Posts

Showing posts with the label Santai Politik

Lagu Politik - AMANAH Vs PAS [Video]

Image
Perkembangan politik pembangkang mutakhir sangat menarik bro ! Antara Pas dan Amanah disatu sudut dan dengan DAP dan Bersatu di satu sudut yang lain. Lagu politik PAS tidak seiring dan senada dengan lagu politik Pakatan Harapan. Lagu politik PAS mengikut rentak dan tari Umno-BN. Apa saja yang datang dimainkan muziknya dan dilaksanakan oleh UBN, memang lagunya sedap didengar oleh PAS, dia pun apa lagi, goyang badan laa beb ! ralit sampai tersengguk-sengguk punya 'khusyuk' berkenan kat lagu mainan Umno tu.  Teras Umno tu Melayu, maka Pas kadang berlagu lebih laju dari Umno pulak bro, habis bertanjak, bersamping, bertengkolok, berkeris dan kerisnya pun bukan sebarangan? Nala punya panjang buat belah kek bulan sebesar meja panjang tu ! Kah kah Kah Lagu politik Amanah hingga kini lebih diyakini, suaranya sedap, mengusik jiwa, menikam kalbu bro, atas dasar kepeduliannya, progresifnya dan lebih inklusif sifatnya - maka pendengar dan peminat pun mahu 'bernyanyi' bersama. ...

Tentanglah PAS habis-habisan - Zaid Ibrahim

Image
Sehari dua nie, Datuk Zaid Ibrahim kelihatan cukup keras melawan parti lamanya Umno dan juga PAS. Beliau Zahid menyifatkan PAS dan Umno 'berhati batu', sebab itu tentanglah PAS habis-habisan kerana menurut beliau, PAS adalah sebuah parti yang telah bertungkus lumus menentang kekufuran dan kezaliman selama 60 tahun tetapi tiba-tiba kini selesa dengan 1MDB dan Umno. Apa sudah jadi? Kah Kah Kah Memang PAS wajar ditentang habis-habisan bro ! sudah tiada lagi kompromi dgn kepimpinan PAS yang ada, sebab itu mereka terus-terusan menolak AMANAH dan Pakatan Harapan, malah menggelar Amnah sebagai 'pengkhianat'?  Merekalah yang sebenarnya mengkhianati perjuangan ulama sebelum ini dalam berhadapan dengan Umno. Sekarang mereka dijinakan Umno kerana parti Melayu itu hampir kecundang dalam PRU lepas dengan undi popular berpihak kepada Pakatan Rakyat dan Umno bimbang teramat sangat dengan undi 48% sahaja yang mereka perolehi. Pas juga bertangungjawab mentalkinkan PR yang begi...

Ulama Bisu dan Perigi Buta - video

Image
“Di mana para ulama dan mufti negara yang berjubah panjang? Soal Raja Bahrin selaku Ketua Amanah Terengganu ( FMT ) . Soalan  dan bidasan Raja Bahrin ini tentunya kerana sikap agamawan yang membisu ketika pelbagai dakwaan korupsi melanda negara. Mereka seolah bisu seribu bahasa, berselindung pula di sebalik jubah panjang mereka. Kasiann tengok ulama upahan! dulu-dulu tidaklah macam nie bro. Depa pi belajar sehingga ke Al-Azhar, dapat ijazah berjela-jela, fasih mentafsir ayat Allah, ada yang hafiz Al-Quran; tetapi hanya layak dijadikan 'Terompah Kayu' untuk dipakai ke tandas oleh pemimpin UMNO.. Kah kah Kah Kerja ulama-ulama upahan ini ialah mengulas sesuatu isu yang bersifat fitnah, berita palsu dan 'hearsay' , semata-mata untuk mendapat 'keredhaan' pemimpin UMNO lalu bersedia menempah kemurkaan Allah. Sikit pun depa tak rasa apa-apa dengan sikap mereka itu. Maka ulama bisu begini tiada nilainya jika mereka menyembunyikan kebenaran. Bahkan Allah samakan mere...

