Surat Jokowi Tak Laku, Pembantu Rumah Indonesia Tetap Dipancung -[ 2 VIDEO ]

Hukuman Qisas telah dijalankan di Arab Saudi sejak sekian lama..terbaru dua orang amah (pembantu rumah) Indonesia telah menjalani hukuman pancung di Saudi kerana di dapati bersalah membunuh anak perempuan majikan mereka berumur 4 tahun dan seorang lagi atas kesalahan yang sama.

Keluarga mangsa enggan memaafkan pembunuh tersebut iaitu Siti Zainab Duhri Rupa dari Bangkalan, Madura dipenggal kepalanya pada pagi Selasa di Madinah dan Karni Medi Tarsim, berasal dari Brebes, Jawa Tengah pada pagi Khamis di penjara Yanbu dekat Jeddah.

Bagi jenayah membunuh, pembunuh hanya boleh diampunkan oleh warisnya sahaja. Pemerintah tidak ada kuasa dalam pengampunan.
Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana dia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka dia mesti dihukum bunuh (kecuali dimaafkan oleh keluarga/waris mangsa)


Maksudnya; "Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya maka menjadilah ia penebus dosa baginya" (Surah al-Maidah ayat 45).

Sebab itu rasanya, surat Jokowi tak laku untuk membebaskan 'warga' mereka dari hukuman 'pancung' ini? kerana tidak dimaafkan oleh ahli keluarga mangsa dan menyifatkan 'perbuatan' membunuh itu sebagai terlalu kejam.








قصاص الخادمة الاندونيسية
Pembantu Rumah Indonesia 
jalani hukuman Qisas

Surat Jokowi Tak Laku, 
Maid Indonesia Tetap Dipancung

JAKARTA – Hanya dalam tempoh waktu kurang daripada 72 jam, kerajaan Arab Saudi sekali lagi memancung kepala seorang wanita rakyat Indonesia sebagai hukuman hudud ke atas pesalah terbabit kerana jenayah pembunuhan dilakukan.

Setelah Siti Zainab Duhri Rupa dari Bangkalan, Madura dipenggal kepalanya pada pagi Selasa di Madinah, kali ini Arab Saudi menghukum mati Karni Medi Tarsim, berasal dari Brebes, Jawa Tengah pada pagi Khamis di penjara Yanbu dekat Jeddah.


Pemancungan itu dibuat setelah pihak keluarga mangsa enggan memaafkan pesalah yang membunuh anak perempuan mereka berusia empat tahun ketika bertugas sebagai pembantu rumah pada 2012 dan suspek dijatuhi hukuman pada 2013.


Siti Zainab Duhri Rupa

Sebelum ini, dua warganegara Indonesia telah menjalani hukuman pancung atas kesalahan sama pada 2008 dan 2011, manakala 34 lagi rakyat republik itu masih menunggu ‘giliran’ dipenggal kepala mereka jika proses rayuan gagal.

Jurucakap Kementerian Luar Indonesia Arrmanantha Nassi berkata, republik itu menghormati kedaulatan undang-undang Arab Saudi, namun sedih rayuan peringkat tertinggi termasuk melibatkan presiden ditolak keluarga mangsa.


“Pelbagai langkah telah kita lakukan, termasuk surat dari presiden, satu kali oleh Susilo Bambang Yudhoyono dan dua kali oleh Joko Widodo yang memohon ihsan Raja Arab Saudi untuk menunda hukuman mati dan memujuk keluarga korban,” katanya.


Karni Medi Tarsim

Bahkan Presiden Indonesia sendiri sanggup meminta jasa baik Raja Salman Abdulaziz Al-Saud untuk menjadi ‘orang tengah’ ketika proses rayuan agar hukuman berat itu boleh diturunkan sehingga ke peringkat qisas iaitu penjara dan denda.

“Keluarga Karni sudah dua kali ke sana bertemu Karni dan keluarga korban untuk mohon maaf. Menteri Luar juga pada pertemuan dengan wakil Menteri Luar Arab Saudi akhir bulan lalu minta bantuan,” ujar Arrmanantha.


ibu Karni MT bingung mendengar berita anaknya itu
menjalani hukuman pada hari Khamis lepas

Namun, semua usaha keras yang sudah dilakukan sejak 2013 masih tidak mampu membuka kemaafan daripada keluarga mangsa dan mereka menilai apa yang dilakukan Karni terlalu kejam, sehingga enggan memaafkan perbuatannya.


Sejak Januari lalu sehingga kini, Arab Saudi sudah menghukum mati 61 pesalah asing termasuk dari Pakistan, Syria, Myanmar, Jordan, Yaman, India dan Filipina manakala sepanjang 2014, seramai 90 orang dihukum pancung. – Agensi/A.AMREE

Sumber - MYNEWSHUB



الوحوش ينفذون حكم الإعدام بقطع الرأس على خادمة اندونيسية في السعودية

Tukang pancung melaksanakan hukuman pancung kepala terhadap seorang pembantu rumah Indonesia di Arab Saudi


Respons Indonesia


Unjukrasa di depan Kedutaan Besar Arab Saudi, Jalan HR Rasuna Said, Jakarta Selatan, Kamis (17/4/2015). Foto: Yogi Bayu Aji/Metrotvnews.com


Jokowi Diminta Usir Dubes Arab Saudi


Metrotvnews.com, Jakarta: Presiden Joko Widodo (Jokowi) diminta mengusir duta besar Arab Saudi untuk Indonesia Mustafa Ibrahim Al-Mubarak. Hal ini menyusul adanya eksekusi mati terhadap Siti Zaenab dan Karni Binti Medi Tarsim.
"Usir Kedubes Arab. Jokowi bisa usir," kata Direktur Eksekutif Migrant Care Anis Hidayah dalam aksi di Kantor Kedubes Arab Saudi, Jalan HR Rasuna Said, Kuningan, Jakarta Selatan, Jumat (17/4/2015).
Menurut dia, pengusiran ini merupakan upaya untuk menunjukkan kehormatan Indonesia di mata dunia. Pasalnya, kedua tenaga kerja Indonesia (TKI) dihukum mati tanpa pemberitahuan kepada pemerintah Indonesia dan keluarga.

Sumber dan baca lanjut di - METROTVnews.com



Akhirkalam
Hikmah DiSyariatkan Qisas



وفي إقامة الحدود حفظ حياة ومصلحة البشرية 
قال الله تعالى: (وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَا أُوْلِي الأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ) - البقرة/179
* الدنيا ليست دار جزاء وإنما دار الجزاء هي الآخرة، ولكن شرع الله من العقوبات في الدنيا ما يحقق الأمن ويمنع الفساد والعدوان والظلم.

Dalam menegakan hukum Hudud, ianya adalah sebagai cara Islam menjaga kehidupan dan maslahat untuk kebaikan manusia.
Firman Allah Taala dalam ayat 179 Surah Al-Baqarah, mafhumnya:" Dan dalam qishaash itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa. "
Dunia bukanlah tempat sebenar pembalasan, Akhirat adalah sebenarnya tempat pembalasan,* Tetapi Allah mensyariatkan beberapa hukuman ( uqubat) atau (sebagai kesiksaan dan balasan) di dunia adalah bagi mencapai keselamatan (keamanan) dan mencegah dari kerosakan serta permusuhan dan kezaliman.


Comments

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]