bro !..Kah Kah Kah


Jangan lupa baca kisah 'tekpi' dan P.Ramlee yg aku dapat cerita 'direct' dari seorang kawan bro...






Poster Wayang dulu2 Bro !
Filem AHP - filem pertama aku tonton 


Meninggal dalam usia yang muda (43 tahun).Punca utama adalah masaalah stress oleh kerana terdapat musuh didalam selimut dan diasingkan oleh bangsanya sendiri.

Tetapi di Isytiharkan beliau meninggal kerana berpenyakit jantung. Beliau meninggal dalam keadaan tak berwang. Urusan jenazahnya di bantu oleh seorang teman karibnya.Untuk mengetahui lebih lanjut detik-detik kehidupannya seharusnya melihat dokumentari ini... hari-hari terakhir ketika seniman agung P. Ramlee 


Bersama Seniwati RokiahDalam filem 'Putus Harapan' 1952






Dalam Anaku Sazali
Misai berbentuk M jadi ikutan semasa ini bro ! 
A light moment: A file picture of P. Ramlee with Tunku Abdul Rahman


Tinggal KenanganP.Ramlee dan Saloma menghiburkan anggota tentera



P.Ramlee bersama Ho Ah LokePemilik Merdeka Studio Ulu Kelangdan sebahagian seniman seniwati, antaranyakelihatan Mahmud June (kiri sekali), Salmah Ahmad,Saloma dan lainnya...



Lagu Abadi Cinta Nyanyian Salbiah Harun/P.RamleePetikan filem Abu Hasan Pencuri.....


Keluarga P.RamleeNasir kelihatan diapit oleh P.Ramlee dan Saloma..
P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami daripada filem Tiga Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contohnya Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak).


Bersama peminatdi malam suatu pesta muda mudi

LATIFAH OMAR, P. Ramlee dan Saloma akan berterusan dikenang sebagai figura legenda dunia perfileman Melayu.


Ramlee bersalaman dengan saloma: Gambar Pancasitara 2 setelah Aziz Jaafar dan Normadiah dilambong cinta bro ! dan dikeluarkan!…kelihatan Kasim Masdor. Ahmad C dan Ahmad Daud...Panca Sitara diujudkan oleh Ramlee bagi mengimbangi pengaruh D' Platters yg jadi kegilaan anak muda masa tu bro ! dengar lagu panca Sitara Original (PS 1) video bawah nie bro !

Lagu Malaysia Baru Original.
Hidangan Panca Sitara 1 Dari filem Kaseh Tanpa Sayang (1963)Lagu Malaysia Baru M.Bakri dirakam semula pada tahun 1964 bro !


Lagu original P.Ramlee Panca Sitara 1 - Lagu Bila Malam Cemerlang Lagu Gemersik n Superb song bro ! Dengarkan

 Kisah Saat-Saat Sebelum Kematian Puan Sri Saloma

Enam Jahanam dan permainan 
senjata Tekpi oleh P.Ramlee..
Foto Ihsanwww.hmetro.com.my
DALAM filem Enam Jahanam, kita terpana melihat Tantari (lakonan Tan Sri P Ramlee) tangkas bermain tekpi, sejenis senjata bercabang tiga.

Namun, ramai tidak menyedari tujuh tahun sebelum Merdeka Studio, Hulu Klang menerbitkan filem itu, pengarah Salleh Ghani terlebih dulu memperkenalkan tekpi, senjata digunakan srikandi Melayu melalui filem Tun Fatimah terbitan Cathay Kris Film di Singapura pada 1962.



Bagi Pengasas dan Penasihat Pertubuhan Seni Silat Kuntau Tekpi Malaysia (PSSKTM), Abdul Sani@Rani Zainol, 69, sememangnya tekpi asing di layar perak kerana umum maklum keris dan pendekar Melayu bagai isi dan kuku.


Namun, beliau bersyukur sempat mencurah ilmu kepada P Ramlee pada era 1960-an, selain menggunakan laman rumah Salleh di Kampung Klang Gate Baru pada hujung 1980-an sebagai gelanggang bagi melahirkan pendekar tekpi.



Kehebatan permainan Tekpi seperti diceritakan Cikgu Shukor Mohaideen..
Bro ! Kebetulan satu malam aku pergi mengurut badan di rumah seorang sahabat dan aku berbual dgn Cikgu Shukor Mohaideen (pelakon yg pernah muncul dalam anak mami) arahan adiknya sendiri Prof Madya A Razak Mohaideen..beliau saja datang ke tempat itu nak jumpa kami, kerana kami adalah kenalan lama...

