PAS 'MenJilat' Balik Ludah dan Liur Basinya? - video
Dengan berita terbaru menjelang PRN 11 SARAWAK 2016 , PAS memang telah sah meletakan calon mereka dari bukan Islam sini dan ( Video). Ini sekali gus menempelak balik apa yang pernah Tok Sidang Pas kata dahulu bahawa mubaligh Kristian menyebarkan ajaran itu di Afrika dan Borneo kerana penduduk yang berpendidikan di barat menolak agama berkenaan..Beliau berkata, pendakwah menggunakan wang dan dorongan lain untuk menarik orang ramai kepada agama Kristian. Manakala Setiausaha Agung CCM(Majlis Gereja Malaysia), Hermen Shastri berkata daripada salah menuduh orang Kristian, Hadi perlu fokus mendekati belia Islam yang menjadi radikal dengan menyertai kumpulan militan IS. "Seorang pemimpin Islam sepertinya, perlu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara mengenai agamanya dan tidak mengkritik agama lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Terdapat pelbagai laporan yang mendakwa penduduk pribumi di Sabah dan Sarawak ditipu untuk memeluk Islam dengan dorongan wan...