Britain dapat PM baru - video
Selepas kecoh isu 'Brexit' hingga David Cameron meletakan jawatan kerana sebahagian rakyat Britain menuntut janji Cameron mahukan London keluar daripada Kesatuan Eropah. Referendum yang dikenali sebagai British Exit EU atau Brexit itu dilakukan kerana ia merupakan salah satu janji yang pernah dilafazkan oleh Perdana Menteri Britain, David Cameron semasa pilihan raya umum negara berkenaan tahun lalu. Esok, Theresa May akan memulakan tugas sebagai perdana menteri secara rasmi. Theresa May PM baharu Britain May merupakan perdana menteri wanita kedua Britain selepas Margaret Thatcher.