P.Ramlee belajaq dgn Pak Non di Parit Buntar selama 6 bulan sebelum beraksi dgn senjata tekpi dlm filem 6 Jahanam bro ! Tekpi ada 'Raja Senjata' bro ! permainannya begitu tangkas..dan P.Ramlee berjaya menamatkan pembelajaran Tekpi ini. 




Cikgu Shukor juga adalah seorang yang menguasai berbagai disiplin ilmu bela diri bro, beliau menguasai antaranya, silat sendeng, kuntau, tomoi, silat gayung, karate, aikido, tekpi dan lainnya..beliau juga belajar tekpi dgn Pak Non Parit Buntar dan beliaulah yg beritahu aku tentang P.Ramlee yg belajar tekpi dgn Pak Non itu..menurut cikgu Shukor, beliau memujuk Pak Non sampai 6 bulan (semasa beliau bertugas sebagai guru di sana dulu) dgn mengajak Pak Non makan roti kegemaran Pak Non setiap hari selama 6 bulan, barulah Pak Non bersedia jadikanya sebagai muridnya.

Jadi, P.Ramlee beraksi dgn senjata tekpinya sendiri dgn kebolehan sebenar, bukan lakonan saja..ini mungkin ramai yang tidak tahu tentang kebolehan 'Raja lawak' dan Raja Wayang' melayu ini..moga info ini boleh sikit dikongsi bersama.



Cikgu Shukor dan Adiknya Prof Madya 
A Razak Mohaideen (kanan)
P/S - Pak Non Parit Buntar adalah orang yang sama mengajar P.Ramlee bermain senjata Tekpi bro ! cumanya, bila Salleh Ghani meninggal, Pak Non ( Abdul Sani@Rani Zainol ) berpindah ke Parit Buntar bro! kerana di Kelang itu, rumah Salleh Ghani dijadikan gelanggang belajar Tekpi.





Ahmad Dadida
Ketua penjahat dlm 6 Jahanam
Beliau juga yg popularkan perkataan 'JEBON'
dalam Nasib Do Re Me ! 







Latifah Omar (tengah) bersama Tan Sri P. Ramlee, Saloma (kanan) dan Mariani merupakan pelakon terkenal dan berbakat bagi era filem hitam-putih.


P.Ramlee dan SalomaPasangan suami-isteri setiamenghibur berjuta manusia, dankini hanya tinggal kenangan......


P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat sakit jantung semasa mahu tiba di Hospital Kuala Lumpur dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Di atas adalah foto terakhir dirakam di S'pura ketika beliau hadir di satu pesta filem antarabangsa di sana.

Bangsa kita melayu, kurang menghargai kebolehan dan kemampuan anak bangsa sendiri...sudah berjuta manusia melayu dan berbagai bangsa lain dihuburkan oleh Lagenda Filem Melayu ini...lawaknya, dramanya, sedih dan tangisnya tiada siapa yg indahkan semasa hayat beliau kecuali segelintir kecil kawan2 sejati beliau sendiri...



Lagu 'rare' dari Ramlee Saloma
Dari Filem Gerimis 1968P.Ramlee menyanyi lagu dgn gurindam Bahasa MelayuLiriknya cukup hebat bro ! ditulus oleh penulis lirik yang hebat Datuk Jamil Sulong - Sementara Saloma menyanyi dlm Bahasa tamilyg liriknya ditulis oleh R.E. Shanmugam yg juga sebagai Chandra Shanmugam yg berlakon bersama ...anda patut tengok filem ini..Ramlee lebih awal tiupkan semngat 1M bro ! - untuk pengetahuan anda, P.Ramlee memang fasih berbahasa Tamil. 

 Lawak 'rare' n superb dari Ramlee n Tompel
Allahyarham A.R Tompel In Action, GERIMIS 1968sebahagian babak dari filem GERIMIS yang jarang sekali dimainkan dikaca TV. kredit to Music Valley


Kalau nak tulis pasal P.Ramlee..
sebulan pun belum boleh selesai kerjanya..
Putra Malaya ini...tiada satu dlm sejuta bro !
Gagak di Rimba sudah tiada...
Al-Fatehah untuk mereka yang penuh berjasa ini .



Comments

  1. P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun akibat sakit jantung semasa mahu tiba di Hospital Kuala Lumpur dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
    Di atas adalah foto terakhir dirakam di S'pura ketika beliau hadir di satu pesta filem antarabangsa di sana

    Kalau tak silap saya, ini di studio semasa rakaman lagu Mimi Loma -- Bawah rumpun bambu dan Epok2

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?