Pantau GST - Hentikan mencukai haid wanita Malaysia!
oleh Sonia Ramachandran PANTAUAN GST: Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan kelihatan tidak memahami apabila tiba mengenai kitaran bulanan haid wanita. Dalam satu tweet beliau @ahmadmaslan pada 7 April, timbalan menteri itu berkata: “Kotex 10 peratus SST (Sales and Service Tax). Pembangkang minta kekalkan? Kjaan turunkan kpd enam peratus GST.” Ya, harga tuala wanita mungkin telah turun selepas GST tetapi itu bukanlah isunya. Dengan GST, harga untuk semua perkara lain telah meningkat secara menyeluruh yang menyebabkan perbelanjaan bulanan setiap individu juga turut meningkat. Tuala wanita adalah urusan bulanan bagi setiap wanita, kecuali kepada mereka yang telah putus haid. Justeru ianya adalah barang penting bagi setiap wanita Dengan peningkatan perbelanjaan, bukankan barang ini seharusnya “berkadar sifar”? Lebih-lebih lagi, kerajaan mengutip cukai terhadap setiap barang lain dengan GST. Mereka mampu untuk mengecualikan barang ini dar...