Saya mampu kalahkan Hadi – Ahmad Awang

UAA cukup optimis bro ! Optimis boleh kalahkan hadi AwangKalo ini jadi waqi' jadi kenyataan? Ya Bedu Bedu ! harapan untukmenapak ke Putrajaya akan kembali bersinar !apa pun kita rancakan beri sokongan kat UAA semampu boleh..





Ustaz Ahmad Awang Supporters

KUALA LUMPUR – Calon bukan pilihan dalam perebutan kerusi presiden PAS, Ahmad Awang, 79, yakin boleh memberikan saingan sengit terhadap penyandang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bekas naib presiden PAS dan bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia itu berkata demikian sewaktu bercakap pada forum “Mampukah PAS Dilonjakkan Pasca Jun 2015?”, malam tadi.


“Kalau tengok usaha saya, winning is achievable (kemenangan boleh dicapai),” katanya sambil tersenyum disambut sorakan dan tepukan daripada hadirin yang memenuhi auditorium Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

Ustaz Ahmad Awang Supporters
Disoal hadirin akan strateginya untuk berbuat demikian, Ahmad sekadar berkata ia satu rahsia yang pastinya tidak akan didedahkan kepada lawannya.

Namun terdahulu sebelum itu, beliau yakin tidak akan kalah dengan 100 undi sahaja.


Beliau turut mengunjurkan kesan yang akan berlaku jika beliau memperolehi hampir-hampir separuh daripada undi perwakilan.

Katanya, senario itu akan menyebabkan Hadi atau mereka yang berada di sekelilingnya menyemak semula pendekatan mereka menguruskan parti selama ini.


“Kalau kalah pun, takkan saya kalah dengan 100 undi sahaja. Kalau dia tidak berfikir pun, orang-orang sekeliling dia akan berfikir,” katanya.

Beliau turut berjanji tidak akan menubuhkan parti serpihan baru jika kalah.

Sebelum ke konvensyen Pas Perak~2015, Ustaz Ahmad Awang sempat lagi Tahnik kepada cucu mantan EXCO Pas Perak Yb Zainuddin dan diberi nama AzZahrah pagi ini 24.5.2015..Rakyat Bangkit

Semoga semuanya beroleh keberkatan Allah swt..

“Saya sayang sangat pada PAS dan kerana PAS ada kedudukan penting dalam Pakatan Rakyat, kalau saya ditakdirkan Allah menang, saya akan pastikan PAS terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

Tun Erdogan

“Kalau kalah pula, saya dan rakan-rakan saya takkan tubuhkan parti baru. Yang salah sekarang bukan PAS, tetapi mereka yang diberikan amanah,” katanya.

sumber - NewMalaysianPost.com


akhirkalam
Tun Erdogan

Atas kejayaan UMNO memperBUDAKkan Hadi dan kuncu2nya, terhasil la lagu UMNO yg diubahsuai...
SYABAS UMNO!!!..Tun Erdogan




Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?