Sekarang bukan masa untuk bercakap soal hudud – Exco PAS Pulau Pinang

Kali ini, seorang Exco PAS P.Pg yg juga ADUN PAS Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man, baru nampak berani menyatakan kedudukan sebenar 'kemelut' yg melanda Pas sejak kekosongan bagi kerusi Parlimen Ptg Pauh yang menampilkan DS Wan Azizah Ismail bagi menggalas tugas yg dikosongkan itu.

Sekarang rakyat bercakap GST, GST, GST ! Tiba2 sekumpulan kononnya pemuda Pas Bagan dok buat riuh lepas solat Jumaat di perkarangan Mesjid Batu, Ptg Pauh, demo konon ! menolak calon PKR ? Kah Kah Kah. Sapa dalang depa bro?

Begitu juga di #BatalGST  Ribuan rakyat prihatin turun berhimpun bagi membantah GST & korupsi kerajaan BN di ibu kota..pemimpin PAS Pro-Ulama? langsung tak nampak muka bro? Depa pi mana? Kah Kah Kah
Yang nampak hanya hanyalah Mat Sabu, Hatta Ramli, Dr. Dzul, Cikgu Ishak Surin, Sasterawan Negara A Samad Said dan beberapa pemimpin utama PKR dan PR tertentu sahaja...Ironisnya Ustz. Ahmad Awang yang dah berumur tu? turut meriahkan  #BatalGST .



 Perhimpunan aman menolak calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Masjid Batu selepas solat Jumaat semalam. - Fot fail TRP
************** 
Sekarang bukan masa untuk bercakap soal hudud 
– Exco PAS Pulau Pinang

PERMATANG PAUH, 2 Mei:

Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh bukanlah pentas yang sesuai untuk membicarakan isu hudud, kata ADUN PAS Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man.
Berkata kepada The Rakyat Post, Salleh berpandangan isu yang paling penting untuk dijelaskan kepada rakyat adalah berkenaan keadaan ekonomi negara dan juga kezaliman UMNO Barisan Nasional (BN).


Rakyat sangat bangga masih ada ulama pewaris nabi spt bekas Naib Presiden Pas, Tuan Guru Ustaz Ahmad Awang sanggup bersusah payah bersama rakyat mustad'afin dlm Himpunan Bantah GST ptg tadi, 1 Mei 2015 di Kuala Lumpur. Ia menyuntik semangat rakyat utk terus menentang GST yg zalim. Amacam? 

Beliau bercakap demikian ketika diminta mengulas berkenaan tindakan Ketua Penerangan PAS Bagan, Azmi Jaafar yang mengetuai himpunan aman menolak calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Masjid Batu selepas solat Jumaat semalam.


Rakyat dah temui ulama sedia bersusah payah dgn keperitan dan kesengsaraan marhain. Sanggup turun ke jalanraya. Menikmati jerih perih perjuangan mustad'afin. Semoga Tuan Guru Ustaz Ahmad Awang menjadi ulama contoh, ulama pewaris nabi yg tepat dan praktikal. Bukan slogan, bukan retorik, bukan bombastik. Amacam?

“Kita mesti fokus dalam keadaan hari ini, berkaitan masalah ekonomi, keadilan, kezaliman. Bab hudud ini InsyaAllah satu hari nanti kita akan laksanakan satu hari nanti.
“Saya tak rasa isu hudud akan memberi kesan kepada pengundi, sebab orang Islam dah faham cuma tinggal nak fahamkan kepada yang bukan Islam sahaja.
“Itu ambil masa sedikit,” katanya selepas memberikan ceramah anjuran DAP di Taman Ciku malam semalam.


Ulamak disegani -
Tuan Guru Hj Salleh Bin Musa 
memperkatakakan sesuatu kpd Wan Azizah
Ulamak Pas Kedah menyokong Kak Wan di Permatang Pauh..P44 Pematang PAUH
Salleh yang juga salah seorang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu malah melabelkan Azmi sebagai ejen UMNO.
Jelasnya, tindakan yang dilakukan Azmi tidak mencerminkan bahawa individu itu sebagai ahli parti berkenaan.
“Saya merasai mereka didalangi UMNO, sebab wajah-wajah mereka selama ini pun adalah ejen-ejen UMNO.
“Kalau kata betul-betul mereka PAS, mereka tidak akan bertindak sedemikian.
“Sebab tindakan mereka ini hanya menguntungkan UMNO BN, bukan pihak kita,” katanya lanjut.