'Mari saya ajar cara baca kartun' ZUNAR [Video]

Image
Katun pun ramai tak faham nak baca yang tersirat? yang tersurat pun belum tentu menyurat, menyirap dan menyukat bro ! Kah Kah Kah Isu dan objek pun ramai tak reti nak baca.Hasilnya tak pasai-pasai pi buat riuh depan Pejabat DAP. Memalukan. Kalo orang kata 'bangang' nanti depa puak baju merah tu marah pulak? Tapi dah akai tak ceghedik, macam tu laa jadinya, emosi jer lebih ! nak tunjuk garang tak kena tempat. Kah Kah Kah Coba bayang kalo sehari, dua hari atau seminggu hangpa tak gelak langsung? Kan ke muka tu naik peghat, mencuka? anak-anak hatta bini pun naik semak tengok muka macam tu? Orang yang hilang deria ketawa ini tak ubah macam batu, keras kaku dan tak laku. Kah Kah Kah Zunar kata depa dah hilang deria ketawa? omputeh kata, 'laughter is the best medicine' ketawa tu ubat terbaik bro ! Zunar kata dia ingin menawarkan kursus "mari ketawa" kepada mereka secara percuma. Moga ada yang respon tawaran Zunar tu. Kah Kah Kah  'Mari saya ajar car...

Dua hilang Satu yang timbul ! Kah Kah Kah

Image
Siapalah sangka cempedak dah jadi nangka, nujum pak belalang tok nujum laa temberang! pakat bergetah habis dah bro ! Umno Sampoerna di Sabah tu macam dah lumpuh.  Depa ahli Umno di sana tu pakat letak jawatan ramai-ramai sebagai bantahan terhadap MT Umno kerana menggantung keahlian DS Shafie Apdal. Shafie nie memang afdhal (ada kelebihan) di Sabah bro, terutama di Sampoerna khususnya. Kira Umno Bahagian Sampoerna hari ini dah kira lumpuh bro! Kah Kah Kah Khabarnya, Pengerusi Tetap Umno Semporna, Datu Eranza Datu Saribu turut keluar parti bersama-sama dengan 19 ahli jawatankuasa dan akar umbi Umno Semporna. Lumpuh laa tu. Di Parit, Perak lain cerita bro ! Pas dah hilang markas depa di sana pula, markas Pas cawangan Kampung Teluk Sena di Lambor Kiri katanya akan dicat warna jingga (oren) pasai pemilik bangunan atau tuan tanah serta penggerak dan ahli yang aktif di kawasan berkenaan membuat keputusan untuk meneruskan perjuangan Islam dan keadilan rakyat melalui wadah Amanah...

Carilah 'kawan' sepakat selain PAS bro ! Video

Image
Umno dan BN sekarang ini ketawa berdekah-sakan bro ! Ketawa kerana melihat persengketaan antara Pas dengan DAP dan Amanah juga dengan PKR. Semua tak kena dengan Pas melainkan Umno saja, bagi Pas yang jujur dan ikhlas hanyalah Umno dan BN.

Santun tu AMANAH, Sentap tu PAS - Video

Image
Setiap pagi Rabu, Amanah Kelantan telah menetapkan sebagai masa santai di kiosk bunga raya depan ibu pejabat Amanah Negeri. Siapa nak hadir hadirlah untuk bersama pertemuan mingguan itu, dedak tak ada laa, kalo nak makan pagi tu, small matter jer bro ! Ha Ha Ha Santuni rakyat setiap Rabu

Puak Umno Bodohkan PAS semua sekali? Apa nie?

Image
Apa macam PAS? memba seniri yang sumpit tu, memba kamcing pula tu? tang mana nak letak muka? kalo bukan Umno punya geng yang sumpit? hangpa kata depa tu keliru, sighu tapi yang hangpa haghu bighu? senyap, menikuih sampai ke penjuru? kah kah Kah

Celorong Celoreng Dalam PAS !! [VIDEO]

Image
Apa pun hangpa dengaq lagu nie dulu bro ! Seloka sikit, lagu lama nie best bro ! Lagu 'Mabuk Kuasa' ! tapi ikut cerita nie, Wahid Satay dengan rakannya tu (Zainal Abidin) sampai ke tua dok jadi 'tukang lawak' dan 'pencacai' dlm cerita Chelorong Cheloreng nie? Kesiannnnnnnnnn...Kah Kah Kah Dengar lagu nie dulu bro ! Lepas tu pelan2 hangpa kayuh - Kah Kah Kah