Rempuhan Di Mina - Tiada Rakyat Malaysia Terlibat - Foto dan Video
السعودية: وفاة 717 وإصابة المئات في تدافع للحجاج في منى Saudi melaporkan 717 orang meninggal dunia dan beratus2 lagi cedera dalam rempuhan jemaah haji di Mina. Jemaah Mati.. Tiada Jemaah Malaysia Yang Terlibat Insiden Rempuhan Di Mina Jumlah angka korban dalam kejadian rempuhan di Mina semasa jemaah dari seluruh dunia sedang menunaikan ibadah haji di Arab Saudi hari ini meningkat kepada 717 orang, manakala yang cedera meningkat kepada 853, menurut Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi. Memetik pihak berkuasa Pertahanan Awam Saudi, agensi itu berkata pasukan pertahanan awam sedang menjalankan operasi menyelamat dalam kejadian di pintu masuk jambatan ke jamrah untuk mengerjakan ibadat melontar jamrah di Mina, di luar Mekah. Kejadian rempuh-rempuhan itu berlaku apabila bilangan besar jemaah berasak-asak di Mina, di luar bandaraya suci Mekah. Lebih kurang dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi, kata pihak berkuasa pertahanan awam Arab Saudi....