Walaupun ada yg boikot, kutuk, perlekeh dlm kalangan segelintir sekutu Pakatan Rakyat, namun matlamat Himpunan Hari Pekerja 1 Mei ptg tadi utk menyampaikan mesej bantahan terhadap dasar menindas GST berjaya. Lebih 50,000 rakyat nyatakan bantahan. Amacam?
Pada tengah hari Jumaat, Azmi mengetuai himpunan aman menolak Wan Azizah atas alasan parti PKR dan juga DAP berlaku biadap kepada kepimpinan Ulama PAS.
Itu termasuk keengganan DAP dan juga PKR memohon maaf secara terbuka kepada parti Islam itu kerana menolak hudud.

Salleh bagaimanapun tidak menganggap isu hudud akan memberikan kesan yang besar kepada keputusan PRK Permatang Pauh.
Justeru itu, beliau menggesa pengundi-pengundi di kawasan berkenaan untuk menjalankan tanggungjawab mereka pada 7 Mei ini bagi memilih pemimpin mereka di kawasan tersebut.


Pemimpin berjiwa rakyat. Dia ulama pewaris nabi, seorang lagi Sasterawan Negara. Tidak kekok, tidak canggung naik lori dlm perarakan dari Dataran Merdeka ke KLCC. Inilah yg menggembirakan rakyat. Mereka bukan golongan elit yg sentiasa dibuai dgn karpet merah. Tahniah Dato' Dr A Samad Said, Tuan Guru Ustaz Ahmad Awang. Dan di dlm lori itu juga ada Ketua Muslimat Pusat, YB Siti Zailah Mohd Yusoff. Tahniah juga, Pakatan Harapan Rakyat. Lori yg diinfaqkan oleh Hj Dollah, agen Unit Amal. Amacam? #BatalGST 

“Saya tak nafikan mungkin berlaku kekurangan majoriti mungkin sebab (hari mengundi) dibuat pada hari bekerja.
“Tapi saya yakin mereka akan tunaikan atas dasar tanggungjawab.
“Saya tak rasa ada cubaan untuk merosakkan undi, sebab bukan senang nak dapat peluang pilihan raya,” ujarnya.

Salleh merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Permatang Pasir yang memenangi undi besar pada pilihan raya lalu dengan majoriti lebih 6,000 undi.

Kawasan Permatang Pasir dilabelkan sebagai kubu kuat PAS yang terdiri daripada lebih 80 peratus pengundi Melayu..The Rakyat Post



Kita Lawan sebagai rakyat..

Kita Lawan tak tutup muka..
Kami tak malu suarakan bantahan

Kami akan malu kalau rakyat lagi terhina oleh umno BN..Ibrahim Mat Isa



Layan Video Sekejap bro

GST Akan Makan Diri BN
Published on May 2, 2015Pembangkang menegaskan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) di negara ini bakal memakan diri BN sekali gus memendekkan tempoh riwayat pemerintahan parti tersebut. 
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata demikian, ketika menyampaikan ucapan di himpunan  ‪#‎BatalGST‬ di KLCC, semalam..Sinar tv




Pas Tak Boikot Wan AzizahPublished on May 2, 2015Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat menafikan ada ahli parti itu yang menolak untuk menyokong calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi memenangi PRK Permatang Pauh..Sinar TV

Bro ! yang boikot tu adik2 kecik Pas jer ! agaknya akai belum penuh lagi? tak tau nak beza yg mana arahan Pusat? yang mana kalamanyaq cawangan? kah kah kah



Comments

  1. marah kt PKR psl hudud pastu xnk ckp psl hudud lak.

    ReplyDelete
  2. selagi xpegang kekuasaan negara.....apa pun xboleh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$

Erdogan arah gabenornya ketuk pintu si miskin, bukan sebaliknya - VIDEO