Kecoh-Kecoh Permatang Pauh - [VIDEO]
Menghampiri hari penentuan pada 7 May ini, macam2 dok jadi dok terselak kat Ptg. Pauh itu bro ! Kian menarik, kian panas, kian Bara Berapi ! Lepas YMP kena luku kena sekeh ngan pelbagai pihak dari PAS..Baru depa nak sentot kepala...Kah Kah Kah
KEPALA BATAS, 29 April :
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang hari ini membuat ‘pusingan U’ dengan menarik semula arahan membekukan jentera bagi membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.
Ketua Pemudanya Yusni Mat Piah berkata, pihaknya akur dengan arahan PAS Pusat yang meminta pihaknya membantu calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Jelasnya, keputusan tersebut dicapai selepas Pemuda PAS Pulau mengadakan mesyuarat malam Selasa yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin.
“Kami sebulat suara telah memutuskan untuk akur arahan PAS Pusat bagi membantu gerak kerja PRK Permatang Pauh..baca lagi di The Rakyat Post
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membatalkan penyertaan Barisan Nasional (BN) kerana didakwa memberi rasuah secara terang-terangan dan menyalahgunakan dana awam.
Ia berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, peruntukan RM5 juta yang akan disalurkan sekiranya BN memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 7 Mei depan.
Pengarah Pilihanraya Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Haniza Mohamed Talha berkata, tidak cukup dengan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengumumkan peruntukan RM400 juta untuk menaik taraf Hospital Seberang Jaya..
PERMATANG PAUH, 29 April: PKR meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turun dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh menerangkan sendiri kebaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan..BACA SELANJUTNYA
Baca juga - 'Kami mahu PM, bukan Ahmad Maslan'
Kecoh 1 - U-Turn sudah mari ?
(Duduk dari kiri) Muhammad Khalil Abdul Hadi, Mohd Yusni Md Piah dan Khairul Nizam Khirudin ketika ditemui selepas mengadakan sidang media di sini, hari ini. -Foto TRP
KEPALA BATAS, 29 April :
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang hari ini membuat ‘pusingan U’ dengan menarik semula arahan membekukan jentera bagi membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.
Ketua Pemudanya Yusni Mat Piah berkata, pihaknya akur dengan arahan PAS Pusat yang meminta pihaknya membantu calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Jelasnya, keputusan tersebut dicapai selepas Pemuda PAS Pulau mengadakan mesyuarat malam Selasa yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin.
“Kami sebulat suara telah memutuskan untuk akur arahan PAS Pusat bagi membantu gerak kerja PRK Permatang Pauh..baca lagi di The Rakyat Post
Kecoh 2BN didakwa tawar rasuah,SPR diminta batalkan penyertaan di Permatang Pauh
28 April 2015 : Orang awam melintasi papan tanda Hospital Seberang Jaya, bakal menerima peruntukan sebanyak RM400 juta yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi projek naik taraf. -Foto TRP/Azrol Ali
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membatalkan penyertaan Barisan Nasional (BN) kerana didakwa memberi rasuah secara terang-terangan dan menyalahgunakan dana awam.
Ia berikutan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, peruntukan RM5 juta yang akan disalurkan sekiranya BN memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 7 Mei depan.
Pengarah Pilihanraya Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Haniza Mohamed Talha berkata, tidak cukup dengan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengumumkan peruntukan RM400 juta untuk menaik taraf Hospital Seberang Jaya..
Kecoh 3Ahmad Maslan tidak dikehendaki di Ptg Pauh
Jangan hantar Ahmad Maslan terang GST di Permatang Pauh
PERMATANG PAUH, 29 April: PKR meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turun dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh menerangkan sendiri kebaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan..BACA SELANJUTNYA
Baca juga - 'Kami mahu PM, bukan Ahmad Maslan'
Orang tak tahu apa Ahmad Maslan cakap, kata Dr M
Published on Apr 28, 2015
Tun Dr Mahathir Mohamad menepelak Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang mendakwa dirinya tidak faham berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak 1 April lalu.
Bercakap kepada media selepas menyampaikan ucapan di Institut German - Malaysia di Kajang, katanya, walaupun bertanggungjawab “menjaga’ kewangan, namun apabila Ahmad Maslan bercakap “orang tidak tahu apa” yang diperkatankannya..kinitv
Kecoh 4Cabaran PKR
PKR cabar Muhyiddin tegur PM kerana kerap di luar negara
Published on Apr 28, 2015Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya berani menegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana terlalu kerap menghabiskan masa di luar negara.
Mengulas dakwaan Muhyiddin bahawa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak mempunyai masa ‘menjaga’ kerusi parlimen Permatang Pauh kerana beliau juga adalah ADUN Kajang, katanya, Najib jauh mempunyai lebih tugas tetapi kerap di luar negara..kinitv
Kecoh 5Ptg Pauh Vs Pagoh
Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya menjaga dan menumpukan isu pembangunan di kawasannya berbanding di Permatang Pauh.
Saifuddin mendakwa, kawasan Muhyiddin di parlimen Pagoh lebih mundur dari segi pembangunan dan infrastruktur berbanding di Permatang Pauh.
"Muhyiddin semalam menyentuh tentang pembangunan di Permatang Pauh.
"Jika dibandingkan dengan di Pagoh, di Permatang Pauh, pembangunannya lebih baik dari Pagoh dari segi prasarana, peluang pekerjaan dan pembangunan," katanya pada sidang media harian di Pusat Media PKR Permatang Pauh.
Semalam, Muhyiddin melahirkan kebimbangan sekiranya calon pilihan raya kecil Permatang Pauh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak dapat menjaga dan memajukan kawasan itu..Malaysiakini
Kecoh 6Maaf apa, dah selesai...
Kak Wan: Maaf apa, dah selesai...
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, tidak timbul isu Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang memohon maaf kepada Pemuda PAS.
Kata calon pilihan raya kecil (PRK) Permatang Pauh itu, isu berkenaan tidak perlu lagi dipersoalkan kerana ia dianggap sudah selesai.
"Tak timbul (isu mohon maaf). Dah selesai," katanya ringkas kepada media di Pusat Media PKR Permatang Pauh hari ini...Kak Wan: Maaf apa, dah selesai...
Kecoh Akhir
Foto - Sinar Harian |
BUKIT MERTAJAM - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi mendakwa beliau tidak mempunyai masalah untuk menjaga dua kawasan pada masa yang sama, sekiranya memenangi PRK Parlimen Permatang Pauh.Baca> Wan Azizah tak ada masalah jaga dua kawasan
Dr Wan Azizah yang juga Adun Kajang di Selangor, berkata beliau mempunyai teman dan rakan seperjuangan yang membantu menyalurkan maklumat bagi memaklumkan keadaan semasa di kawasan terbabit.
"Saya dalam erti kata memantau juga, Kajang dan sini (Permatang Pauh). Jadi, ini tidak menimbulkan masalah...Insya-ALLAH, kerana saya ada teman-teman dan rakan seperjuangan (untuk membantu).
"Malah, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali adalah Menteri Besar Selangor, dia juga dalam pengurusan. Kajang ini bukan sekarang banjir, masa (di bawah) MCA pun banjir juga," katanya pada sidang media harian Parti Keadilan Rakyat (PKR) sempena PRK Permatang Pauh, di sini hari ini.
Comments
Post a Comment