Yang Mana Lebih Mudharat Sekarang Ini ??
Kenyataan Suhaizan Kaiat bahawa isu GST tentunya lebih mudharat dari isu Hudud justeru ada kebenarannya bro ! kerana isu ini menyangkut semua umat dan warga Maalaysia tanpa kecuali ? elok kita renungkan apa justifikasi Ketua Pemuda Pas ini berkaitan kemelut boikot dan menarik diri oleh anak buahnya di Pulau Pinang sekarang ini ! yang sedikit banyak memberi kesan kepada jentera Pas untuk berkempen memenangkan calon PKR pada PRK Permatang Pauh, pada 7 Mei ini.
Isu GST lebih mudarat dari hudud, kata Suhaizan
NIZAM ZAIN
27 April 2015
SHAH ALAM - Pemuda Pas Pusat mengakui isu hudud yang menjadi perbalahan antara anak buahnya dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Pulau Pinang sedikit banyak memberi kesan kepada jentera Pas untuk berkempen memenangkan calon PKR pada PRK Permatang Pauh, pada 7 Mei ini.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat bagaimanapun menyifatkan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebagai isu paling besar sepanjang kempen pilihan raya kawasan itu.
"Adalah masalah sikit tapi tidak besar dan tidak ganggu jentera berkempen untuk PKR.
"Saya ingat isu GST lebih besar sebab kita telah dijelaskan (isu hudud) pada pertemuan lalu dengan pimpinan DAP, PKR dan pimpinan Pas kawasan sendiri," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas perbalahan Pemuda Pas Pulau Pinang yang bertindak menutup bilik gerakan parti itu dan enggan membantu berkempen memenangkan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada PRK Permatang Pauh.
PKR menamakan Wan Azizah sebagai calonnya pada PRK Permatang Pauh bagi mempertahankan kerusi yang dikosongkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Persekutuan mendapati beliau bersalah dalam kes liwat II dengan hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, pada 10 Februari lalu.
Kemelut antara parti dalam PR berhubung isu hudud dalam kempen PRK Parlimen Permatang Pauh dijangka meninggalkan kesan mendalam dalam usaha parti pembangkang itu meraih sokongan pengundi Melayu.
Perbalahan itu yang berlarutan sejak Pas membawa Rang Undang-undang (RUU) Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah ke persidangan Dewan Rakyat memberi ruang kepada BN untuk menambah majoriti undi pada pilihan raya kawasan itu.
Ketika ditanya mengenai peluang PKR untuk mempertahankan kerusi yang diwarisi Anwar itu atas faktor undi simpati, Suhaizan bagaimanapun tidak menolak kebarangkalian tersebut.
"Ya masih ada (undi simpati), insya-ALLAH boleh menang lagi, tapi kena terus bekerja seperti biasa.
"Masyarakat kawasan itu sudah terlalu banyak kali berdepan dengan pilihan raya, dan sudah ada keputusan sebenarnya dalam minda mereka untuk berdepan dengan PRK kali ini," ujarnya.
Sementara itu, Suhaizan juga berkata meskipun Pemuda Pas Pulau Pinang sudah menutup semua bilik gerakan parti itu di kawasan itu, namun jentera Pas dari negeri lain beroperasi seperti biasa.
"Bilik gerakan lain memang tiada, bilik gerakan Pas sekarang ialah markas operasi di Pejabat Adun Permatang Pasir di Permatang Binjai.
"Kawasan itu tidak besar, kecil saja kawasan itu. Ya selainnya program bersama, kalau diperlukan kita akan turun (kempen di kawasan lain)," katanya lagi.
Ulama dan profesional bertaut
membina generasi gemilang masa depan
Ulama jujur, ikhlas begini wajar diberikan sokongan !!!
Suhaizan Kaiat |
Isu GST lebih mudarat dari hudud, kata Suhaizan
NIZAM ZAIN
27 April 2015
SHAH ALAM - Pemuda Pas Pusat mengakui isu hudud yang menjadi perbalahan antara anak buahnya dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Pulau Pinang sedikit banyak memberi kesan kepada jentera Pas untuk berkempen memenangkan calon PKR pada PRK Permatang Pauh, pada 7 Mei ini.
Dr Wan Azizah (empat, kiri), Zairil (lima, kiri) dan Mohamad Sabu (enam, kiri) hadir perasmian bilik gerakan besar PR, di Kubang Semang semalam. |
"Adalah masalah sikit tapi tidak besar dan tidak ganggu jentera berkempen untuk PKR.
"Saya ingat isu GST lebih besar sebab kita telah dijelaskan (isu hudud) pada pertemuan lalu dengan pimpinan DAP, PKR dan pimpinan Pas kawasan sendiri," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Hapus GstFriends Of PAS |
Beliau berkata demikian ketika mengulas perbalahan Pemuda Pas Pulau Pinang yang bertindak menutup bilik gerakan parti itu dan enggan membantu berkempen memenangkan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada PRK Permatang Pauh.
PKR menamakan Wan Azizah sebagai calonnya pada PRK Permatang Pauh bagi mempertahankan kerusi yang dikosongkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Mahkamah Persekutuan mendapati beliau bersalah dalam kes liwat II dengan hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh, pada 10 Februari lalu.
Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bergambar dengan penyokong yang memegang sepanduk kempen. - Foto Sinar Harian |
Perbalahan itu yang berlarutan sejak Pas membawa Rang Undang-undang (RUU) Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah ke persidangan Dewan Rakyat memberi ruang kepada BN untuk menambah majoriti undi pada pilihan raya kawasan itu.
Ketika ditanya mengenai peluang PKR untuk mempertahankan kerusi yang diwarisi Anwar itu atas faktor undi simpati, Suhaizan bagaimanapun tidak menolak kebarangkalian tersebut.
P44 Pematang PAUH |
"Masyarakat kawasan itu sudah terlalu banyak kali berdepan dengan pilihan raya, dan sudah ada keputusan sebenarnya dalam minda mereka untuk berdepan dengan PRK kali ini," ujarnya.
Sementara itu, Suhaizan juga berkata meskipun Pemuda Pas Pulau Pinang sudah menutup semua bilik gerakan parti itu di kawasan itu, namun jentera Pas dari negeri lain beroperasi seperti biasa.
Rafizi Ramli |
"Kawasan itu tidak besar, kecil saja kawasan itu. Ya selainnya program bersama, kalau diperlukan kita akan turun (kempen di kawasan lain)," katanya lagi.
***********
Ulama dan profesional bertaut
membina generasi gemilang masa depan
Ulama jujur, ikhlas begini wajar diberikan sokongan !!!
Comments
Post a Comment