DS Anwar Ibrahim hadir pengebumian bapanya hari ini - Foto Menarik






Bapa kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggal dunia awal pagi ini, demikian menurut Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau dibenarkan keluar daripada penjara Sungai Buloh untuk menghadiri pengebumian itu.

Malaysiakini memberikan laporan terkini mengenainya..


Menteri benarkan Anwar hadiri pengebumian bapa..Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan bapa Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggal dunia awal pagi ini. Beliau ketika dihubungi, mengesahkan bahawa Menteri. Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi keizinan kepada Anwar untuk menghadiri pengebumian bapanya di Kajang hari ini.
Bagaimanapun, jam berapa Anwar akan dibenarkan keluar dari penjara belum dipastikan, katanya..Malaysiakini

*******************

Foto2 berikut adalah dari Facebook Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk tatapan dan kenangan bersama..


Assalamualaikum dan salam sejahteraUntuk makluman semua ayah mertua Kak Wan, Dato' Ibrahim Abd Rahman (ayah DSAI) kembali ke rahmatullah jam 1.45am sebentar tadi. Jenazah dibawa pulang di alamat Lot 459 Pinggir Pelangi Pagi, Country Height, Kajang. Jangkaan setakat ini pengebumian di Tanah Perkuburan Sg. Ramal, selepas zuhur, Insya Allah.Kali pertama DSAI dipenjara beliau diuji dengan pemergian Ibunda beliau dan juga pemergian Ustaz Fadhil Noor. Kali ni diuji pula dengan...
See More















DSAI, anggota keluarga, selepas membaca surah yasin dan doa..sempat menyantuni sahabat handai dan hadirin..terima kasih Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang sudi menziarahi.







DSAI tiba di Country Height..situasi yang sama dirasai ketika beliau dibawa dari penjara sewaktu bonda meninggal dulu..ya Allah berilah kekuatan kepada kami..






Keluarga DSAI di Country Heights menyambut kunjungan Tun Mahathir Mohamed & Dato' Seri Dr Zahid Hamidi pagi ini..untuk ziarah Allahyarham Dato' Ibrahim..





Kemaskini...


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memikul jenazah bapanya ke tanah perkuburan Muslim di Sungai Ramal di Kajang, Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 5 April, 2015.

Jenazah bapa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal, Kajang, pada 2.35 petang hari ini. themalaysianinsider







Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video