Kasiannnnnnnnn Pak Yim - Syok Sendiri [VIDEO]
Saya lagi bagus dari Pak Lah dan Anwar, kata Ibrahim Ali
Rajin sungguh depa pi dok interview Pak Yim, Tokeh Perkasa nie bro! apalagi, pantang dapat mic bro ! dia hantam semua orang, semua orang tak baguslah ! Pak Lah Tak bagus, Anwar tak bagus, PKR ganaslah, menteri pun bisu? tapi dia tak sebutlah menteri mana pulak? Pening bro ! Pening ngan Tok Yim nie..rajin sungguh dia bebel dan tuding semua orang? Itu artinya dia baguslah ! Kah Kah Kah
Kali ini aku rangkum tiga video berkaitan..hangpa boleh layan bro !
Kah Kaha Kah
Saya lagi bagus dari Pak Lah dan Anwar, kata Ibrahim AliPublished on 08 May 2015 Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali mendakwa dirinya menjadi mangsa cemburu di kalangan ahli dan pemimpin Umno sehingga tidak diberi peluang untuk memegang jawatan penting dalam negara sedangkan beliau bebas daripada sebarang sejarah korupsi.
Dakwanya, beliau sebenarnya jauh lebih layak jika dibandingkan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim..kinitv
PERKASA dakwa PKR parti ganas, ekstrimPublished on 08 May 2015 Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini melabel PKR sebagai parti ganas dan ekstrim berikutan beberapa insiden kekecohan yang berlaku membabitkan penyokong parti itu dan Umno sepanjang pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Katanya, keganasan tercetus berikutan kenyataan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang menuduh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai 'barua Umno' dan ini menjadikan penyokong parti itu semakin ganas..kinitv
PERKASA: Pecat menteri 'bisu'Published on 08 May 2015Kumpulan pedesak Melayu, PERKASA mahu kerajaan merombak semula jemaah menteri dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta agensinya yang dilihat 'membisu' serta tidak mempertahankan dasar-dasarnya.
Sambil mengakui Umno kini ketandusan pemimpin, menurut Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali, golongan 'bisu' itu perlu digantikan dengan orang yang lebih layak..kinitv
***************
Semua kamu ketawakan sayaKerana berlainan sangat dari kamuDan aku ketawakan kamu semua pulaKerana kamu semuanya sama saja !
John Diaper
Comments
Post a Comment