Cerita Kembara Basikal Budak2 Aku Di Brunie !! - Siri 2

Dulu aku dah cerita sikit pasai budak2 aku yang pergi kembara basikal mengelilingi Borneo (S'wak. Brunei, Sabah dan Kalimantan)...Budak2 tu baru sampai di Bandar Seri Begawan, Brunei bro ! dah nak 'cross' masuk Sabah. Ini baru hari ke 14 mereka kayuh...Siri satu dulu,  sikit saja aku cerita..klik di bwh.

Maqasid Cyclotour Borneo 2015‬ - Kembara Basikal -Siri Satu


Sambil kayuh basikal, budak2 nie ada laa hantaq mai cerita depa kat Brunei sana...yang penting ia meminta kita di sini pikior sikit apa benda yang beza antara kita dengan di Brunei tu bro? 



Sini setiap signboard mesti ada tulisan jawi.
Tulisan jawi tu mesti paling atas dan paling besaq. Terbaik.
Fb - 
Farhan Naiem



Hari 13; Miri - Tutong, Brunei
6 April 2015, Isnin
110km

1. Pagi kami start kayuh awai, pukul 6.05 minit. Azan subuh kat Miri ni 5.06 pagi. Dari masjid al-jamek Miri ke sempadan Sarawak - Brunei di Sungai Tujoh.

2. Dari border tu, kami kayuh cari makan. Malang, tadak satu gerai atau kedai pun. Masuk Kg Sungai Teraban cari bot nak ke Kuala Belait. Malang, tadak bot.



3. Kayuh jugak ikut highway tu sampai simpang nak ke pusat bandar Kuala Belait. Ikut jalan tepi pantai (jalan utara), perumahan dan jalan tengah. Tak jumpa jugak kedai makan.

4. Masuk pekan Seria, singgah makan kat medan selera Seria. Cari money changer, tadak. Depa kata ada kat KB (Kuala Belait). Alamak.. kami tak singgah pekan Kuala Belait pun tadi. Mujur Daniel Wizards ada duit terselit $30. Makan nasik sup tulang dengan teh ais.

5. Solat jamak kat medan tu. Pastu terus kayuh sampai Tutong. Masuk pekan, beli air botol. Cari masjid, jumpa balai polis. Mat Den pi tanya kat balai kot2 buleh tumpang tidur. Aku pi cari money changer. Kakak kedai hardware tu kata money changer dah tutup pukul 5. Polis pun tak berani bagi keputusan, ketua balai tadak.


Balai Polis Tutong

6. Tiba2 ada sebiji kereta berenti tanya kat Mat Den. Lepas depa sembang, Mat Den kata, "jom! Ikut abang ni pi masjid, dia bilal masjid."
Abang ni happening gila.. tapi dia bilal dan kadang2 jadi imam jugak. Nama dia Hj Bahrin.

7. Sampai masjid Hassanel Bolkiah Tutong, dia suruh parking gerek kat masjid, naik keta dia pi pusing2 dan makan. Jangan risau gerek dia kata, ini Brunei. Kami jalan2 keliling Tutong. Tengok kompleks sukan, naik Bukit Bendera (bukan kat Penang ja ada Bukit Bendera). Dah puas meronda, kami singgah makan kat medan selera. Hj Bahrin belanja nasik. Nasik kat Brunei ni semua beras siam.



8. Lepas makan, dah maghrib. Balik pi masjid, mandi dan solat. Ada kuliah maghrib kat masjid tu, dengaq bunyi macam loghat utara. Tanya Hj Bahrin, dia kata ustaz ni orang Kedah. 30 tahun dah kat Brunei. Mengajaq kat KUPU (Kolej Universiti Pengajian Ugama) Seri Begawan. Nama Hj Kassim (kalo tak salah eja)..



9. Habis kuliah, kami pi sembang dengan dia. Dia asal Kg. Masjid Kuala Muda, Kedah. Anak2 dok merata, semua besaq2 belaka dah. Dia dok sini dengan bini. Mula mai Brunei ngajaq sekolah arab kat bandar 10 tahun, ngajaq Maahad kat Tutong 10 tahun, pastu ngajaq kat KUPU 10 tahun.


Kenduri Tahlil kat Brunei !
Sempat juga budak2 nie menyelinap !
Rezki hanya dari Allah SWT

10. Lepas isyak, Hj Bahrin bawak kami pi kenduri tahlil. Kenduri kat sini stail boh meja besar dan makanan kat tengah, pastu susun kerusi keliling meja. Setiap kem (khemah) satu meja. Depa kata, kenduri kahwin buat macam ni jugak. Contoh, kenduri mula pukul 11, pakat mai dok keliling meja, baca doa, makan, pastu habis. Tadak open macam kita sampai pukul 6 petang.


Hj Bahrin dgn budak2
kembara Maqasid Cyclotour Borneo 2015

11. Satu lagi unik, pi kenduri kat sini dapat duit dalam sampul. Kami dapat sorang $2. Dapat jugak bihun kering sorang sebungkuih. Lepas ni kira kami buleh makan bihun la.. tadak la megi memanjang. tongue emoticon

12. Lepas kenduri, kami balik ke masjid. Tidur dalam dewan serbaguna, siap air cond lagi... perghhh...

13. Apapun, terima kasih banyak2 kepada jemaah masjid Hassanel Bolkiah, Tutong, terutamanya Hj Bahrin. You're the best! Masmiya! grin emoticon

14. Dalam hidup kita kena yakin.
Rahmat dan rezeki dari Allah amatlah luas. Tak dapat diduga.
Percayalah.

Dan bersyukurlah..


Hari 14; Tutong - 
Bandar Seri Begawan - Sengkurong
7 April 2015, Selasa
61km

1. Bangun pukul 4.30 pagi, mandi, siap2, solat. Lepas subuh, Hj Bahrin ajak minum. Kami tolak dengan baik sebab nak kayuh cover waktu pagi.


Bersama dgn Hj Bahrin
TQ bro Haji ! Belanja budak2 tu...

2. Kami kayuh ikut highway, memang membosankan. Orang Brunei pantang guna hon, boleh gaduh kalau tekan hon. Jadi, jalan raya atau highway dia sunyi.. cuma ada bunyi enjin. Ngantuk dan bosan. Hehe..

3. Kami kayuh sampai Gadong, pi tengok masjid Jame' Asr. Pastu Daniel Wizards call abang Hezry (asal Guar Chempedak), kawan pak tam Yusuf. Abang Hezry ada di Sengkurong. Kami pun tak tau mana Sengkurong. Jadi, kami cari makan dulu. Bungkus nasi dengan air oren. Makan bawah pokok.



4. Pastu kayuh ikut sign board hala Sengkurong. Rupanya kami patah balik, sepatutnya dari Tutong tadi boleh jumpa Sengkurong dulu, tapi dah ikut highway, apa buleh buat...

5. Dekat nak sampai Sengkurong, abang Hezry Hez Omar dah tunggu tepi jalan. Pastu dia bawak kami ke satu motel kat sini. Mandi, solat, pastu kami keluar jalan2 tengok bandar Seri Begawan. Tengok istana terbesar di dunia, masjid Sultan Omar Ali Saifuddien, kampung air. Pastu abang Hezry belanja makan di tepi sungai.

6. Banyak kelebihan Brunei ni. Patut ramai rakyat luar yang mai kerja sini dah jadi malas nak balik. Kebajikan rakyat tempatan amat dijaga, bak kata Hj Bahrin, 'dari makan sampai tahi.. semua sultan tanggung'. grin emoticon

7. Minyak petrol murah (ron 97 cuma $0.59)(ron 95 cuma untuk mesin rumput grin emoticon ), 
makanan asasi subsidi (beras siam wangi AAA cuma $12 10kg, 
kesihatan dan pendidikan percuma, 
bil air dan letrik amat murah (selama 15 tahun, bil air abang Hezry bawah dari $5, bil letrik bawah $60 walaupun aircond 24 jam), 
kereta murah (contoh: BMW X1 cuma $42,000, Ford Fiesta cuma $19,000) (kereta semua CBU), 
roadtax dan insuran murah,
makan murah (dengan $9, 3 orang buleh makan sampai sengkak), 
rumah murah, 
gaji tinggi (contoh gaji cikgu, $2600 sebulan),
highway cantik tapi tadak tol.

8. Kat sini orang kerja rilek2 ja... cool. Tak heran kalau tengok rumah sini besar2. Sebuah rumah ada minimum 2 buah kereta. Kadang2 rumah biasa, 8 buah kereta.

9. Sini amat kurang pengangkutan awam. Satu lagi, motor boleh kata tadak langsung. Aku baru nampak 2 biji ja sepanjang 2 hari ni. Sini juga tadak juai rokok, arak, babi, pub, disko, karaoke. Cuma ada pawagam.

10. Balik dari ronda bandar, kami singgah KUPU Seri Begawan sebab Ustaz Hj Kassim nak jumpa kami. Kami sembang lama jugak dengan dia. Nampak gaya, setelah 30 tahun di Brunei, kini hati dia dah ada di Kedah. Tanah pun dia dah beli di Berapit dan Guar Cempedak. Pastu abang Hezry hantar kami balik motel.

11. Pukul 7.45, lepas isyak, Hafifi adik Hezry mai jemput kami kat motel. Pi makan ambuyat kat Aminah Arif Restaurant. Ada abang Hj Fadil (asal Banting), abang Ir. Nazri (asal Pendang) dan Haziq anak Hezry.


Budak2 nie pekena ambuyat
TQ banyak bro Hafifi pasai belanja budak2 tu !

12. Lepas makan, sembang2 kat luar restoran. Pastu balik motel sebab depa nak tengok basikal.


13. Alhamdulillah.. terima kasih banyak kepada semua sahabat2 di Brunei. Walau pertama kali jumpa, tapi layanan anda buat kami terharu. Terima kasih juga atas segala jenis sumbangan. Semoga Allah membalas dengan kebaikan yang setimpal. Aamiin..



Ambil Angin - Rehat








menyusul siri ke 3....


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

UG itu BENAR Bro ! Pemilihan PAS Dicatur UG [video]